benci betul pada sifat diri yang satu ni!Malas!perkataan yang sepatutnya di bom kat laut!


Sebelum aku mula membebel, ku ucapkan selamat menyambut Aidiladha buat semua....tahun ni aku dan suami tak korban, we all broke after spend so much money dalam proses perpindahan kitorg (is it actually an excuse?)....Ampunkanlah aku ya Allah......


Now berada di Kuatan, 1st time balik kg setelah menjadi perantau!ececheh!almost 2 weeks jadi registered house wife (RHW....perkh susah plak nak nyebutnya), aku rasakan betapa berharga dan hebatnya perasaan bersama anak2...bila dapat masak, jaga dan uruskan anak2 sendiri termasuklah uruskan ayah kepada anak2ku, aku terasa bagaikan berada di syurga dunia. penat, mmg tak dapat nak citer ah, nak duduk pun tak dan, lepak tgk tv, lagi la tak de, but in the end of the day after anak2 tido aku rasa kepuasan yang tak tercerita..ditambah lagi A'imran terus mendapat susu badan ku...heavennya ku rasa!

but....semua tu akan berakhir minggu depan!aku akan mula kerja pada selasa depan. yang aku benci pada diri sendiri adalah aku tak manfaatkan cuti ni untuk mengumpul stok EBM sebanyak-banyaknya.....aku pemalas. bila penat ke hulu n ke hilir buat itu dan ini aku jadi penat sangat dan tak pam...rugi, mmg rugi giler. so far, berdasarkan pengiraan aku, stok yang ada cuma cukup untuk 3 hari je...sangat2 tak best!



seawal jam 7 pagi, all four of us dah get ready dalam keta to take off..aku drive semestinya (aku kan calonnya), hubby sebagai co-driver dan those 2 boys jadi penumpang dengan Amir masih meneruskan tidur di seat belakang dan adik dlm baby car seat baru yang di beli kelmarin di toys'r'us mid valley (menyampah dgn baby car seat lama yg sangat susah nak pakai dan tak user friendly plus safety yang sgt2 meragukan, nyesal beli).

7.02; jam ditunjukkan di kereta. we took off, lokasinya adalah nursery yang target nk anta diorg. Melalui jln ayer panas menghala ke jln tikus dan tembus ke jln gurney, tup tap tup tap dengan traffic yang sederhana lancar aku sampai ke nursery pukul 7.16 pm....hurm....not gud!

7.17; berpatah balik memasuki highway DUKE melalui Semarak. Perjalanan lancar sepanjang highway dgn kelajuan keta 120km/hr max. keluar DUKE masuk ke SPRINT dan perjalanan masih lancar dengan kelajuan antara 90 hingga 110km/hr. Exit di Federal Highway berhadapan stesen putra LRT Universiti. kat sini jam teruk, slow moving bumper to bumper tapi aku keep in the leftest lane coz dalam 500 metres (tol ke?agak2 la kot) aku akan jumpa exit ke PPUM berhadapan EPF PJ. kat sini jam dan jam keta menunjukkan kol 7.40am. Traffic sgt heavy dan stuck about 10 minutes lebih sebelum managed masuk pagar PPUM. Masuk dlm terus ke tempat parking staff dan seperti yang telah diceritakan semalam, diorg ni park sesuka ati, bertindih-tindih. Memang stok kalau da park jgn harap nak kuar dah, ptg nnt baru leh kuar. cari parking konon2 nak park, by that time jam dah kol 8am. Ada 2 lubang kosong, ni mmg kes luck luar biasa aku ase, sbb mesti susah giler nak dapat lubng sebenar di hari atau situasi yang sebenar.

Result simulasi : masa pukul 7 adalah masa yang tak sesuai untuk keluar dari rumah sekiranya aku ingin menghantar anak2ke nurseri sendiri. ditambah lagi dengan masalah parking free, kalau nak parking berbayar no problem, tp tak dpat info lagi berapa bayaran bulanan untuk staf.
pilihan yg ada adlah, husband menghantar anak2 ke nurseri so that kol 7 tu aku leh terus ke tempat kerja (mampu ke dia?heheh macam tak pecaya je dia mampu melakukannya!) tapi in case dia kena outststion yang melibatkan overnnite aku kena menghantar those kids juga, bayar OT la kat nurseri RM6 untuk setengah jam...waduh....duit lagi!Toll back n forth : RM 7 sehari darab sebulan about RM140. erk.....distance back n forth about 50km....erk...minyak keta pulak.berapa consumption minyak nya yer untuk keta WAJA 1.6 aku tu?waduh waduh....KL ni semua duit....culture shock aku.Tak campur nursery, parking fee, makan....alahai kena memendam rasa la aku nak shopping....ohhh...those happy time with duit dah gone!

sudah seminggu aku berpindah ke KL....overall...i don't really like KL. Aku belum rasa selesa dengan new environment dan telah dapat bayangkan betapa bila aku da mula bekerja nanti, life would be very tough to me. Tapi nak buat macam mana, ini je pilihan yang aku ada if i want to reunite with hubby...or else aku akan kekal jd weekend husband and wife....not good macam gitu kan.

after a week di sini, hari ini baru aku berkesempatan keluar mencari nursery. at first kitorg google from internet je, jumpa la satu tempat asuhan kanak - kanak untuk 2 years above, aku call dulu dan set appointment at 11am. kitorg smpai 10 minutes lewat, masuk dan buat tour di taska tu sambil bos taska explain about this and that and bla bla....'not bad' hati ku berkata. Amir siap masuk kelas dan join dengar cikgu bercerita, surprisingly, dia sangat2 attentive dan interested dengan session bercerita tu. Kami tinggalkan Amir dan teruskan tour, taska ni mmg power, dah berumur 47 years tau. walaupun building rumah lama tapi dia ada spacious area dan budak2 sini mmg speakong je....biasala, uptown kids. Kebersihan, no problem mmg rasa nak anta la Amir ke sini, tapi bila dia bagi kertas list of fees terbeliak biji mata hubby aku (aku tgk kendian so mata aku lmbt terbeliak), nak tau berapa fee nya?untuk pendaftaran kena bayar RM 1450, monthly RM 450.00!perkh....macam nak masuk U si AMir ni, dolu2 seingat aku masuk matrik KMS kna bayar RM1 500...kira da dekat2 tu! So cancell!no way man kitorg mampu bayar semahal itu...ye aku tau aku tak leh berkira when it comes to child education tapi agak2 la juga kan, pendapat aku kalau byk duit sekalipun budak seawal 2 thn lebih tak perlukan education yang cost that much...

Next location taska PPUM, masuk kawasan PPUM aku dah sakit mata, keta parking merata2 ikut suka sbb ada buat extension bangunan so space parkign untuk staff tersagtla limited. Kat taska ni sedih plak citernya...kekosongan tak ada, kalau ada pun waiting list dah 40 org. yang apply thn 2007 pun diorg tak masuk lagi, aduhai.....sedey beb. kawasan mmg best, professionally managed dan sgt2 bersih, tapi takde rezki budak 2 org ni.

lastly hubby cadangkan taska kawasan office dia, area Jln Gurney. Aku call dan set appoinment. Sampai di sana seperti biasa aku tour dulu. cikgu ada 9 org yg jaga 3 kategori umur, 3 jaga babies seramai 10 org, 3 jaga budak start berjln smpai 2 years dan 3 lagi jaga budak 2 years above. kebersihan moderate, cikgu2 and pengetua baik dan bersopan dgn aku, budak2 pun nmpak terkawal jer. aku tanya diorg ni register tak dgn JKM, diorg cakap ada. In fact DBKL dan KKM pun ada routine check up. costnya....RM 350 for baby dan RM 300 for Amir, disbbkan adik beradik derang kasi diskaun sebnyak RM50. Total cost upon registration RM 800. Tahun depan aku kena bayar yuran tahnn RM 200 seorg plus uniform for Amir RM50. Hurm.....rasanya2 aku akan anta diorg ke taska ni je. aku plan akan anta A'imran dan hubby anta Amir, sbb derang bukak kol 7.15, kalau anta awal kira caj OT RM 3 per 1/2 hour. Aku mungkin kol 7 dah kena anta diorg sebelum rushing ke PJ plak lalu highway DUKE...cmnor ek nnt yer?Melalui info cuzin aku yg da keje di PPUM, kena dtg awal kalau nak rebut parking....seawal mana akan ditentukan esok. Sok ada latihan simulasi, nak budget kena bertolak kol brape sampai kol braper. Better off......nnt aku updet lagi.....

