hati umi ni sedih sangat-sangat
datang kerja hari ni asik teringt pada A'imran, nak check report student pun tak tenang
asik teringat...hati umi terganggu, nak nangisnya la rasa.......
malam tadi, A'imran menangis sepenuh hati, sekuat-kuatnya dan meronta-ronta
sayu sebab tak tahan tengok A'imran dalam kesakitan tapi umi tak boleh bantu
umi sanggup tukar dgn A'imran, biar umi je yang sakit...tapi apakan daya
mujur A'imran nagis tak lama, tak sampai stengah jam seperti sebelum ini
mula-mula A'imran kena dulu, anak soleh umi ni menangis sampai sejam
umi letakkan minyak kelapa jampi kat 'ball' adik, baca selawat
tok ki pula baca2 doa hembus kat adik
wan dan abi tak ada, malam tadi cuma ada umi, tok ki, makcu dan amir
lepas hampir 20minit adik pun tertidur dalam pelukan umi...muka basah lencun dengan air mata dan air hidung
umi peluk dan cium adik puas-puas...umi sedih....Allah tengah uji umi
dan Allah pun tengah uji adik....sabar ye dik....umi pun kena sabar
umi akan cari penawar untuk ubatkan adik, insyaAllah
waktu tulis catatan ni, air mata umi tengah bergenang...tahan!
jangan sampai jatuh...malu plak kalau ada org tetiba masuk bilik ni
A'imran diserang angin pasang, dalam perubatan dipanggil hernia
ironinya, ia datang secara tiba2
sebelum ni adik sihat, ceria dan tak pernah menangis sedasyat tu
tetiba jumaat lepas, A'imran menangis lebih sejam sambil meronta2 tangan dan kaki
umi buka baju takut ada kena gigit ke apa tapi ok je
bukak barut bukak seluar tapi tak ada apa
last2 umi bukak diaper baru terkejut beruk tgk 'ball' adik tengah membengkak sebengkak bengkaknya...bulat sangat, tapi cuma sebelah
baru umi tau, adik kena angin pasang!
umi dan abi bawa pergi jampi last sabtu, nmpk macam da ok tapi malam tadi adik tak ok balik
umi kena juga bawak adik jumpa paediatritian hjg minggu ni
umi takut sebenarnya, sbb biasanya hernia hanya pulih after done surgery...umi takut!
tapi tak pe, yang penting, biar dr tengok dulu...selebihnya Allah yang akan tentukan
terima kasih di atas ujian ini Ya Allah
aku sedar, aku lalai dalam mengingati mu
aku lalai dengan kebahagiaan yang kau datangkan pada aku
Ampunkan segala dosa-dosa ku Ya Allah
tambahkan iman dan takwa di dalam hati dan jiwa ku
limpahkan aku dan anak-anakku rahmat, hidayah dan kebaikan Mu Ya Allah
ampunkan aku...Ya Allah aku merayu...ampunkan aku
sob sob sob sob.....hati ku banjir...............
5 comments:
sabar mc sue. baca kisah ko, teringat masa aku exam professional 2. aku dapat case ni juga untuk exam clinical. tapi orang dewasa.
berdoala supaya Aimran sembuh...amin!
thanx dzul...itu je la cara terbaik buat masa ni....
dua 3 kali aku baca komen ni.. ingatkan dzul yg kene hehe..
sue, memang sedih sangat bila tengok anak yang tengah sakit.. ummi kena kuat k..
sue, mmg kena bw jumpa doc..kalo surgery pun minor je...sambil2 tu berubat cara tradisional..mana tau menjadi..Usaha dan tawakal k...
This can't actually work, I suppose like this.
dress shirts | book holder | foreign ladies
Post a Comment