lama betul saya biarkan blog ini begitu saja....laaaama sangat
walau hati memang teringat selalu untuk membuat entry tapi bila berhadapan laptop dan blog,tiba-tiba fikiran jadi buntu. Idea hilang begitu sahaja....end up saya meneruskan fav saya mem'browse' dan membaca blog2 yang memang saya biasa ikuti....huh...

now is month of October....bermakna telah 11 bulan saya membuat transformasi besar dalam hidup saya. Tahun lepas pada bulan yang sama, saya masih wanita kampung yang buat-buat busy dengan urusan harian saya. Bangun seawal 5 pagi untuk menjalani proses ekspresi susu badan, tung tang tung tang bertolak dari rumah jam 7.45 pagi ke tempat kerja dan punch in biasanya jam 8.05 in average. Heheh tak de disiplin punya org kan?huhuhu....then tengahari saya masih mengekspres susu badan then petang lagi sekali saya ulangi proses yang sama sebelum pulang...lebih kurang jam 4.30. Sharp at 5 saya meluru ke tempat parking yang paginya saya datang dan park ikut2 suka saya nak park mana....sebab lubang2 kosong memang banyak, just pilih nak park jauh ke dekat. Then ambil A'imran dari pengasuh, sampai rumah dalam 5.30pm. Kalau rasa nak merayap cari brg di bandar, saya akan call pengasuh memberitahu saya akan ambil A'imran lewat dan dapatlah saya shoppimg sket2 apa yang saya nak.

Tapi sekarang hidup saya totally berubah. kalau dulu buat2 busy tapi sekarang mmg saya betul2 busy!penat!itulah keluhan saya selalu...sekarag seawal 7.05 saya dah keluar dan seawal 7.35(awal ke tu?heheh awal la dari dulu kan) saya dah sampai, tapi parking lot time tu dah penuh dan saya end-up parking blok kereta org la!Dulu saya park di staff parking PPUM,seksa betul hidup saya tapi sekarang saya bertukar port ke parking student UM di kolej Perubatan, next to PPUM. Di sini tak lah sehorror parking staf but still mencabar kredibiliti saya sebagai pemandu wanita melayu kampung terakhir...huhuhu

Whatever it is,tahun 2010 hampir berakhir. Cepat sungguh, terasa bagai baru je datang ke KL dan bekerja di PPUM yang sangat2 mencabar ni....just to quote one of my Dietitian friend "PPUM ni neraka Dietitian"...huh sangat kasar ayat tu tapi kata2nya ada sedikit betulnya. Apapun, saya merasakan, PPUM memberikan saya banyak peluang. Peluang memperbaiki diri sebagai isteri,ibu dan anak serta peluang memperbaiki kerjaya yang saya rasakan agak stagnant for the past few years. Sekarang, kami semua baru sahaja mendapat rotation coverage ward baru, and my discipline next year will still be Geriatric and new one, Surgical (6U) effective this week. Wish me "All the Very Best".....

adik A'imran bley balik ari ni....yeay,beshnya!
Malam tadi A'imran kembung teruk,keras betul perut dia.menangis sengat teruk samapai hampir hilang suara.mula2 nangis pukul 1 sampai dekat pukul 2 baru tido,itupun bawak jenjalan kat luar sampai lenguh la tangan mendukungnya. lepas tu pukul 3 jaga dan menangis lagi, SN kasi ubat angin,then tido,tapi cuma bertahan sampai pukul 5 je...then jaga balik n menangis lagi.SN kasi lagi ubat angin then tido smpai pukul 6 then bangun nangis balik.adoi....ngantuk umi dan penat memujuk tapi tak jalan.pulak tu aku tak ada minyak angin coz hubby terbawa balik.hurm...haru btul sbb A'imran tak pernah nangis lama dan bersambung2 cenggini sebelum ni.

pukul 6 lebih aku call en husbnd,mtk tlg dtg jugak skarang bawak minyak yu yi....pas husband sampai dlam kol 6.30 sapu2 perut dan kaki A'imran,dia pun lega dan tido balik....tapi episod nangis ni tak habis lagi coz after that dalam pukul 7.30 pagi bagi nebulizer dan dia meraung2 lagi....adoi...tak larat betul umi dengar suara adik A'imran nangis.