Now aku sudah pun berada di KL. Wednesday was my last day with UIA, last assessment for Clinical Inpatient Exam and yesterday, me and children travel together with my sis and mom datang ke sini. Kami naik 2 kereta, my car n kereta Izah. Bertolak dari Ktn pukul 1 dan lebih kurang pukul 5pm kitorg sampai ke my apartment. Hujan lebat betul by the time kitorg keluar susur Highway DUKE masuk ke jalan ayer panas, berdebar jantung aku, maklumlah, jalan sangat samar2, takut terlepas simpang pulak...haru plak jadinya nnt. Alhamdulillah...sampai akhirnya aku dengn selamat meredah kehujanan.

1st day di rumah baru, tak byk aktiviti mengemas yg aku buat lagi. En husband dah banyak mengemas sebelum aku sampai, but still ada berkotak2 lgi stuff yang perlu di susun atur....pagi2 tadi bangun dan iron baju hubby nak pergi kerja. Hurm....dah lama giler tak meng'iron' baju kerja hubby...maklumlah, dah bertahun tak duduk sekali kan. Plan asal today nak kuar jalan TAR ikut Izah borong tudung (adikku itu penjual tudung berjaya di Kuantan...heheh) tapi kena cansel sbb hubby nak guna keta, kereta dia masuk bengkel sbb cium bontot ford ranger di semban last wednesday time outstation, so dia kena bawa keta aku la pergi kerja.

pagi - pagi tadi aku dan ma pergi pasar basah, hajatnya nak beli lauk untuk dimasak. culture shock aku kejap sbb yang meniaga sumer cina dan india, cina yang paling byk. pusing punya pusing jumpa la jga 2 org melayu yang jual ayam, so dapat juga aku merasa makan lauk ayam ri ni. Tak tergamak aku makan ayam beli dari penjual cina..eeeeee entah sembelih ke tak...yarkh!
sayur pulak ku beli dari penjual India, ikan ingat nak beli juga tapi tak mengapalah...nampak tak berselera pulak.

harapan aku agar aku dapat maintain lifestyle kg ku di bandar besar ni. aku tak biasa makan luar banyak sangat, so harapnya aku still sempat memasak untuk family walaupun lauk bodo2 je....dan en hubby...di harap anda jgn cerewet sangat yer...makan aje apa yg ku sempat makan, yg penting bersih dan berkat, insyaAllah....

Student final year dah habis buat placement outpatient di klinik beserah. Now, time diorg struggle menggunkan ilmuan yang dah diperolehi sepanjang 12 weeks attachment outpatient and inpatient untuk score dalam final exam yang bermula awal minggu ni.


heheh...nak gak masukkan gambar aku posing dgn diorg di hari terakhir placement diorg dgn aku. Lunch ri tu aku belanja diorg KFC...baik aku kan...huhuhu...tak pela, sekali sekala. Teringat zaman aku belajau dulu, kalau lah dilayan sebegini baik oleh dietitian or lecturer mesti berbunga riang hati ni. Semangat sket...tol tak? Tapi yang semestinya dan sememangnya aku berterima kasih banyak2 kat diorg sebab memahami keperluan aku yang perlu mengepam setiap 2 @ 3 jam sekali.


Ni tempat aku mengepam susu while observing my student bagi diet counselling...tersorok dan selamat untukku..heheh. Pam ku masukkan dalam laci supaya motor yang bzzzzzzz tu tak kedengaran sangat dan menganggu fokus diorg bercakp dgn patient. Alhamdulillah, sekarang susu dah bertambah bilangannya, rahsianya....(tak dela rasia sgt) aku pam regularly, evry 2 hrs aku pam, pagi2 masuk kerje kat balik kaunter tu aku wat hyperstimulation selama sejam...Alhamdulillah susu ku memang kurang mengecewakan (tapi masih belum boleh dibanggakan). Kalau dulu sehari 9 oz je dapat, skang sehari leh dapat 13 oz....still tak best aku tau tapi for my self victory...itu dah cukup motivate aku.

Pam yang ku pakai sekarang kalau nak tau da pernah masuk spital 2 hari sebab terjatuh dari meja time aku tgh syok mengepam.nasib baik hujung minggu so tak pam pun tak apa la. huh seb baik boleh dibaiki, kalau tak haru biru la aku. kena beli pam baru. Overall, aku ase dah bleh catch up dgn new lifestyle sebagai pengumpul dan pemerah susu, dah tak rasa beban dan susah sangat skarang. stok susu pun dah terkumpul sikit2 sbb kalau pam di ofis, mesti ada balance untuk esoknya, so far A'imran minum 12oz sepanjang aku kerja....sikit ker?cuma yang aku nyesal dgn pam aku ni, dia agak kurang best kalau tak de aksesori dia yang kena beli berasingan. Rege dia da le mahal, kena plak lagi lengkapkan dgn aksesori lain iaitu flexishield areola stimulator. kalau tak pakai shield tu mmg sakit, dan aku perasaan progress breastmilk makin bagus sejak beli shield tu, heheheh beli di ebay lagi sbb lagi murah berbanding local web site. Berbanding time amir, aku pakai avent isis yang memang lengkap dengan cooler bag lagi, banyak juga aksesori tambahan yang disertakan. cuma yang tak bestnya sebab dia manual, penat tangan. dan aku realize itulah sebabnya kenapa aku gagal menyusu Amir sampai setahun, 7 months aku dah bagi susu formula sepenuhnya.

next week, A'imran akan go for 4 months check up, nak tgk sgt berapa dah gain, phisically nampak ok tapi kat atas penimbang tak tau la yer. Next week juga merupakan minggu terakhir di Kuantan. Barang2 kan start diangkut ke KL on 7hb ni, tapi aku tak pergi lagi becoz terlibat dengan exam inpatient pada 9 dan 11 hb. habis exam aku terus bercuti for good dan tunggu my hubby balik ktn and pick us up....gonna miss kuantan and my families sooooo much......yang pasti...rutin ku akan tetap sama di KL nnt, malah mungkin lebih mengharukan.....takutnyer....ngeheheheh

pam yang kuangkut ke hulu dan ke hilir.....pretty much best friend to me....

proses menstim semua botol2 dan pam....rutin sebelum tidur hari2

isi perut dia!

cooler bag avent aka peti sejuk bergerak
stok susu ku 2 minggu yang lepas, yang terkini?dah byk tau.....tungguuuuuuuu

boleh saya menyambung lagi kisah tertangguh saya ni?

ahad, 18 okt 2009

pagi - pagi bangun dan bersiap untuk ke klinik ustaz solehuddin di taman indera sempurna. Alkisahnya, kalau nak jumpa ustaz ni kena jadi org no.1 sbb kalau kol 9 sampai alamat pukul 12 la baru leh jumpa disebabkan ramai pesakit. Tambah lagi, kalau ada pesakit penyakit berat2, lagi lama la kena nunggu. Sesungguhnya pagi itu, aku jadi org pertama sampai. Tak sampai 3 minit kami park keta, sampai sebuah lagi keta yang menandakan pelanggan no.2 dah sampai. Lega! Berjaya dan berbaloi la en hubby bawa keta laju tak ingat. Both boys kitorg angkut sambil diorg tido.

