Student final year dah habis buat placement outpatient di klinik beserah. Now, time diorg struggle menggunkan ilmuan yang dah diperolehi sepanjang 12 weeks attachment outpatient and inpatient untuk score dalam final exam yang bermula awal minggu ni.
heheh...nak gak masukkan gambar aku posing dgn diorg di hari terakhir placement diorg dgn aku. Lunch ri tu aku belanja diorg KFC...baik aku kan...huhuhu...tak pela, sekali sekala. Teringat zaman aku belajau dulu, kalau lah dilayan sebegini baik oleh dietitian or lecturer mesti berbunga riang hati ni. Semangat sket...tol tak? Tapi yang semestinya dan sememangnya aku berterima kasih banyak2 kat diorg sebab memahami keperluan aku yang perlu mengepam setiap 2 @ 3 jam sekali.
Ni tempat aku mengepam susu while observing my student bagi diet counselling...tersorok dan selamat untukku..heheh. Pam ku masukkan dalam laci supaya motor yang bzzzzzzz tu tak kedengaran sangat dan menganggu fokus diorg bercakp dgn patient. Alhamdulillah, sekarang susu dah bertambah bilangannya, rahsianya....(tak dela rasia sgt) aku pam regularly, evry 2 hrs aku pam, pagi2 masuk kerje kat balik kaunter tu aku wat hyperstimulation selama sejam...Alhamdulillah susu ku memang kurang mengecewakan (tapi masih belum boleh dibanggakan). Kalau dulu sehari 9 oz je dapat, skang sehari leh dapat 13 oz....still tak best aku tau tapi for my self victory...itu dah cukup motivate aku.
Pam yang ku pakai sekarang kalau nak tau da pernah masuk spital 2 hari sebab terjatuh dari meja time aku tgh syok mengepam.nasib baik hujung minggu so tak pam pun tak apa la. huh seb baik boleh dibaiki, kalau tak haru biru la aku. kena beli pam baru. Overall, aku ase dah bleh catch up dgn new lifestyle sebagai pengumpul dan pemerah susu, dah tak rasa beban dan susah sangat skarang. stok susu pun dah terkumpul sikit2 sbb kalau pam di ofis, mesti ada balance untuk esoknya, so far A'imran minum 12oz sepanjang aku kerja....sikit ker?cuma yang aku nyesal dgn pam aku ni, dia agak kurang best kalau tak de aksesori dia yang kena beli berasingan. Rege dia da le mahal, kena plak lagi lengkapkan dgn aksesori lain iaitu flexishield areola stimulator. kalau tak pakai shield tu mmg sakit, dan aku perasaan progress breastmilk makin bagus sejak beli shield tu, heheheh beli di ebay lagi sbb lagi murah berbanding local web site. Berbanding time amir, aku pakai avent isis yang memang lengkap dengan cooler bag lagi, banyak juga aksesori tambahan yang disertakan. cuma yang tak bestnya sebab dia manual, penat tangan. dan aku realize itulah sebabnya kenapa aku gagal menyusu Amir sampai setahun, 7 months aku dah bagi susu formula sepenuhnya.
next week, A'imran akan go for 4 months check up, nak tgk sgt berapa dah gain, phisically nampak ok tapi kat atas penimbang tak tau la yer. Next week juga merupakan minggu terakhir di Kuantan. Barang2 kan start diangkut ke KL on 7hb ni, tapi aku tak pergi lagi becoz terlibat dengan exam inpatient pada 9 dan 11 hb. habis exam aku terus bercuti for good dan tunggu my hubby balik ktn and pick us up....gonna miss kuantan and my families sooooo much......yang pasti...rutin ku akan tetap sama di KL nnt, malah mungkin lebih mengharukan.....takutnyer....ngeheheheh
pam yang kuangkut ke hulu dan ke hilir.....pretty much best friend to me....
proses menstim semua botol2 dan pam....rutin sebelum tidur hari2
boleh saya menyambung lagi kisah tertangguh saya ni?
