Ok....last Wednesday dah buat OGTT kan
Memang mendebarkan, menunggu result keluar.....
After ambil darah post 2 hrs ingestion, balik bilik,sbelum tu sempat singgah di cafe beli nescafe, ku order kurang manis dan nasi lemak with telur mata lembu. 11am sampai bilik dan terus makan, hari ni glukometer tertinggal di rumah so tak dapat nak check brapa my blood glucose before makan ni. sambil2 tu buka lab sistem utk check samada blood result dah keluar belum, tetapi tertulis di situ 'in progress' cuma ada result full blood count yang menunjukkan aku masih anemic!aduhai....Hb ku baru 10.4, naik sket dari time aku 5 bulan, 10.1. Tak pelah....biarkan aja, aku ok je,tak de la penat yang melampau pun......yang lebih utama nak tau result OGTT ni!yang ni betul2 mendebarkan!!!
Fine....habis makan terus ke wad, kena habiskan referral sbb petang ni ada TPN Round at 2.30pm. Sampai di wad mmg la geram sgt nak check result lagi tapi tahan diri, kang kalo tinggi kang tak jd keje pulak ai karang, dok mikir pulak, so cancell...tekad nak check after siapkan patient dulu.
12.30pm : Last patient before lunch, dah buat clerking, tinggal interviewing patient dan buat assestment je, hati dah meronta2...tak tertahan lagi!mesti check sekarang!dan selepas masuk sistem lab....resultnyaaaaa.....
Fasting sugar : 4.4, 2 hours post : 7.8......termanggu seketika. Result masih sama dengan result OGTT di KK, masih borderline....
once dah 7.9, mmg dah confirm diagnosed GDM la aku, Diabetes occured in pregnancy....something which is common tapi implicationnya sangat2 menakutkan kalau x kena gaya!
Alright, whatever it is, aku redha....Allah bagi ujian, mesti ada hikmahnya. Atleast aku tau yang aku kena jaga makan, bukan belasah ikut suka hati ai je!Ada hikmah ni, mesti ni baby girl la ni, Allah bg girl dan uji kesabaran ku, iyelah, dapat sumthing yang mmg ku nak sangat2 kan, so of course there's a price i have to pay la kan kan kan *positif positif*
Maka berterusan la aku buat BSP dan food diary. So untuk pengetahuan, keperluan BSP ni adalah ambil darah semasa puasa before breakfast, 2 jam post breakfast, 2 jam post lunch dan 2 jam post dinner. Target sugar before breakfast is 3.5-5.3, post meal antara 4.0 - 6.7mmol/L. kalau nak lagi rajin boleh ambil fasting before bfast, before lunch, 2 hrs post lunch, before dinner, 2 hours post dinner dan pre bed....agak2 dalam 6 kali sehari which cost about RM10.56 ye. 1 kotak glucose strip berharga RM44 ye, bersamaan satu strip berharga RM 1.76....hurm.....so terpulang la nak buat berapa kali dalam sehari bergantung pada bajet sendiri.
So far, berdasarkan self monitoring blood glucose yang ku buat, kebanyakannya adalah normal, alhamdulillah.....cuma ada 1 reading je dalam beberapa hari monitoring ni yang sugar ku mencecah lebih 7.0 selepas 2 jam makan....the highest is 7.8, not more than that. so now mmg aku dah ubah pemakanan ku, dah x de air manis lagi dah, dan cuba memilih makanan hi fiber dan high nutritional value....yup ai yakin, inilah hikmahnya dari apa yg berlaku, supaya ai makan lebih sihat dan lebih berkhasiat.
Ok, nanti ai sambung ttg diet terkini pula ye.....nak sambung kerja dulu.... :)
0 comments:
Post a Comment