Hasil pengubatan tersebut, kitorg dibekalkan air jampi berserta kapur yang dah dijampi. Kena larutkan kapur dalam air yang dijampi tadi dan sapu pada bahagian perut, ari-ari dan 'ball' A'imran. Sebelum sapu kena baca juga beberapa surah seperti AlFatihah, Ayat Qursi, Surah AnNAs, AlFalaq, AlInsyirah dan selawat 7x. Sepatutnya dilakukan 3x sehari tapi boleh buat 2x je sehari, before aku pergi kerja dan malam sebelum tidur. Tengahari A'imran di rumah babysitter dan aku tak expect dia boleh buat ritual tu semua. Mudah-mudahan ikhtiar kami berhasil. A'imran tak de lagi nangis macam tempohari walaupun malam time nak menyapu air jampi tu nampak ball dia membengkak dan membulat. Dalam kes ini juga aku perasan, time pagi ok tapi malam dah bengkak sebelah...mungkin kebiasaan dia jadi time malam kut...entohler...

Tak habeh lagi citer hari Ahad tu. Balik dari klinik, kitorg pergi rumah member hubby, fadhlur namanya. Fadhlur ni kawan kitorg di SMART (form 1 sampai form 3), baik sgt dgn en hubby. Dijadikan citer waktu di UKM, Fadhlur ni kawen plak dgn member aku Rogay (sama-sama di KMS). Time derang kahwin dulu (derang ant org terawal kahwin,pas belaja) aku terasa keciknya dunia ni tapi sekarang senario2 gini dah imun sgt dah, da ramai yang kawen dengan suku sakat. Lepas melepak dan borak2 tak ingat kitorg pun balik dan sampai rumah dalam kol 12 lebih.

Dan untuk pengetahuan semua, hari ahad adalah hari bz sedunia, mengemas, melipat baju hubby, aku dan anak2 (maklumlah, basuh baju sekali seminggu!) dan pek pula dalam beg baju hubby (untuk dibawa pulang ke KL), baju aku (untuk kerja seminggu coz tido umah mak) serta anak2 punya kelengkapan. Petang kami akan berangkutan semua barang2 ni ke rumah mak. Aku sering merungut betapa penatnya jadi org yang berpindah randah gini, nak sangat duduk setempat tak payah berangkut sana sini dan InsyaAllah rungutan aku tu akan hilang pas ni.
Namun yang pasti, walau aku tak perlu lagi berangkut-angkutan kelak, aku pasti akan rindukan semula apa yang aku bakal tinggalkan ini. Terutamanya rumah ku yang besar ni (eheh besar dari rumah sewa di KL, bukan besar dari rumah org lain) dan keluarga ku, ma terutamanya....(tiba2 rasa nak nangis!). Yang paling aku mahukan dalam hidup aku adalah ma dan abah, suami dan anak2 serta adik beradikku semuanya. Aku mahu semuanya ada di sisi ku serentak....how I wish..............sob sob sob

hi...jom sambg citer aku
my hubby balik ktn hari jumaat tapi mlmnya kami tido rumah mak...da leewat dia sampai dlm pukul 9 so tak elok kan bawa bb kuar mlm2, sbb kitorg tido dulu rumah mak, esoknya ;

sabtu, 19nov 2009

bermalas - malasan di pagi hari, bangun awal tapi melepak dgn A'imran
hubby blk rumah bt hitam with Amir untuk basuh baju
lepak n lepak sambil kemas bilik sket2 da tengahari
hari ni plan nk bw A'imran ke Dr Ang @ Dr Yaw tapi tutup pula
kan ri ni Deepavali yang aku rasakan sama je mcm sabtu2 yang lain....dalam hati aku, naper la jatuh deepavali ari sabtu
kalau ahad ke jumaat ke kan best
leh cuti!
lepas tak jadi bawa A'imran ke Paediatrician kitorg ingat nak bawa ke ustaz solehuddin
dia pengamal perubatan islam dan merupakan anak murid ustaz harun din
pk dan pk dan pk, mungkin sebaiknya kita mintak pada Allah dulu, guna cara doa
kalau dah ikhtiar tak berjaya baru jumpa dr kot
huby call member yang dok dkt dgn klinik tu tapi klinik da nak tutup, esok plak baru bukak
so plan ke2 yang tak jadi ni akhirnya bertukar menjadi acara tido pada petangnya...
dalam aku dok melepak lepak tu ada la dgr hubby menjwb few calls dari member yang dipanggil toman, membernya tu mengikut program wifenya di sini (dia stay di KL) tapi aku tanya prgram apa hubby ku ckp tak tau, so aku pun tak ambil pusing
teruskan melepak...sampai petang. tetiba dalam kol 5.30 hubby soh siap, nak jumpa mmber dia toman ni kol 6. geram gak aku wat plan adhawk ni, aku ni lembab, mana leh siap cpt2! tapi kuusahakan juga bersiap dgn cepat sbb hubby nak sangt2 jumpa member nya yg satu ni.
kol 6 lebih kitorg sampai di satu kedai baru bukak di jln beserah...baru aku tau, rupanya wife toman ni ikut geng susuibu.com buat program breastfeeding di kedai breastfeeding baru bukak ni. hurm....geram sbb aku tak tau ada program ni, kalau aku tau mesti aku nak pegi...menci!

sbnrnya nak bercerita aku berkenalan dgn isteri toman ni, yati namanya.dia seorg yang tabah dan sangat2 mengagumkan pada mata aku. dia inspire aku, dan buat aku semangat berkobar2 berjuang memberi susu badan pada A'imran. baby nya skarang berumur 11 bulan dan semenjak dari baru lahir (5hari pas lahir) dia cuma minum susu ibunya sahaja. biasa je kan bunyinya!tapi untuk pengetahuan, susu itu bukan azri (nama baby diorg) dapat dari yati directly (she is a full time breast pumper), sbb azri dah confuse puting dari baru lahir dan hanya nak minum guna puting botol susu, tak nak minum dari breast. so yati akan pump susunya setiap masa untuk diberi pada azri, pagi petang siang dan malam kejenya mengepam je. malam pun set jam 2 jam sekali bangun untuk mengepam. pada aku itu sesuatu yang sangat hebat sbb mengepam pada aku adalah proses yang memboringkan! aku tak suka mengepam dan how i wish A'imran minum direct from me tanpa perlu mengusung pam ke sana sini. walau pun dah sebelas bulan yati masih tekun mengepam consistenly demi memberi kan susu nya pada azri...huh..kalau la aku mesti "tanak minum sudah, bagi FM je, abeh citer!"
rupanya petang tu aku ditakdirkan bertemu dengan seseorang hidupnya penuh semangat, walau sukar dia tetap tabah demi memberikan yang terbaik untuk darah dagingnya. cuma yang jadikan kerja mengepam dia mudah sket sbb yati guna pump medela free style...untuk org biasa mcm aku, mmg berkira la nak beli, manakan tidak, satu set regenya RM1800!tapi mmg pueh hati, lekat je kat breast dan ia akan pump automatically, u can do whateva you want to, driving ke membasuh ke (pakai mesin basuh la), cuci pinggan ke menyapu ke, ikut suka la, proses pump tu tak ganggu kita punyer....best best!

selepas perkenalan tu mmg aku belajar byk perkara, terutamanya betapa berharganya seorg anak itu. betapa aku pun boleh jadi m acam itu kalau aku nak, bergantung kepada semangat!yang penting, jgn sekali kali mengalah

esok la aku smbg lagi eh...ada part III sbb banyak lagi nak ditulis.babai!

aku sangat2 ingin menulis ttg wiken stories ku (walaupn da 2 hari berlalu)
tetapi kekangan masa, student still around and there's abundant of reports to read
tambah kena pump lagi yang aku buat 4x sehari di tempat kerja
so...kalau ada masa ri ni akan ku updet lagi
sgt2 ingin menulis....

hati umi ni sedih sangat-sangat
datang kerja hari ni asik teringt pada A'imran, nak check report student pun tak tenang
asik teringat...hati umi terganggu, nak nangisnya la rasa.......