ahad, 18 okt 2009
pagi - pagi bangun dan bersiap untuk ke klinik ustaz solehuddin di taman indera sempurna. Alkisahnya, kalau nak jumpa ustaz ni kena jadi org no.1 sbb kalau kol 9 sampai alamat pukul 12 la baru leh jumpa disebabkan ramai pesakit. Tambah lagi, kalau ada pesakit penyakit berat2, lagi lama la kena nunggu. Sesungguhnya pagi itu, aku jadi org pertama sampai. Tak sampai 3 minit kami park keta, sampai sebuah lagi keta yang menandakan pelanggan no.2 dah sampai. Lega! Berjaya dan berbaloi la en hubby bawa keta laju tak ingat. Both boys kitorg angkut sambil diorg tido.
Hasil pengubatan tersebut, kitorg dibekalkan air jampi berserta kapur yang dah dijampi. Kena larutkan kapur dalam air yang dijampi tadi dan sapu pada bahagian perut, ari-ari dan 'ball' A'imran. Sebelum sapu kena baca juga beberapa surah seperti AlFatihah, Ayat Qursi, Surah AnNAs, AlFalaq, AlInsyirah dan selawat 7x. Sepatutnya dilakukan 3x sehari tapi boleh buat 2x je sehari, before aku pergi kerja dan malam sebelum tidur. Tengahari A'imran di rumah babysitter dan aku tak expect dia boleh buat ritual tu semua. Mudah-mudahan ikhtiar kami berhasil. A'imran tak de lagi nangis macam tempohari walaupun malam time nak menyapu air jampi tu nampak ball dia membengkak dan membulat. Dalam kes ini juga aku perasan, time pagi ok tapi malam dah bengkak sebelah...mungkin kebiasaan dia jadi time malam kut...entohler...
Tak habeh lagi citer hari Ahad tu. Balik dari klinik, kitorg pergi rumah member hubby, fadhlur namanya. Fadhlur ni kawan kitorg di SMART (form 1 sampai form 3), baik sgt dgn en hubby. Dijadikan citer waktu di UKM, Fadhlur ni kawen plak dgn member aku Rogay (sama-sama di KMS). Time derang kahwin dulu (derang ant org terawal kahwin,pas belaja) aku terasa keciknya dunia ni tapi sekarang senario2 gini dah imun sgt dah, da ramai yang kawen dengan suku sakat. Lepas melepak dan borak2 tak ingat kitorg pun balik dan sampai rumah dalam kol 12 lebih.
Dan untuk pengetahuan semua, hari ahad adalah hari bz sedunia, mengemas, melipat baju hubby, aku dan anak2 (maklumlah, basuh baju sekali seminggu!) dan pek pula dalam beg baju hubby (untuk dibawa pulang ke KL), baju aku (untuk kerja seminggu coz tido umah mak) serta anak2 punya kelengkapan. Petang kami akan berangkutan semua barang2 ni ke rumah mak. Aku sering merungut betapa penatnya jadi org yang berpindah randah gini, nak sangat duduk setempat tak payah berangkut sana sini dan InsyaAllah rungutan aku tu akan hilang pas ni.
Namun yang pasti, walau aku tak perlu lagi berangkut-angkutan kelak, aku pasti akan rindukan semula apa yang aku bakal tinggalkan ini. Terutamanya rumah ku yang besar ni (eheh besar dari rumah sewa di KL, bukan besar dari rumah org lain) dan keluarga ku, ma terutamanya....(tiba2 rasa nak nangis!). Yang paling aku mahukan dalam hidup aku adalah ma dan abah, suami dan anak2 serta adik beradikku semuanya. Aku mahu semuanya ada di sisi ku serentak....how I wish..............sob sob sob
hi...jom sambg citer aku
my hubby balik ktn hari jumaat tapi mlmnya kami tido rumah mak...da leewat dia sampai dlm pukul 9 so tak elok kan bawa bb kuar mlm2, sbb kitorg tido dulu rumah mak, esoknya ;
sabtu, 19nov 2009
bermalas - malasan di pagi hari, bangun awal tapi melepak dgn A'imran
hubby blk rumah bt hitam with Amir untuk basuh baju
lepak n lepak sambil kemas bilik sket2 da tengahari
hari ni plan nk bw A'imran ke Dr Ang @ Dr Yaw tapi tutup pula
kan ri ni Deepavali yang aku rasakan sama je mcm sabtu2 yang lain....dalam hati aku, naper la jatuh deepavali ari sabtu
kalau ahad ke jumaat ke kan best
leh cuti!
