ini suami saya bersama tower yang dibina oleh amir...the future architect

Adakah aku telah menjadi isteri yang baik selama ni?betapa aku akan selalu tanya sendiri soklan ni di saat aku babai dgn hubby....
kat mana dah dia skang ni.....

aku dah berjaya dapat jawatn di PPUM, maksudnya aku bakal hidup sebumbung dgn hubbyku seperti yg aku harap2kan selama ni....tapi macam mana ek life ku nnt?aku selalu memandang KL sebagai tempat yang menakutkan untuk membesarkan anak.aku serng membayangkan KL ni tmpt nk enjoy2 bolehla, tapi bila dipk2, ramai je org membesar di KL tapi bleh jd org baik jugak, contohnya IKa (msti kau bangga membc entry ku ni..heheh), rozi, faiey, lynn, aishah dan bayk lagi la, tak larat nak taip.so maknanya it's not so bad utk hidup di KL and raising children....hopefully!

my hubby nampak so excited, dah siap cari rumah....aku pun sama excited.harap nnt aku tak selalu gaduh dgn hubby dan leh jadi isteri seperti yng diharapkan oleh suamiku....
untuk abang...sue nak gtau yg abang seorg yang baik sgt pada sue, dan betapa sue hargainya sangat2....jangan berubah yer, biar kita gini sampai bila2, even kerepot sekalipun, abang akan tetap hensem pada mata sue.....i love you...mmmmmmuuuuuahhhs




ini saya outing berdua dengan hubby membeli baju raya for our children

tak de moodnya nak kerja....dalam kepala ingat nak tido dan lepak je....apa daa, mmg ala2 gaji buta dah aku ni!
cuba teka apa tu?heheheh...mak aku bising sbb aku tak makan apa - apa ubat pun lepas pantang dah habis, so aku pun cuba try makan produk kesihatan jenama hiraq tu. selalu dengar kat ikim dan aku mmg pernah makan kejap sebelum mengandungkan A'imran dulu tapi stop bila aku pregnant. kebaikannya?dia claim boleh perbaiki semua masalah perempuan termasuklah menaikkan seri muka....heheheh betul atau tidak nnt you all tgk la muka aku berseri ke tak ye. kalau tak berseri maknanya do'oh la apa yg di'claim' tu.

ni pulak, jeli gamat.biasalah kalau jeli gamat confirm tujuannya untuk sembuhkan luka, dan tujuannya mmg untuk sembuhkanluka2 dalaman yang tak nmpk ni....tapi luka lagi ke?tak baik lagi ker?belasah je la kan...yg bestnya, dia rasa strawberry....sedap!makan satu sudu besar 2 kali sehari....moga jadi powerla aku pas ni!ini pula adalah susu kambing. Rasulullah dulu tak minum susu lembu tapi susu kambing. maknanya kalau minum susu kambing tu ikut sunnah nabi la. kenapa aku minum adalah untuk kesihatan keseluruhan seperti kulit dan penghadaman dan tulang juga. dikatakan susu kambing ni paling mimik susu manusia so penghadaman jadi mudah la maksudnya kalau minum susu kambing.

sekian update saya.....dah tak de idea...kepala berat!!!!!


bangun awal di pagi dah menjadi asam garam dalam hidup aku
tapi hari ni berbeza sebab bangun awal pagi dan bersiap untuk masuk kerja
perasaan nak kerja hari ni mcm rasa baru hari pertama dapat diterima bekerja pula, sedikit excited
walau pun sedikit je excited, tapi aku tak faham kenapa wujudnya perasaan excited tu.;...hurm

bangun pukul 5.30 pagi (aku tak sahur sebab aku tak poser ye), feed A'imran sekaligus ekpres susu, dapat dalam 80ml je
lepas tu mandi dan bersiap sambil mengemas2 barang A'imran yang nak dibawa ke rumah k zie the nanny
tung tang tung tang dah pukul 7.25am dan sempat gak aku buat air MILO dan sikit kopi (sikit jer...takut effect plak susu aku ni)
tung tang tung tang lagi akhirnya 7.45am aku bertolak dari rumah
kira da lari target masa aku, target kuar rumah jam 7.30am
jalan sket, agak2 700m teringat aku tertinggal susu kat atas meja
ohhh si nyanyuk ni da buat hal pagi2 gini!seb baik adik ipar aku Nazreen tak kuar umah lagi, so call dia mintak dia bawakan susu, aku tunggu tepi jalan
lega sebb ada SOS di saat2 begini, pukul 7.55am sampai rumah k zie
bagi briefing sikit2 dan lepas kiss kiss A'imran baru aku blah ke klinik
punch in kol 7.07am ditambah mencari punch kad tak jumpa sbb depa tukar no punch card plak
kalut dan ribut betul!

akhirnya kekalutan tu pun berakhir, masuk bilik dan nak pakai lipstick, tetiba student pun masuk
terpaksa la aku keluar cari port lain nak pakai lipstick
pukul 12thari; baru berkesempatan meng 'ekspres' susuku
thanks to my breastpump yang bertindak secara automatik, sedar-sedar dah separuh botol penuh
disebabkan bekalan susu A'imran tak banyak so my plan untuk A'imran adalah ekpres pagi dan htr pada k zie time rehat lunch....thanks to my nanny jugak yg rumahnya 3 minit je dr klinik ni
thari tadi dapat la aku feed A'imran sekaligus time htr susu
esok, lusa dan seterusnya mcm mana ek?penat jugak berkejar2 macam ni, tapi nak buat macam mana....kena sabar je la kan
yg penting, aku akan kerja utk mggu ni je...minggu depan aku akan bercuti!
yeaaaahaaaa

assalamualaikum.....