malam tadi, A'imran menangis sepenuh hati, sekuat-kuatnya dan meronta-ronta
sayu sebab tak tahan tengok A'imran dalam kesakitan tapi umi tak boleh bantu
umi sanggup tukar dgn A'imran, biar umi je yang sakit...tapi apakan daya
mujur A'imran nagis tak lama, tak sampai stengah jam seperti sebelum ini
mula-mula A'imran kena dulu, anak soleh umi ni menangis sampai sejam
umi letakkan minyak kelapa jampi kat 'ball' adik, baca selawat
tok ki pula baca2 doa hembus kat adik
wan dan abi tak ada, malam tadi cuma ada umi, tok ki, makcu dan amir
lepas hampir 20minit adik pun tertidur dalam pelukan umi...muka basah lencun dengan air mata dan air hidung
umi peluk dan cium adik puas-puas...umi sedih....Allah tengah uji umi
dan Allah pun tengah uji adik....sabar ye dik....umi pun kena sabar
umi akan cari penawar untuk ubatkan adik, insyaAllah

waktu tulis catatan ni, air mata umi tengah bergenang...tahan!
jangan sampai jatuh...malu plak kalau ada org tetiba masuk bilik ni

A'imran diserang angin pasang, dalam perubatan dipanggil hernia
ironinya, ia datang secara tiba2
sebelum ni adik sihat, ceria dan tak pernah menangis sedasyat tu
tetiba jumaat lepas, A'imran menangis lebih sejam sambil meronta2 tangan dan kaki
umi buka baju takut ada kena gigit ke apa tapi ok je
bukak barut bukak seluar tapi tak ada apa
last2 umi bukak diaper baru terkejut beruk tgk 'ball' adik tengah membengkak sebengkak bengkaknya...bulat sangat, tapi cuma sebelah
baru umi tau, adik kena angin pasang!
umi dan abi bawa pergi jampi last sabtu, nmpk macam da ok tapi malam tadi adik tak ok balik
umi kena juga bawak adik jumpa paediatritian hjg minggu ni
umi takut sebenarnya, sbb biasanya hernia hanya pulih after done surgery...umi takut!
tapi tak pe, yang penting, biar dr tengok dulu...selebihnya Allah yang akan tentukan

terima kasih di atas ujian ini Ya Allah
aku sedar, aku lalai dalam mengingati mu
aku lalai dengan kebahagiaan yang kau datangkan pada aku
Ampunkan segala dosa-dosa ku Ya Allah
tambahkan iman dan takwa di dalam hati dan jiwa ku
limpahkan aku dan anak-anakku rahmat, hidayah dan kebaikan Mu Ya Allah
ampunkan aku...Ya Allah aku merayu...ampunkan aku

sob sob sob sob.....hati ku banjir...............

A'imran kini telah pun berusia 3 bulan

cuba teka siapa ini?

this is Amir at 3 months old

now lets see, how A'imran at same age
this is A'imran

wajah mereka seakan sama tapi tubuh A'imran jauh kecil dari Amir.
di mana silapnya yer...
on last friday,091009, was A'imran 3rd months birthday
aku bawa A'imran ke klinik untuk rutin check up and suntikan 3 bulan, i was so surprise apabila nurse beritahu berat A'imran cuma 4.8kg
sangat2 mengecewakan dan kegelabahan membuatkan aku tak recheck reading pada penimbang tu
aku sgt2 terkejut...mustahil!mustahil!

pada berat 4.8kg, graf A'imran dah patah
meaning A'imran dah masuk dalam kategori kekurangan zat makanan (KZM)
ohhhh aku sangat2 tak boleh terima hakikat tu...sampai hari ini aku masih terfikirkan perkara ni
i blame myself for not rechecked reading pada penimbang tu
the nurse might be wrong....no way no way!

my next mission...meneruskan penyusuan susu badan
no matter what happen, i won't give up
now aku dah set alarm, kejutkan A'imran every 2-3 hours untuk minum
dia reluctant tapi aku kejutkan juga
walaupun dia tak minum sampai habis sebab tertidur but at least dia dapat sikit dari tak dapat lansung

runsingnya hati umi.....sejak seminggu lepas juga aku mula makan macam2 yang dicanang boleh banyakkan susu
antaranya black sesame powder, biskut oat, horlicks, lobak putih selain dari minum susu dan banyak air seperti sebelum ini
umi will fight sayang....anak umi ni kena gemuk...macam anak2 org lain...tak kira!

antara perkembangan A'imran di usia 3 months ni

1. A'imran sangat alert, panggil nama je mesti terus berpaling
2. sangat comel bila tersenyum....oh buah hati umi!

3. boleh diajak berbual, dalam bahasa baby nyer....A'imran sangat talkative
4. suka pegang dan genggam tangan umi, bahagia nya rasa
!
5. tak suka basah, kalau poo mesti nak soh cepat2 tukar
6. kalau dok depan A'imran, mesti dia akan senyum dan tegur Umi walaupun Umi tak buat paper

jom kita tengok lagi gambar - gambar A'imran....
naked A'imran yang sangat comel di mata umi.....hhuhuhuA'imran cute litle hand

pacifier favorite abi...but not A'imran (faham maksudnya kan)

last but not least...Ai'mran tgh watch TV 42' abi punyer


Amir dan A'imran segala-galanya buat Umi...mmmmuahs...peace no War!

perjalanan aku sebagai pemerah susu baru je bermula
baru 2 minggu secara intensifnya.....penat Ya Rabbi Allah je tau
ke hulu ke hilir memerah, menyimpan dan menghantar produk tenusu ku ke pelanggannya yang satu
siapa lagi....my lil A'imran...one of my most precious gem

semalam hasilnya cuma 6 oz , aku frust banget....sakit ****** ku, senak tapi itu je hasilnya
hari ni aku cuba banyakkan perahan dan hasilnya bertambah 2 oz menjadi 8oz
ada peningkatan tapi 8 oz bukanla sesuatu yang boleh dibanggakan
tdk sama sekali dan semestinya aku perlu bekerja kuat untuk meningkatkan penghasilan tenusu keluaranku...aku perlu lebih produktif!

so far my schedule adalah :
5 am bangun dan membuat perahan pertama
5.45 am pelanggan meminum direct dari sumbernya
7 am pelanggan minum lagi
9.30 am perahan kedua (di tempat kerja)
12.30am perahan ketiga
1 pm menghantar hasil perahan kepada pelanggan
4 pm perahan ketiga

balik dari kerja aku biasanya tak membuang perahan sebab teramat la sibuknya, jadi pelanggan mendapat susu direct dari sembernya...
bila sampai rumah pada petangnya...aku sangat2 occupied, my hands full...sangat2 n tak de vacancy langsung
melayan amir especially, yang selalu menuntut kesabaran yang maksimum
bersabar dgn amir tu pun da bakar banyak energy aku yang menyebabkan tak de masa nak memerah lagi
dan aku juga akan masuk tido awal sebab nak tidokan Amir sekaligus tidurkan A'imran
bayangkan betapa penuhnya tgn aku, tgn kiri tepuk A'imran dan tangan kanan tepuk Amir, aku yang tak larat ni tidur tengah2 puteras aku tu
dan bila dah tido memang tak larat dah nak lakukan prosedur perahan yang seterusnya
zzzzzz sampai pagi
A'imran pun sama, mcm org tua tido straight tak minum susu sampai pagi
bagus sebab memberi ruang untuk aku berehat tapi not good dari segi hormon prolaktin ku yang tindak diransang
hasilnya.....EBM ku mmg tak terkumpul seperti yng kuharapkan
aku akan terus berusaha untuk tambahkan penghasilan tenusu!
to ika...sorry la kalau lepas ni aku akan mengganggumu
kau la sumber terdekat yang boleh kucapai dengan cepat.......help me ye ika

yang letih, ngantuk, selebet dan comot

ummu amir a'imran

entah apa mood lain macam ari ni.....ada 2 entry dalam sehari....eheheh

sekarang aku berada di kampus UIA Indera Mahkota. Bos telefon pukul 10 lebih soh aku dtg mengadapnya....sedikit kisah bos kecilku; namanya Pn Aflah Afandi. Gengku di UKM dulu. mmg rapat la sbb nama pun gengkan tapi rapatnya sampai 2nd year je sebab kami satu jabatan tapi course yang berbeza, dia course nutrition dan aku course dietetik. nak dijadikan cerita sekarang geng aku tu sedang menanggung kerja ketua jabatan ku yang tengah menyambung phD di Scotland, so geng ku dulu da jadi bos ku kini. sebab2 berjumpa...tak dapatlah nak diceritakan di sini sbb panjang sgt citernya...so abaikan k.