lepas tak jadi bawa A'imran ke Paediatrician kitorg ingat nak bawa ke ustaz solehuddin
dia pengamal perubatan islam dan merupakan anak murid ustaz harun din
pk dan pk dan pk, mungkin sebaiknya kita mintak pada Allah dulu, guna cara doa
kalau dah ikhtiar tak berjaya baru jumpa dr kot
huby call member yang dok dkt dgn klinik tu tapi klinik da nak tutup, esok plak baru bukak
so plan ke2 yang tak jadi ni akhirnya bertukar menjadi acara tido pada petangnya...
dalam aku dok melepak lepak tu ada la dgr hubby menjwb few calls dari member yang dipanggil toman, membernya tu mengikut program wifenya di sini (dia stay di KL) tapi aku tanya prgram apa hubby ku ckp tak tau, so aku pun tak ambil pusing
teruskan melepak...sampai petang. tetiba dalam kol 5.30 hubby soh siap, nak jumpa mmber dia toman ni kol 6. geram gak aku wat plan adhawk ni, aku ni lembab, mana leh siap cpt2! tapi kuusahakan juga bersiap dgn cepat sbb hubby nak sangt2 jumpa member nya yg satu ni.
kol 6 lebih kitorg sampai di satu kedai baru bukak di jln beserah...baru aku tau, rupanya wife toman ni ikut geng susuibu.com buat program breastfeeding di kedai breastfeeding baru bukak ni. hurm....geram sbb aku tak tau ada program ni, kalau aku tau mesti aku nak pegi...menci!
sbnrnya nak bercerita aku berkenalan dgn isteri toman ni, yati namanya.dia seorg yang tabah dan sangat2 mengagumkan pada mata aku. dia inspire aku, dan buat aku semangat berkobar2 berjuang memberi susu badan pada A'imran. baby nya skarang berumur 11 bulan dan semenjak dari baru lahir (5hari pas lahir) dia cuma minum susu ibunya sahaja. biasa je kan bunyinya!tapi untuk pengetahuan, susu itu bukan azri (nama baby diorg) dapat dari yati directly (she is a full time breast pumper), sbb azri dah confuse puting dari baru lahir dan hanya nak minum guna puting botol susu, tak nak minum dari breast. so yati akan pump susunya setiap masa untuk diberi pada azri, pagi petang siang dan malam kejenya mengepam je. malam pun set jam 2 jam sekali bangun untuk mengepam. pada aku itu sesuatu yang sangat hebat sbb mengepam pada aku adalah proses yang memboringkan! aku tak suka mengepam dan how i wish A'imran minum direct from me tanpa perlu mengusung pam ke sana sini. walau pun dah sebelas bulan yati masih tekun mengepam consistenly demi memberi kan susu nya pada azri...huh..kalau la aku mesti "tanak minum sudah, bagi FM je, abeh citer!"
rupanya petang tu aku ditakdirkan bertemu dengan seseorang hidupnya penuh semangat, walau sukar dia tetap tabah demi memberikan yang terbaik untuk darah dagingnya. cuma yang jadikan kerja mengepam dia mudah sket sbb yati guna pump medela free style...untuk org biasa mcm aku, mmg berkira la nak beli, manakan tidak, satu set regenya RM1800!tapi mmg pueh hati, lekat je kat breast dan ia akan pump automatically, u can do whateva you want to, driving ke membasuh ke (pakai mesin basuh la), cuci pinggan ke menyapu ke, ikut suka la, proses pump tu tak ganggu kita punyer....best best!
selepas perkenalan tu mmg aku belajar byk perkara, terutamanya betapa berharganya seorg anak itu. betapa aku pun boleh jadi m acam itu kalau aku nak, bergantung kepada semangat!yang penting, jgn sekali kali mengalah
esok la aku smbg lagi eh...ada part III sbb banyak lagi nak ditulis.babai!