di tika dan saat ini aku sedang menaip sambil A'imran tido di atas lengan ku selepas habis menyusu
lenguh....adui tapi malasnk msk bilik letak dia
tggu diq betul2 lena dulu

anak sorg lgi dan hubby keluar bndar coz tukar songkok dan kasut Amir yg kitorg beli smlm
dua2 kecik....n hubby plak ckp dia nk beli tv LCD 42'
aku ckp...belilah....coz malas dah nk ckp 'tak payah la abang...membazir je'
duit dia, ikut dia la.cuma aku psan....jgn asik tgk tv bsr sampai lupa peranan mendidik ank dan kaerjasama...maklumla aku x de bibik, keje2 kna wat sesama

mlm td pas berbuka kitorg blk rumah yg dah 2 bulan ditinggalkan
mmg sgt2 kotor dan bertahi cicak a lot....so sblm lepak2 hubby vakum dulu rumah dan bilik
aku setelkan A'imran dan Amir then managed to mop rumah except bilik yg 2 tu
yg funny nya, disebbkn da lm tak duduk bley plak aku lupa mana satu suis kipas kt hall
nk basuh baju bukk kabinet (tmpt aku ltk sumer detergent n stok sabun) dan tak jumpa sabun basuh Breeze ku
ingt da habis....menyumpah seround diri sendiri sbb nk basuh mcm mn tak de sabun
tetiba nmpk sabun sebelah washing machine...ceh...bole plak aku lupa yg selama ni mmg aku ltk sabun kt sblh washing machine
nyanyuk betul....
then nk masak nasi utk sahur siap2 so that sok pg leh juz panaskn je, tapi frust pulak sbb beras da rosak kena srang dgn bubuk....last2 hubby kuar jap pi beli nasi

rumah oh rumah.....walaupun kotor dan tak de mknn di dlmnya aku ttp rasa bahgia di dlmnya
tak sama dgn umah mak....walaupun rumah mak tu tmpt aku mmbsr selama 26 thn tp bila da ada rumah sendiri perasaan lebih bhgia bila berada di rumah sendiri
heheh leh ke aku ase gini?
insyaAllah pas ni aku akan kembli ke rumah every weekend mcm selalu
cuma kena wat major cleaning utk pastikn rumh betul2 bersih
(mana la k izan yg selalu cuci umah aku tu?tak dpt kontek asik msk voice mail since da 2 bln aku menyepi x call dia)

skarang...lengan ku da btl2 sengal.....nk ltk A'imran dalam katil dulu....wassalam
oooouch!

dalam diam da masuk hari ke 12 kita berpuasa...cepatnya masa berlalu kan
dan diam tak diam juga minggu depan aku akan masuk kerja semula....perasaan semestinya....MALASNYA!
tapi aku akan kerja 4 hari je dari sel sampai jumaat, since isnin cuti nuzul Quran
after that aku sambg cuti 8 hari, meaning seminggu sebelum raya dan seminggu raya
harap2 bos tak kisah memandangkan time tu students pun tgh bercut
kalau diikutkan hati memang nak cuti straight je, tanak masuk kerja lansung tapi kesian plak kat fatin
macam tak tahan sangat dah menggantikan aku...takpe...demi negara, aku korban skek
kisah breastfeeding aku pulak memang menyedihkan
aku ok je feed A'imran directly tapi stok2 susu aku la yang risau
aku tak leh simpan byk stok since aku kan dok dgn family, so peti sejuk tu bukan la peti aku, banyak bercmpur dgn ais dan makan2an mentah mak aku
peti sejuk pun bukan la besar, so aku menumpang sket la...tu pun mujur ayah aku tak bising
nak dijadikan cerita minggu lepas ada hamba ALlah yang tak tutup rapat pintu peti sejuk atas tmpat aku simpan susu
tak sedar berapa lama gitu tapi yg pasti sedar2 semua benda da mencair termasuklah susu aku
frust plus hangin la jugak satu badan....siap hubby aku pun aku hangin sekali (sian dia, dia buka tau paper pun)
terus aku rase frust.....skang kena mengumpul balik susu untuk 4 hari aku bakal bekerja ni
pastu kumpul la jugak time cuti 2 minggu tu sket2
time raya nnt lagi la traffic jam peti tu, dengan daging, ayam dan air batu dan mcm2 benda nak dimasukkan dalam peti tu...sah2 susu ku terpinggir....ibarat melukut di tepi gantang...itu la nasib susu si A'imran tu
dan begitu la nasib aku, menumpang rumah org, nak balik rumah sendiri takut plak dok 3 beranak je, plus aku mesti tak leh handle anak2 aku b2 ni
so nak tak nak kena tahan dan sabar je la.....sedar diri aku menumpang
so jgn nk lebey2 k

hari ni sbnrnya aku da boleh call PPUM tnya pasal keputusan interview
nnt la, sket2 lagi. perasaan aku kuat mengatakan aku berjaya tapi entahla.....perasaan je, bukan kebenaran
kalau aku berjaya aku tak sabar nak pindah at my own house dgn hubby
aku ada bal cuti 23 hari lagi dan bersamaan dgn cuti sebulan....so time tu nnt aku leh stock up susu byk2 dan beli fridge besar kat KL nnt....eeee tak sabarnya!


untuk semua....selamat menghabiskn balance puasa yer



si hensem yang kuat menagis!



wajah kami berbeza but we are brothers
breastfeeding......huhuhu