sebelum pergi, sempat aku meng 'ekspress' susu ku di bilik memberku.....ini gambarnya selepas proses ekspresi!

sempat posing lagi!


ini pula merupakan aku yang terperangkap dlam traffic jam di jln bukit ubi berhadapan stadium darul makmur.

heheheh.....sempat bergambar selepas kekenyangan lunch sensorang kat restoran sara thai. sebelum lunch aku pergi buat treatment hidroterapi selama sejam di fisioterapi centre berdekatan. tapi tak dok gamba....tak ingat nak ambik.

antara pos-pos sensorang dalam keta!


tetiba tengok kiri mamat dalam keta putih sebelah tengah mengusya. alamak, nampak ke apa yang aku tgh buat ni?i thought tinted keta aku ni membataskan pemandangannya, terlupa pulak yang keta aku ni tinted tak la macam tinted keta tengku mahkota pahang yang gelap tak nampak lansung org di dalamnya....atoi....malu siut!

ok ok...stop perasan sensorang. teruskan pemanduan dan sampai di kampus kol 3pm.....maaf bos....jam!

ni no plate keta ku..
en pawi, untuk pengetahuan anda keta aku ni baru tak baru pun da 2 tahun 3 bulan umurnya. en ahmad muzri yang menguruskan pembeliannya di KL sebb aku tak tahu menahu dan malas nak menghandle urusan belian keta ni...yang aku tau, pakai je...heheh...sebab tu la no platenya plate KL.

ini hiasan dalaman yang tak seberapa....potpouri cenderahati perkahwinan emi (cuzin hubby ku)

erm....balik nnt, ambik A'imran dari rumah k zie then siap2. hubby ajak tgk sukan FELDA, kat mana, aku tak ingat nak tanya.

sekian....

seminggu sebelum raya dan minggu raya yang lepas aku sangat2 super busy...nak wish selamat hari raya untuk kengkawan dan saudara mara pun tak lepas

uish...begini rupanya jadi ibu kepada 2 orang manusia yang masih kecik!

macam mana agaknya mak aku dulu membesarkan kitorg 7 beradik.

update raya akan aku masukkan hujung minggu ni...InsyaAllah

untuk hari ni kita tengok wajah terbaru A'imran yang tido dalam car seat time aku balik dari kerja.


sedapnya tido!

ini suami saya bersama tower yang dibina oleh amir...the future architect

Adakah aku telah menjadi isteri yang baik selama ni?betapa aku akan selalu tanya sendiri soklan ni di saat aku babai dgn hubby....
kat mana dah dia skang ni.....

aku dah berjaya dapat jawatn di PPUM, maksudnya aku bakal hidup sebumbung dgn hubbyku seperti yg aku harap2kan selama ni....tapi macam mana ek life ku nnt?aku selalu memandang KL sebagai tempat yang menakutkan untuk membesarkan anak.aku serng membayangkan KL ni tmpt nk enjoy2 bolehla, tapi bila dipk2, ramai je org membesar di KL tapi bleh jd org baik jugak, contohnya IKa (msti kau bangga membc entry ku ni..heheh), rozi, faiey, lynn, aishah dan bayk lagi la, tak larat nak taip.so maknanya it's not so bad utk hidup di KL and raising children....hopefully!

my hubby nampak so excited, dah siap cari rumah....aku pun sama excited.harap nnt aku tak selalu gaduh dgn hubby dan leh jadi isteri seperti yng diharapkan oleh suamiku....
untuk abang...sue nak gtau yg abang seorg yang baik sgt pada sue, dan betapa sue hargainya sangat2....jangan berubah yer, biar kita gini sampai bila2, even kerepot sekalipun, abang akan tetap hensem pada mata sue.....i love you...mmmmmmuuuuuahhhs




ini saya outing berdua dengan hubby membeli baju raya for our children

tak de moodnya nak kerja....dalam kepala ingat nak tido dan lepak je....apa daa, mmg ala2 gaji buta dah aku ni!
cuba teka apa tu?heheheh...mak aku bising sbb aku tak makan apa - apa ubat pun lepas pantang dah habis, so aku pun cuba try makan produk kesihatan jenama hiraq tu. selalu dengar kat ikim dan aku mmg pernah makan kejap sebelum mengandungkan A'imran dulu tapi stop bila aku pregnant. kebaikannya?dia claim boleh perbaiki semua masalah perempuan termasuklah menaikkan seri muka....heheheh betul atau tidak nnt you all tgk la muka aku berseri ke tak ye. kalau tak berseri maknanya do'oh la apa yg di'claim' tu.

ni pulak, jeli gamat.biasalah kalau jeli gamat confirm tujuannya untuk sembuhkan luka, dan tujuannya mmg untuk sembuhkanluka2 dalaman yang tak nmpk ni....tapi luka lagi ke?tak baik lagi ker?belasah je la kan...yg bestnya, dia rasa strawberry....sedap!makan satu sudu besar 2 kali sehari....moga jadi powerla aku pas ni!ini pula adalah susu kambing. Rasulullah dulu tak minum susu lembu tapi susu kambing. maknanya kalau minum susu kambing tu ikut sunnah nabi la. kenapa aku minum adalah untuk kesihatan keseluruhan seperti kulit dan penghadaman dan tulang juga. dikatakan susu kambing ni paling mimik susu manusia so penghadaman jadi mudah la maksudnya kalau minum susu kambing.

sekian update saya.....dah tak de idea...kepala berat!!!!!


bangun awal di pagi dah menjadi asam garam dalam hidup aku
tapi hari ni berbeza sebab bangun awal pagi dan bersiap untuk masuk kerja
perasaan nak kerja hari ni mcm rasa baru hari pertama dapat diterima bekerja pula, sedikit excited
walau pun sedikit je excited, tapi aku tak faham kenapa wujudnya perasaan excited tu.;...hurm

bangun pukul 5.30 pagi (aku tak sahur sebab aku tak poser ye), feed A'imran sekaligus ekpres susu, dapat dalam 80ml je
lepas tu mandi dan bersiap sambil mengemas2 barang A'imran yang nak dibawa ke rumah k zie the nanny
tung tang tung tang dah pukul 7.25am dan sempat gak aku buat air MILO dan sikit kopi (sikit jer...takut effect plak susu aku ni)
tung tang tung tang lagi akhirnya 7.45am aku bertolak dari rumah
kira da lari target masa aku, target kuar rumah jam 7.30am
jalan sket, agak2 700m teringat aku tertinggal susu kat atas meja
ohhh si nyanyuk ni da buat hal pagi2 gini!seb baik adik ipar aku Nazreen tak kuar umah lagi, so call dia mintak dia bawakan susu, aku tunggu tepi jalan
lega sebb ada SOS di saat2 begini, pukul 7.55am sampai rumah k zie
bagi briefing sikit2 dan lepas kiss kiss A'imran baru aku blah ke klinik
punch in kol 7.07am ditambah mencari punch kad tak jumpa sbb depa tukar no punch card plak
kalut dan ribut betul!