pagi ini,Dr Ruzini dtg dan tgk adik.dia ckp kembong semalam sbb antibiotik, kahak tu da pecah and masuk ke perut buatkan rasa tak sedap perut.dan dia ckp jugak,paru2 adik dah bunyi sedap (macam mana sedap tu yer?) dan boleh discharge ari ni....heheheh gembiranya!
pendapat aku,dok spital ni walau relax je...main2 tenet bila A'imran tido,makan2 then join A'imran tido bila rasa boring,tapi tetap tak sebest macam dok rumah.Walau kat umah keje melambak kena buat tapi tetap best,buat aku menghargai keluarga dan rumah ku yang tak sberapa tu.rumahku sesungguhnya...syurgaku...huhuhuhu



A'imran oh A'imran....At 7 months old....still tak boleh duduk independantly , buah hati umi yg comellllll sangat....geram!

u all rasa ni gambar apa?ni view dari tepi Hospital Pusrawi, dan merupakan kolej ku dulu,Kolej Tun Syed Nasir,UKM KL...heheh berjiran pulak.time aku kat UKM dulu,hospital pusrawi ni tak wujud lagi.Notice betapa buruknya building kolej ku!

saya sekarang suka menjadi menjadi pembaca dan pemerhati dalam arena blogging ni. mmg saya sangat rajin mengikuti blog2 faveret tapi nak mengupdate blog sendiri...alahai malasnya. sebabnya saya tak rasa saya mampu menulis dan meraban dlam blog kalau feelnya tak ada (eheheh mesti korang cakap macam bernas sgt je isi kandungan blog ku itu,aahh whateva lah!blog ku ku punyer sukes la kan!)

skarang aku ada sangat2 baynyak masa so bolehlah aku mengapdet blog ni. isu peng'apdet'anku,semestinya pasal anak2 ku....buah hati pengarang jantung ku.isu yang sentiasa hangat untuk mami mami sekalian sekarang adalah kesihatan anak2,itulah yang aku nak tulis ni!aku wonder,zaman dolu2 anak2 ni mudah sakit gak ker?atau segala penyakit ni hanya banyak muncul di zaman menghampiri akhir zaman ni?



now,A'imran warded @ Hospital Pusrawi.Diagnosis Dr adalah bronchiolitis.aku bermalam di spital meneman A'imran, husband plak meneman amir kat rumah....jelesnya!how i wish A'imran tak perlu warded begini...how i wish this weekend dapat berada di kuantan bersama kecintaan ku yang lain.....sesungguhnya Allah sedang menguji kami sekeluarga.....cepat sembuh ye sayang..;(keadaan skarang mebguji ku apabila tengok A'imran menangis sekuat2nya bila diberi gas untuk cairkan kahaknya yang Dr cakap tersangatlah banyaknya.sangat sedih tengok A'imran memandang aku sambil menangis sekuat hati seolah2 cuba menyampaikan "tolongla Umi,tolongla jgn seksa A'imran begini".mmg sadis dan tak sampai hati tapi terpaksa la demi nak cepat A'imran sembuh.walau macam manapun aku ttp bersyukur, kalau nak dibandingkan terlalu ramai ibu bapa yang diuji dengan ujian yang lagi dahsyat,yang lagi menduga keimanan mereka.toksah citerla di PPUM nun,time aku kena cover paeds mmg rasa nak nagis sgt2 klau pergi ke wad NICU...tak sanggup kalau aku yang menjadi ibu salah seorg pesakit di situ.semua kritikal,bersabung nyawa.yang penting kita semua selalu lah mendoakan anak2 kita yer,mudah2an doa ibu akan dimakbulkan oleh Allah.AAAmmin...



ada yang hepi dgn admission ke hospital ni.Amir menghlgkan borringnya dengan enjoy dalam playroom ward.asalkan amir hepi ye nak...




ini gambar pesakit.cian asyik nangis je...menganggu jiran sebelah iaitu baby 2 bulan yang senyap je.walau si A'imran ni meraung n menangis habis2an,sijiran tetap steady tidur.cayalah!




berkelubung kesejukan,sampai menggigil bibir anak umi ni.so umi mengambil inisiatif membalut sebalut2nya anak umi yang kesejukan itu.


mencari abang Amir yang hilang....aktif betul mulut,tangan dan kaki....sama aktif...huih letih!


macam happy je masing2...dah nak wat macam mana lagi!




ni time mula2 masuk.Dr set line iv adik...alhamdulillah, sekali cucuk dah kena vein adik.


mudah2an cepatlah adik A'imran sembuh k....cayang adik!mmmmmuahs!




Kemanakah daku menghilang?


jeng jeng ...jgn risau, aku masih bernyawa di bumi Allah ni. Cuma bertapa dan menyesuaikan diri dengan kehidupan baru, kehidupan yang sangat2 berbeza berbanding kehidupan yang biasa kujalani.
setelah sekian lama baru aku boleh kembali ke arena blogging ni, masa ada tapi terlalu sibuk menguruskan rutin harian, kerja, anak2 dan rumahtangga. kat mana ingin aku mulakan yer?

hurm....let me start my story dengan story yang tak best dulu, amacam?

