boleh saya menyambung lagi kisah tertangguh saya ni?

ahad, 18 okt 2009

pagi - pagi bangun dan bersiap untuk ke klinik ustaz solehuddin di taman indera sempurna. Alkisahnya, kalau nak jumpa ustaz ni kena jadi org no.1 sbb kalau kol 9 sampai alamat pukul 12 la baru leh jumpa disebabkan ramai pesakit. Tambah lagi, kalau ada pesakit penyakit berat2, lagi lama la kena nunggu. Sesungguhnya pagi itu, aku jadi org pertama sampai. Tak sampai 3 minit kami park keta, sampai sebuah lagi keta yang menandakan pelanggan no.2 dah sampai. Lega! Berjaya dan berbaloi la en hubby bawa keta laju tak ingat. Both boys kitorg angkut sambil diorg tido.

Hasil pengubatan tersebut, kitorg dibekalkan air jampi berserta kapur yang dah dijampi. Kena larutkan kapur dalam air yang dijampi tadi dan sapu pada bahagian perut, ari-ari dan 'ball' A'imran. Sebelum sapu kena baca juga beberapa surah seperti AlFatihah, Ayat Qursi, Surah AnNAs, AlFalaq, AlInsyirah dan selawat 7x. Sepatutnya dilakukan 3x sehari tapi boleh buat 2x je sehari, before aku pergi kerja dan malam sebelum tidur. Tengahari A'imran di rumah babysitter dan aku tak expect dia boleh buat ritual tu semua. Mudah-mudahan ikhtiar kami berhasil. A'imran tak de lagi nangis macam tempohari walaupun malam time nak menyapu air jampi tu nampak ball dia membengkak dan membulat. Dalam kes ini juga aku perasan, time pagi ok tapi malam dah bengkak sebelah...mungkin kebiasaan dia jadi time malam kut...entohler...

Tak habeh lagi citer hari Ahad tu. Balik dari klinik, kitorg pergi rumah member hubby, fadhlur namanya. Fadhlur ni kawan kitorg di SMART (form 1 sampai form 3), baik sgt dgn en hubby. Dijadikan citer waktu di UKM, Fadhlur ni kawen plak dgn member aku Rogay (sama-sama di KMS). Time derang kahwin dulu (derang ant org terawal kahwin,pas belaja) aku terasa keciknya dunia ni tapi sekarang senario2 gini dah imun sgt dah, da ramai yang kawen dengan suku sakat. Lepas melepak dan borak2 tak ingat kitorg pun balik dan sampai rumah dalam kol 12 lebih.

Dan untuk pengetahuan semua, hari ahad adalah hari bz sedunia, mengemas, melipat baju hubby, aku dan anak2 (maklumlah, basuh baju sekali seminggu!) dan pek pula dalam beg baju hubby (untuk dibawa pulang ke KL), baju aku (untuk kerja seminggu coz tido umah mak) serta anak2 punya kelengkapan. Petang kami akan berangkutan semua barang2 ni ke rumah mak. Aku sering merungut betapa penatnya jadi org yang berpindah randah gini, nak sangat duduk setempat tak payah berangkut sana sini dan InsyaAllah rungutan aku tu akan hilang pas ni.
Namun yang pasti, walau aku tak perlu lagi berangkut-angkutan kelak, aku pasti akan rindukan semula apa yang aku bakal tinggalkan ini. Terutamanya rumah ku yang besar ni (eheh besar dari rumah sewa di KL, bukan besar dari rumah org lain) dan keluarga ku, ma terutamanya....(tiba2 rasa nak nangis!). Yang paling aku mahukan dalam hidup aku adalah ma dan abah, suami dan anak2 serta adik beradikku semuanya. Aku mahu semuanya ada di sisi ku serentak....how I wish..............sob sob sob

5 comments:

sue, bw p klinik doc ckp apa? anak2 sy biasanya dari dalam pantang sampai 3-4 bulan (kalo rajin) akan "demah" ball utk elak angin pasang...bila sue kata mlm ball bb bengkak, mungkinkah sebab sejuk??? dari segi saintifik taktau la....

don, saya tak bawa jumpa dr lagi...nak berubat cara tradisional
saya mmg silap sbb tak demah ball A'imran, sbb tu jadi gini don....
dan mgkin mmg betul, bila sejuk dia bengkak

aku xde pengalaman anak dmm ball...sbb anak 2-2 girl...hik3

aku xde pengalaman anak dmm ball sbb anak 2-2 girl...hik3

heheh...tunggu nanti dapat bb boy k