akhirnya kekalutan tu pun berakhir, masuk bilik dan nak pakai lipstick, tetiba student pun masuk
terpaksa la aku keluar cari port lain nak pakai lipstick
pukul 12thari; baru berkesempatan meng 'ekspres' susuku
thanks to my breastpump yang bertindak secara automatik, sedar-sedar dah separuh botol penuh
disebabkan bekalan susu A'imran tak banyak so my plan untuk A'imran adalah ekpres pagi dan htr pada k zie time rehat lunch....thanks to my nanny jugak yg rumahnya 3 minit je dr klinik ni
thari tadi dapat la aku feed A'imran sekaligus time htr susu
esok, lusa dan seterusnya mcm mana ek?penat jugak berkejar2 macam ni, tapi nak buat macam mana....kena sabar je la kan
yg penting, aku akan kerja utk mggu ni je...minggu depan aku akan bercuti!
yeaaaahaaaa

assalamualaikum.....

di tika dan saat ini aku sedang menaip sambil A'imran tido di atas lengan ku selepas habis menyusu
lenguh....adui tapi malasnk msk bilik letak dia
tggu diq betul2 lena dulu

anak sorg lgi dan hubby keluar bndar coz tukar songkok dan kasut Amir yg kitorg beli smlm
dua2 kecik....n hubby plak ckp dia nk beli tv LCD 42'
aku ckp...belilah....coz malas dah nk ckp 'tak payah la abang...membazir je'
duit dia, ikut dia la.cuma aku psan....jgn asik tgk tv bsr sampai lupa peranan mendidik ank dan kaerjasama...maklumla aku x de bibik, keje2 kna wat sesama

mlm td pas berbuka kitorg blk rumah yg dah 2 bulan ditinggalkan
mmg sgt2 kotor dan bertahi cicak a lot....so sblm lepak2 hubby vakum dulu rumah dan bilik
aku setelkan A'imran dan Amir then managed to mop rumah except bilik yg 2 tu
yg funny nya, disebbkn da lm tak duduk bley plak aku lupa mana satu suis kipas kt hall
nk basuh baju bukk kabinet (tmpt aku ltk sumer detergent n stok sabun) dan tak jumpa sabun basuh Breeze ku
ingt da habis....menyumpah seround diri sendiri sbb nk basuh mcm mn tak de sabun
tetiba nmpk sabun sebelah washing machine...ceh...bole plak aku lupa yg selama ni mmg aku ltk sabun kt sblh washing machine
nyanyuk betul....
then nk masak nasi utk sahur siap2 so that sok pg leh juz panaskn je, tapi frust pulak sbb beras da rosak kena srang dgn bubuk....last2 hubby kuar jap pi beli nasi

rumah oh rumah.....walaupun kotor dan tak de mknn di dlmnya aku ttp rasa bahgia di dlmnya
tak sama dgn umah mak....walaupun rumah mak tu tmpt aku mmbsr selama 26 thn tp bila da ada rumah sendiri perasaan lebih bhgia bila berada di rumah sendiri
heheh leh ke aku ase gini?
insyaAllah pas ni aku akan kembli ke rumah every weekend mcm selalu
cuma kena wat major cleaning utk pastikn rumh betul2 bersih
(mana la k izan yg selalu cuci umah aku tu?tak dpt kontek asik msk voice mail since da 2 bln aku menyepi x call dia)

skarang...lengan ku da btl2 sengal.....nk ltk A'imran dalam katil dulu....wassalam
oooouch!

dalam diam da masuk hari ke 12 kita berpuasa...cepatnya masa berlalu kan
dan diam tak diam juga minggu depan aku akan masuk kerja semula....perasaan semestinya....MALASNYA!
tapi aku akan kerja 4 hari je dari sel sampai jumaat, since isnin cuti nuzul Quran
after that aku sambg cuti 8 hari, meaning seminggu sebelum raya dan seminggu raya
harap2 bos tak kisah memandangkan time tu students pun tgh bercut
kalau diikutkan hati memang nak cuti straight je, tanak masuk kerja lansung tapi kesian plak kat fatin
macam tak tahan sangat dah menggantikan aku...takpe...demi negara, aku korban skek
kisah breastfeeding aku pulak memang menyedihkan
aku ok je feed A'imran directly tapi stok2 susu aku la yang risau
aku tak leh simpan byk stok since aku kan dok dgn family, so peti sejuk tu bukan la peti aku, banyak bercmpur dgn ais dan makan2an mentah mak aku
peti sejuk pun bukan la besar, so aku menumpang sket la...tu pun mujur ayah aku tak bising
nak dijadikan cerita minggu lepas ada hamba ALlah yang tak tutup rapat pintu peti sejuk atas tmpat aku simpan susu
tak sedar berapa lama gitu tapi yg pasti sedar2 semua benda da mencair termasuklah susu aku
frust plus hangin la jugak satu badan....siap hubby aku pun aku hangin sekali (sian dia, dia buka tau paper pun)
terus aku rase frust.....skang kena mengumpul balik susu untuk 4 hari aku bakal bekerja ni
pastu kumpul la jugak time cuti 2 minggu tu sket2
time raya nnt lagi la traffic jam peti tu, dengan daging, ayam dan air batu dan mcm2 benda nak dimasukkan dalam peti tu...sah2 susu ku terpinggir....ibarat melukut di tepi gantang...itu la nasib susu si A'imran tu
dan begitu la nasib aku, menumpang rumah org, nak balik rumah sendiri takut plak dok 3 beranak je, plus aku mesti tak leh handle anak2 aku b2 ni
so nak tak nak kena tahan dan sabar je la.....sedar diri aku menumpang
so jgn nk lebey2 k

hari ni sbnrnya aku da boleh call PPUM tnya pasal keputusan interview
nnt la, sket2 lagi. perasaan aku kuat mengatakan aku berjaya tapi entahla.....perasaan je, bukan kebenaran
kalau aku berjaya aku tak sabar nak pindah at my own house dgn hubby
aku ada bal cuti 23 hari lagi dan bersamaan dgn cuti sebulan....so time tu nnt aku leh stock up susu byk2 dan beli fridge besar kat KL nnt....eeee tak sabarnya!


untuk semua....selamat menghabiskn balance puasa yer



si hensem yang kuat menagis!



wajah kami berbeza but we are brothers
breastfeeding......huhuhu

tepat - tepat hari ini 44 hari A'imran menjd survivor di alam dunia ni, dan itu juga bermakna aku telah bebas dari membakar perut ku menggunakan batu yang panas itu, melilit perut ku bak mengikat tali kasut dan menahan diri dari menikmati vitamin, mineral dan antioksidan semulajadi dari buah - buahan dan sayur - sayuran yang berwarna warni....yang penting aku sudah boleh makan apa saja tanpa rasa bersalah!(aku dah pun mencuri makan mc chicken dan satu slice kek black forest secret recipe tapi rasa menyesal dan nak muntahkan blk jer)

dan kehidupan perlu diteruskan....berdepan karenah anak2 dan lepas ni menjlnkn tjwab sbg isteri.....bila agaknya boleh kutunaikan hajat en ahmad muzri yang sudah lama berpuasa tu?yg pastinya not now.....takut!

esok 1 ramadhan, harapnya dapat aku berpuasa esok.mudah2n juga dipermudahkan susu ku untuk permata hati sy imran faris....selamat berpuasa!

I’m having tough time skarang. A’imran dah start buat perangai, susah nak tido dengan lena. Tidur pun sekejap – sekejap je. Kemudian terkejut dan terjaga dan apa lagi lagi nangis la. Adooi…tension sbb asik nk kena pegang dan menenen, kalau setakat pujuk2 biasa mmg tak jalan. Tambah lagi dengan Amir yang tersangat extra ordinary aktifnya, melompat dan menjerit yang buatkan lagi susah A’imran nak tidur lena.