KERJA

seperti yang semua sedia maklum, penghijarahan ku adalah dari UIA ke Pusat Perubatan UM atau suatu masa dahulu dikenali sebagai UH. 2 minggu pertama pada bulan 12 yang lalu aku menjalani orientasi, taging dengan Dietitian senior dan tolong sikit2 diorg di klinik. time tu balik mmg punctual,kol 5 je aku mmg dah punch. Minggu2 yang seterusnya aku mula cover Dietitian yang mana bercuti, mc yang mana ia bermaksud aku dah mula bagi komitmen terhadap patient2 yang dirujuk termasuk patient2 di klinik.time tu aku agak stres oout, sbbnya patient sanga banyak, tak terhandle, especially kalau paginya ada klinik. klinik yang biasa buat aku jadi giler adalah klinik diabetic, antenatal dan renal, sbbnya patient2 kat sini mmg berterusn je over lunch hour. it is normal kalau cover klnik, tak lunch sampai klinik habis about 3pm. perut mmg masuk angin tak ingat, pastu wad pulak call mintak tgk pt di wad. it is also a must juga untuk aku habiskan semua patient yang dirujuk di wad in that same day sbbnya pada hari esok aku akan kena cover dietitian lain plak, satu dosa (di PPUM la bukan hukum agama yer) untuk forward patient keesokan hari untuk dilihat dietitian lain....dan sudahnya, aku selalu balik kol 6 dan pernah sampai pukul 7 pun ada.fuiyo....mmg giler kojo betul (hampeh!!!)kalah laki aku! tapi itu bulan 12 la, bulan januari aku dah diberi wad sendiri, meaning aku boleh organize kerja aku, kalau patient tak siap tgk hari yang sama pt dirujuk, aku boleh je forward untuk tgk esok, sbbnya aku juga yg akan tgk pt tu tak de pas2 kat org lain dah.cuma yang tak best, aku in charged wad geriatric.geriatric tu maksudnya warga emas, so patient2 aku sumernya umo 70 thn ke atas,yang kebanyakannya aku tak leh communicate dgn diorg sbb ada yg tak dengar, language barrier (apo2 ciner n india banyaknya tak paham BM,in fact kalau malay pun kadang2 diorg cakap aku tak paham) dan kebanykn diorg juga yang weak,cant even feed themselves and mostly on RTube feeding. my role kat ward tu adalah bagi penerangan penjagaan diet untuk carer, plan tube feeding regime untuk di ward dan home. so far kesemua 26 patient yang ada dlm ward tu akan dirujuk kepada aku....quite tough la ward ni. selain geriatric aku juga cover 2 medical ward. so far, bulan januari ni kerja agak organize, da takder blk lewat sgt, paling lewat pun 5.30balik.huish, pjg nya citer keje aku.....kalau ikutkan ada lagi tapi tak perla...ponat korg nk membcnya plak nnt.

ANAK-ANAK

oh anak2ku...kalau nak cerita sampai esok pun belum tentu habis!Amir sekrang di kg, dah 2 minggu aku hantar balik kuantan disebabkan amir kena chicken pox...gara2 berjangkit di sekolah la...tmpt pungut virus!dan sesungguhnya aku sgt2 merindui amir, skarang my husband ada di ktn coz outstation 2 hari, esok dia akan balik ke kl bawa amir sama.ooohhhh...betapa kosongnya rasa hati bila amir tak ada, sunyi je...kalau tak punya la bising mulut dia,mcm2 nak cerita balik dari sekolah.

A'imran pulaa,dah 6 bulan, dah start ambil solid tapi A'imran tak berapa nak makan.maybe dia fobia dengan apa yang nak dimasukkan dalam mulut dia since 2 3 weeks sebelum tu A'imran kn paksa makan ubat sebab tiap2 minggu demam dicampur batuk yang sangat teruk. syukur coz tak samapai ke tahap athma.disbbkan asik kena paksa makan ubat kesannya skarang dia tak nak buka mulut....kalau dapat mkn pun mmg sikit je.calories mmg tak cukuplah, dan dapat dilihat dari berat badannya yang tak naik pun malah turun pulak 100g....aduhai anak dietitian, dah KZM!so hari ni,aku belikan MCT Oil dan infant drop multivit,mudah2an dapat tambah calories dn buka selera mknnya....until now,aimran still breastfed...sykur sbb perjuangan ku masih belum sampai penghujung nya lagi...

jom tgk gmbar pulak!