Dan aku, yang sentiasa berazam menjadi ibu yang sabar di setiap malam sebelum melelapkan mata sering tewas dalam peperangan di dalam mempertahankan kesabaranku. Marah kerana terpaksa mengadap A'imran, mengulit dan memujuknya tidur berjam - jam lamanya, sdangkan si abang terjerit2 sekuat hati tanpa sebarang sebab. Makin dilarang makin menjadi pulak dia. Larangan menjadi ibarat dorongan untuk dia menjerit lebihkuat lagi!

Umi : Amir, anak soleh kena sopan, tak boleh menjerit.
Amir : aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa (till top of his lungs)
Umi : Amir!Adik nagis nanti kalau Amir menjerit!
(nada marah yang masih tertahan - tahan)
Amir : Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
(lebih kuat dari tadi)
A'imran : Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
And there goes my effort sedari 2jam setengah yang tadi untuk menidurkan A'imran. Dan episod tidur, terkejut, terjaga dan menangis ni dah berlaku berulang - ulang entah berapa puluh kali since dari pagi tadi lagi....dan aku....uish!Terus berperang dengan kesabaran ku.....

it's 11.19pm....my baby aka hubby bertolak ke KL dalam 9.45pm tadi, agak2nya kat mana da dia skang ek, maybe kat temerloh kot. Kesian kan cayang aku tu, tgh2 mlm gini meredah kepekatan mlm balik ke KL sensorang. sebelum bertolak tadi berbunyi dentam dentum ribut menandakan bakal hujan, so cepat2 aku soh dia bertolak, takut makin lebat plk nnt. harap skang my cayang sedang menempuhi perjlnn dengan tenang dan lancar.....mudah2 an dijauhkan daripada mara bahaya dan gnguan syaitan....mudah2an...Amin....



my children dah tido semuanya, bila tgk both my boys tido rasa sedih dan pilu....especially for Amir, felt like i've been neglecting him quite a while, since da jadi abang ni la. Started from last monday A'imran mmg betul2 meragam, tak mcm sebelum2 ni, dia baik aje, tapi lately asik nangis je. kalau tak tido nangis, senyap bila tido je. jarang nak main2 dan dok diam2 bila buka mata, mesti melalak minta dipegang. Telinga pun dah makin sensitip....bunyi sikit dah terjaga pastu susah plak nak tido. tak main la tepuk2 ni, kena hulur nenen baru nak senyap. minggu lepas mmg fasa sgt2 mencabar menjaga A'imran, tapi luckily time malam memg behave, nak bgn minum susu pun mlas, kena kejut br nak bgn minum. aku pun tak leh nak wat apa, memerap dlmbilik je nak tido kan si A'imran ni. Bila si abg menjerit2 dia pun jaga, there goes my effort menidurkan A'imran. last2 abg la jd mangsa kena marah dgn umi...cian betul.



Amir plak sangat gemar menjerit skang, sekuat2 ati without any reason.mmg sgt2 mendidihkan darah ku bila dia menjerit sekuat ati suka2 ati da je, tanpa sbb smpi adik pun jg. pastu melompat sini sana, dan kalau ditegur makin dibuatnya....uish...sangat2 mencabar Amir skang ni!
walau cmnerpun Amir tetap di hati UMi walau mcm mana aktif aka n***lnya Amir, Umi tau itu semua sbb amir tengah membesar, tgh explore dunia. AMir sgt2 suka tgk CD nasyik kumpulan Aiman, bila nak soh buka diaakan ckp 'CD abang' heheheh sbb byk abg dalam tu. CD lain fav dia juga CD ABC dan BArney ABC....cepat dia mengingat lagu2 dlm tu. so far Amir dah lama tau baca ABC sampai Z (he pronoun it as zie...ala2 US gitu!), count from 1 to 10 dan satu smpia sepuluh....boleh thn jugak la bijaknya si Amir ni. kalau soh buat sesuatu selamba je dia menjawab 'kejap'.pastu kalau tak leh wat sesuatu, pandai tanya aku 'mcm mana UMi'....mmg dah pandai bercakap sgt dah dia ni....byk gak faham arahan2...

A'imran pula hr ni pegi cucuk HEp B dan timbg, beratnya dah 3.425kg dan panjang da jd 54cm. Alhamdulillah....dah makinnmembesar anak umi yg sorg lagi ni. mudah2 an semua anak2 umi akan sihat sejahtera hendaknya dn berjaya dunia n akhirat.
Azam umi untuk esok : jadi umi yg lebih sabar.........sayang you all...mmmuuuahs

masa yang terasa lambat sungguh berlalu............
already day 23rd of my confinement, so far rasa boring teramat sangat becoz tak dibenarkan bergerak aktif sedangkan banyak perkara perlu dibuat....
being bz dengan 2 heroes ni buatkan banyak juga perkara tak dapat diselesaikan on time contohnya lipat kain dan mengemas bilik.....huh bilik sangat comot
tapi aku manage to menyapu bilik petang ni, at last berjaya juga...thanks to your help, my sweet and adorable hubby!

last tuesday i went for interview at PPUM...sesungguhnya aku sangat2 mengharapkan aku berjaya dapat jawatan ni, sangat2 berharap
aku siap merayu pada interviewer as i gave my last words to them....mudah2an termakan la rayuan aku tu
aku tinggalkn amir dan aimran dan travel dlm keadaan yg masih sakit kat bawah tu...(dr suriaty commented that my wound is ok, nothing to worry), duduk dalam keta pun sengat all the way to kL and back to kuantan
mudah2an usaha ku berbaloi dan berjaya!tak sabar rasanya untuk bersama hubby ku di kl
susah senang kita kan bersama kan abang?

A'imran : skang semakin comel and chubby
berat terkini di hari ke 20 adalah 2.8kg....owh...how fast he grows!
and my breastmilk is so precious for him...i'm gonna maintain feeding him with my breastmilk selama yang boleh
Insya Allah....luv ya...my precious Amir and A'imran

hari ini merupakan hari ke 18 aku bergelar ibu kepada 2 hero. saat2 getir amir diserang demam tinggi baru je berakhir about 2 days ago....Alhamdulillah, syukur yang teramat sangat sbb baru boleh relax, kalau tak berjaga mlm bukan sbb baby tapi sebab abang si baby ni.

A'imran dah gain weight. da nampak lebih chubby...oh ya mungkin aku tertinggal berat semasa lahir A'imran iaitu 2.43kg yang mana skangda semakin meningkat. day 11, beratnya da 2.6 kg, and i guess berat skarang da about 2.74kg since normal daily weight increment should between 15-25g/day....heheh theoretically la. A'imran ni mmg sangat baik di waktu malam. tidurnya sangat lena dan sangat2 tidak menganggu tidur uni dan abi. unlike Amir yang sangat beri pressure time baby dulu. dia akan uk ek uk ek dari pukul 12 tmalam until 4 am baru tidur....adeih...letih melayan dia dulu. si adik ni alhamdulillah...sangat baik di waktu malam. cuma siangnya kalau berjaga nak kena pegang je....kalau tak menangis suara masya Allah...kuat tak ingat!

yang penting....aku sangat2 bahagia sekarang...tomorrow akan jumpa Dr Suriaty untuk tgk my stitches....how are they agaknya yer. harap la semua ok....nite nite...




hi....banyak hari tak update blog


banyak perkara yang dah terjadi


oh...sukarnya rasa bila ada terlalu banyak perkara perlu dibuat walhal badan belum cukup kuat....ada stitches to taken care of...that's what worried me the most




Amir dah hampir seminggu demam tinggi, more than 39 degree celcius setiap kali check temperature


the most 40.4...tak tau kenapa, apa puncanya sedangkan Amir ada bersama di rumah tak kemana


dalam rumah ni pun tak ada yg demam, pulak tu kebah sekejap sbb bagi ubat, bila ubat habis demam datang balik....sangat2 merisaukan betul


tambah lagi hubby tak ada, mana nak jaga adik, nak jaga abang yang demam lagi


nak harap semua pada ma pun tak leh juga, sbb ma pun byk perkara nak urus


nak jaga aku, rumah, masak, abah.....sedihnya


tertekan pun ada, sabar..................




Hari Khamis lepas, ada kematian dalam keluarga hubby so dia balik Ktn that day


malamnya pula ada tahlil di rumah mummy, and he went there


dkt2 kol 10.30 malam, demam Amir dtg balik, sampai menggigil, suspennya Allah je tau


call hubby soh blk cpt2 and we brought Amir to A&E Kuantan Specialist Hspital


sambil2 tu bawak jugak brg2 in case kena warded, time tu tak kira da dlm pantang ke apa


yg penting Amir ok


syukur tak kena warded, time sampai tu temp Amir dah 39.7 degree dan masuk Voltaren ikut punggung demam dia pun ok


esok dan seterusnya masih lagi demam bila dos ubat habis, temp pun asik tinggi mcm tu la juga


last2 kitorg bawak Amir ke our Paediatrician, Dr Yaw on Sunday afternoon


dia check and suspect Thyphoid Fever....sounded sgt2 menakutkan


dia suggest check darah di KSH dan dtg balik b4 5pm utk dia interprate result tu


malangnya tak sempat sbb by the time dapat result,Dr Yaw da tutup klinik, da balik


Luckily, result darah menunujukkan Denggi and Thyphoid free...Syukur Alhamdulillah ya Allah


so next step kitorg bw result tu ke Klinik Dr Ang pula untuk further plan......and after checking Dr Ang ckp Amir ada infection salur kencing dan berikan antibiotik untuk manage infection


huh....what a long day.....semua tu settle dalam kol 11 dan kitorg sampai rumah dlm 11.30 with hope Amir akan respond well with treatment


But till today...Amir still demam......oooh....Ya Allah plizzz makbulkan doa ku Ya Allah.....


Sembuhkan Amir











Alhamdulillah.....my baby boy was finally say hello to the world
but it was 4 days ago....wanna know the story?

seperti entry2 yang sebelum ni aku ada mention pasal mild contraction yg sebenarnya lead to pure contraction starting thursday night about 10 pm.
earlier rasa mcm leh tahan lagi tapi space between contraction makin dekat, walaupun tak last more than a minute....mostly about 30 seconds per contraction. About 11.30 ajak abah ke hospital and after mid wife incharged check jalan dan buat CTG dia inform aku jalan baru terbuka 1.5cm dan my contraction tak intensed lansung. Agak frustrated bila dia ckp this is not the time yet so aku boleh choose whether to stay in ward or balik rumah. of course i choose to stay in ward sbb aku tau rasa yg aku rasa ni mmg lain macam....takut nak balik sbb karang kna plak dtg spital balik, muzri dah la tak de.

so that night aku admit tapi bukan bilik single, doouble room yg sempit. disbbkan keadaan bilik yg mcm tu aku tak minta saper2 pun stay with me, i can handle myself, InsyaAllah. and that night juga contraction makin kuat terasa started at 12 + + a.m untill about 3 a.m, i felt like my body can't handle the pain anymore. aku panggil nurse in charged and request for ubat thn sakit. dia check jalan dan ckp dah terbuka 3cm...oh...br 3 cm tapi rasanya.....ouch sgt2....sakit...Allah je tau. dia bawa aku ke labor room dan start pasang CTG kat perut yang membuatkan aku tak leh byk bergerak, sedangkan bila sakit baring lagi buat sakit. aku kena bangun, jln2 br hilang sakit sket. aku guna gas etanox (i guess that's how they spell it) yang buat aku mamai bila contraction hilang, siap boleh high n mimpi ngarut2 bila terlelap dlm 2 3 minit tu, bila contraction dtg balik aku sedut balik gas tu. so far gas tu buat aku rasa boleh handle sket sakit contraction.

masa terus berjaln, mata aku tak lepas memandang jam, berkira2 masa yang terasa sgt2la lambat berlalu. about 5 am, Dr Suriati datang, lega rasanya nmpk dia, dia pecahkan air ketuban dan check jalan, rupanya da terbuka 6cm. baby pun dah buang air besar dalam perut, uish...cuak betul aku dgr dia cakap gitu. so plan Dr adalah utk induce melalui drip supaya cepat kan pembukaan pintu rahim, and Dr warned yang sakit akan jadi lebih intense after masukkan drip.....erghhh...tak pe la, aku terpaksa terima...demi bb yang aku tunggu2 sgt ni.

5.40 am : aku call hubby, dia baru bgn tidur dan sangat2 terkejut bila aku cakap aku dlm labor room, tunggu masa je since servix dah terbuka 6cm. kesian dia, kelam kabut suara dia dan terus dia bergegas balik.

6.10 am : urge untuk meneran dah tak tertahan2 lagi dah. nak menjerit rasanya, MasyaAllah....sabar.........semua org dah get ready dan aku tak sempat nak tukar posisi dari baring duduk ke baring terus, 6.15 am Dr arahkan untuk push dan aku push sekuat hati. after about 3 4 kali push akhirnya berjaya juga aku harungi proses bersalin ni....Alhamdulillah...leganya, Allah je yang tahu.

6.20 am : Officially, A'imran menjengah dunia..dan disambut oleh Dr Suriati (O&G Specialist, Kuantan Medical Centre), Midwife dan seorang Staff Nurse. sadly, my hubby tak dapat saksikan moment ini coz dia baru di tol Gombak at that time....

Welcome To The World...My Prcious!













It's time to rest...after a long day at clinic and with Amir
my notty but smart, my only boy.....
skarang, he is still watching TV walaupun dah menguap byk kali
nak tido sangat tu but still bole bertahan since umi pun tak tido lagi
biasala En Amir,kalau umi tak tido tak tido la dia

tonight, sakit perut dtg balik
contraction?i dont think so, maybe aku confused ant contraction and sakit perut yang kerap sgt aku rasa beberpa hari kebelakangan ni
beberapa hari pun rasanya da dkt seminggu, sakit bagian atas perut
rasanya mcm tak de kaitan dgn baby punya tempat
entahla...ada penyakit ke aku ni
rasa lebih skt bila menunduk, mcm tadi time tgh basuh kencing Amir
sakitnya terasa sangat2 la menyucuk
terfikir utk pergi jumpa Dr Suriaty, my O&G specialist di Kuantan Medical Centre
tapi takut awal pulak since this Thursday is gonna be my appointment with her
tak perla...bersabar je la ye selagi boleh bersabar
but yet my 40 weeks of pregnancy is not a smooth sailing
so many ups n downs...tapi itula istimewanya wanita bergelar umi ni kan
what matters the most are the happiness of all important persons around me

Gud Night...........

Hi and welcome to myself
Akhirnya berjaya jot something dlm blog ni, since i created it about a month ago

today, I felt my contraction quite intense
but not regular, so I assume itu adalah tanda - tanda awal
maybe esok or lusa la harap - harapnya
kat klinik skang patient pun kurang so kerja mmg relax buat masa ni...masa - masa free mcm ni la digunakan untuk menulis perkenalan dgn blog ni
pengganti aku sepanjang confinement ni pun dah ada, niza my ex- student yang bakal sambg master right after i finish my maternity leave
so for the time being, dia cover aku di Klinik Beserah

preparation menyambut A'imran da almost 100% accomplished
yang tingal rasanya cuma beli maternity bra
but since my hubby cuma ada during weekend so rasanya plan beli maternity bra on next weekend je
hurm...tak pelah, da hubby duduk jauh kena la sabar je
cuma agak risau kalau hubby tak sempat nak balik bila dah masuk labor room nanti
moga - moga segalanya berjalan lancar, my plan nak cuti start minggu depan tapi tak tau la sempat atau tak

well i guess that's all for the introduction
masa da up and it's time to balik already
see ya ....

About Me

My photo
::i'm a mommy of 2 sons:: ::a faithful wife:: ::a humble and simple woman:: ::who look for inspiration:: everytime and everywhere

From The Corner of My Heart

the medium where i will express my deepest thoughts, and feelings about love, life, career, and family...because that's what matters to me...