A'imran ku yang semakin membesar.......







Amir yang selalu tersengih ....suka sgt buat peace tu!




anak-anak ku yang berharga.....






benci betul pada sifat diri yang satu ni!Malas!perkataan yang sepatutnya di bom kat laut!


Sebelum aku mula membebel, ku ucapkan selamat menyambut Aidiladha buat semua....tahun ni aku dan suami tak korban, we all broke after spend so much money dalam proses perpindahan kitorg (is it actually an excuse?)....Ampunkanlah aku ya Allah......


Now berada di Kuatan, 1st time balik kg setelah menjadi perantau!ececheh!almost 2 weeks jadi registered house wife (RHW....perkh susah plak nak nyebutnya), aku rasakan betapa berharga dan hebatnya perasaan bersama anak2...bila dapat masak, jaga dan uruskan anak2 sendiri termasuklah uruskan ayah kepada anak2ku, aku terasa bagaikan berada di syurga dunia. penat, mmg tak dapat nak citer ah, nak duduk pun tak dan, lepak tgk tv, lagi la tak de, but in the end of the day after anak2 tido aku rasa kepuasan yang tak tercerita..ditambah lagi A'imran terus mendapat susu badan ku...heavennya ku rasa!

but....semua tu akan berakhir minggu depan!aku akan mula kerja pada selasa depan. yang aku benci pada diri sendiri adalah aku tak manfaatkan cuti ni untuk mengumpul stok EBM sebanyak-banyaknya.....aku pemalas. bila penat ke hulu n ke hilir buat itu dan ini aku jadi penat sangat dan tak pam...rugi, mmg rugi giler. so far, berdasarkan pengiraan aku, stok yang ada cuma cukup untuk 3 hari je...sangat2 tak best!



seawal jam 7 pagi, all four of us dah get ready dalam keta to take off..aku drive semestinya (aku kan calonnya), hubby sebagai co-driver dan those 2 boys jadi penumpang dengan Amir masih meneruskan tidur di seat belakang dan adik dlm baby car seat baru yang di beli kelmarin di toys'r'us mid valley (menyampah dgn baby car seat lama yg sangat susah nak pakai dan tak user friendly plus safety yang sgt2 meragukan, nyesal beli).

7.02; jam ditunjukkan di kereta. we took off, lokasinya adalah nursery yang target nk anta diorg. Melalui jln ayer panas menghala ke jln tikus dan tembus ke jln gurney, tup tap tup tap dengan traffic yang sederhana lancar aku sampai ke nursery pukul 7.16 pm....hurm....not gud!

7.17; berpatah balik memasuki highway DUKE melalui Semarak. Perjalanan lancar sepanjang highway dgn kelajuan keta 120km/hr max. keluar DUKE masuk ke SPRINT dan perjalanan masih lancar dengan kelajuan antara 90 hingga 110km/hr. Exit di Federal Highway berhadapan stesen putra LRT Universiti. kat sini jam teruk, slow moving bumper to bumper tapi aku keep in the leftest lane coz dalam 500 metres (tol ke?agak2 la kot) aku akan jumpa exit ke PPUM berhadapan EPF PJ. kat sini jam dan jam keta menunjukkan kol 7.40am. Traffic sgt heavy dan stuck about 10 minutes lebih sebelum managed masuk pagar PPUM. Masuk dlm terus ke tempat parking staff dan seperti yang telah diceritakan semalam, diorg ni park sesuka ati, bertindih-tindih. Memang stok kalau da park jgn harap nak kuar dah, ptg nnt baru leh kuar. cari parking konon2 nak park, by that time jam dah kol 8am. Ada 2 lubang kosong, ni mmg kes luck luar biasa aku ase, sbb mesti susah giler nak dapat lubng sebenar di hari atau situasi yang sebenar.

Result simulasi : masa pukul 7 adalah masa yang tak sesuai untuk keluar dari rumah sekiranya aku ingin menghantar anak2ke nurseri sendiri. ditambah lagi dengan masalah parking free, kalau nak parking berbayar no problem, tp tak dpat info lagi berapa bayaran bulanan untuk staf.
pilihan yg ada adlah, husband menghantar anak2 ke nurseri so that kol 7 tu aku leh terus ke tempat kerja (mampu ke dia?heheh macam tak pecaya je dia mampu melakukannya!) tapi in case dia kena outststion yang melibatkan overnnite aku kena menghantar those kids juga, bayar OT la kat nurseri RM6 untuk setengah jam...waduh....duit lagi!Toll back n forth : RM 7 sehari darab sebulan about RM140. erk.....distance back n forth about 50km....erk...minyak keta pulak.berapa consumption minyak nya yer untuk keta WAJA 1.6 aku tu?waduh waduh....KL ni semua duit....culture shock aku.Tak campur nursery, parking fee, makan....alahai kena memendam rasa la aku nak shopping....ohhh...those happy time with duit dah gone!

sudah seminggu aku berpindah ke KL....overall...i don't really like KL. Aku belum rasa selesa dengan new environment dan telah dapat bayangkan betapa bila aku da mula bekerja nanti, life would be very tough to me. Tapi nak buat macam mana, ini je pilihan yang aku ada if i want to reunite with hubby...or else aku akan kekal jd weekend husband and wife....not good macam gitu kan.

after a week di sini, hari ini baru aku berkesempatan keluar mencari nursery. at first kitorg google from internet je, jumpa la satu tempat asuhan kanak - kanak untuk 2 years above, aku call dulu dan set appointment at 11am. kitorg smpai 10 minutes lewat, masuk dan buat tour di taska tu sambil bos taska explain about this and that and bla bla....'not bad' hati ku berkata. Amir siap masuk kelas dan join dengar cikgu bercerita, surprisingly, dia sangat2 attentive dan interested dengan session bercerita tu. Kami tinggalkan Amir dan teruskan tour, taska ni mmg power, dah berumur 47 years tau. walaupun building rumah lama tapi dia ada spacious area dan budak2 sini mmg speakong je....biasala, uptown kids. Kebersihan, no problem mmg rasa nak anta la Amir ke sini, tapi bila dia bagi kertas list of fees terbeliak biji mata hubby aku (aku tgk kendian so mata aku lmbt terbeliak), nak tau berapa fee nya?untuk pendaftaran kena bayar RM 1450, monthly RM 450.00!perkh....macam nak masuk U si AMir ni, dolu2 seingat aku masuk matrik KMS kna bayar RM1 500...kira da dekat2 tu! So cancell!no way man kitorg mampu bayar semahal itu...ye aku tau aku tak leh berkira when it comes to child education tapi agak2 la juga kan, pendapat aku kalau byk duit sekalipun budak seawal 2 thn lebih tak perlukan education yang cost that much...

Next location taska PPUM, masuk kawasan PPUM aku dah sakit mata, keta parking merata2 ikut suka sbb ada buat extension bangunan so space parkign untuk staff tersagtla limited. Kat taska ni sedih plak citernya...kekosongan tak ada, kalau ada pun waiting list dah 40 org. yang apply thn 2007 pun diorg tak masuk lagi, aduhai.....sedey beb. kawasan mmg best, professionally managed dan sgt2 bersih, tapi takde rezki budak 2 org ni.

lastly hubby cadangkan taska kawasan office dia, area Jln Gurney. Aku call dan set appoinment. Sampai di sana seperti biasa aku tour dulu. cikgu ada 9 org yg jaga 3 kategori umur, 3 jaga babies seramai 10 org, 3 jaga budak start berjln smpai 2 years dan 3 lagi jaga budak 2 years above. kebersihan moderate, cikgu2 and pengetua baik dan bersopan dgn aku, budak2 pun nmpak terkawal jer. aku tanya diorg ni register tak dgn JKM, diorg cakap ada. In fact DBKL dan KKM pun ada routine check up. costnya....RM 350 for baby dan RM 300 for Amir, disbbkan adik beradik derang kasi diskaun sebnyak RM50. Total cost upon registration RM 800. Tahun depan aku kena bayar yuran tahnn RM 200 seorg plus uniform for Amir RM50. Hurm.....rasanya2 aku akan anta diorg ke taska ni je. aku plan akan anta A'imran dan hubby anta Amir, sbb derang bukak kol 7.15, kalau anta awal kira caj OT RM 3 per 1/2 hour. Aku mungkin kol 7 dah kena anta diorg sebelum rushing ke PJ plak lalu highway DUKE...cmnor ek nnt yer?Melalui info cuzin aku yg da keje di PPUM, kena dtg awal kalau nak rebut parking....seawal mana akan ditentukan esok. Sok ada latihan simulasi, nak budget kena bertolak kol brape sampai kol braper. Better off......nnt aku updet lagi.....

About Me

My Photo
::i'm a mommy of 2 sons:: ::a faithful wife:: ::a humble and simple woman:: ::who look for inspiration:: everytime and everywhere

From The Corner of My Heart

the medium where i will express my deepest thoughts, and feelings about love, life, career, and family...because that's what matters to me...