aku sangat2 ingin menulis ttg wiken stories ku (walaupn da 2 hari berlalu)
tetapi kekangan masa, student still around and there's abundant of reports to read
tambah kena pump lagi yang aku buat 4x sehari di tempat kerja
so...kalau ada masa ri ni akan ku updet lagi
sgt2 ingin menulis....
hati umi ni sedih sangat-sangat
datang kerja hari ni asik teringt pada A'imran, nak check report student pun tak tenang
asik teringat...hati umi terganggu, nak nangisnya la rasa.......
malam tadi, A'imran menangis sepenuh hati, sekuat-kuatnya dan meronta-ronta
sayu sebab tak tahan tengok A'imran dalam kesakitan tapi umi tak boleh bantu
umi sanggup tukar dgn A'imran, biar umi je yang sakit...tapi apakan daya
mujur A'imran nagis tak lama, tak sampai stengah jam seperti sebelum ini
mula-mula A'imran kena dulu, anak soleh umi ni menangis sampai sejam
umi letakkan minyak kelapa jampi kat 'ball' adik, baca selawat
tok ki pula baca2 doa hembus kat adik
wan dan abi tak ada, malam tadi cuma ada umi, tok ki, makcu dan amir
lepas hampir 20minit adik pun tertidur dalam pelukan umi...muka basah lencun dengan air mata dan air hidung
umi peluk dan cium adik puas-puas...umi sedih....Allah tengah uji umi
dan Allah pun tengah uji adik....sabar ye dik....umi pun kena sabar
umi akan cari penawar untuk ubatkan adik, insyaAllah
waktu tulis catatan ni, air mata umi tengah bergenang...tahan!
jangan sampai jatuh...malu plak kalau ada org tetiba masuk bilik ni
A'imran diserang angin pasang, dalam perubatan dipanggil hernia
ironinya, ia datang secara tiba2
sebelum ni adik sihat, ceria dan tak pernah menangis sedasyat tu
tetiba jumaat lepas, A'imran menangis lebih sejam sambil meronta2 tangan dan kaki
umi buka baju takut ada kena gigit ke apa tapi ok je
bukak barut bukak seluar tapi tak ada apa
last2 umi bukak diaper baru terkejut beruk tgk 'ball' adik tengah membengkak sebengkak bengkaknya...bulat sangat, tapi cuma sebelah
baru umi tau, adik kena angin pasang!
umi dan abi bawa pergi jampi last sabtu, nmpk macam da ok tapi malam tadi adik tak ok balik
umi kena juga bawak adik jumpa paediatritian hjg minggu ni
umi takut sebenarnya, sbb biasanya hernia hanya pulih after done surgery...umi takut!
tapi tak pe, yang penting, biar dr tengok dulu...selebihnya Allah yang akan tentukan
terima kasih di atas ujian ini Ya Allah
aku sedar, aku lalai dalam mengingati mu
aku lalai dengan kebahagiaan yang kau datangkan pada aku
Ampunkan segala dosa-dosa ku Ya Allah
tambahkan iman dan takwa di dalam hati dan jiwa ku
limpahkan aku dan anak-anakku rahmat, hidayah dan kebaikan Mu Ya Allah
ampunkan aku...Ya Allah aku merayu...ampunkan aku
sob sob sob sob.....hati ku banjir...............
A'imran kini telah pun berusia 3 bulan
cuba teka siapa ini?
now lets see, how A'imran at same age
di mana silapnya yer...
on last friday,091009, was A'imran 3rd months birthday
aku bawa A'imran ke klinik untuk rutin check up and suntikan 3 bulan, i was so surprise apabila nurse beritahu berat A'imran cuma 4.8kg
sangat2 mengecewakan dan kegelabahan membuatkan aku tak recheck reading pada penimbang tu
aku sgt2 terkejut...mustahil!mustahil!
pada berat 4.8kg, graf A'imran dah patah
meaning A'imran dah masuk dalam kategori kekurangan zat makanan (KZM)
ohhhh aku sangat2 tak boleh terima hakikat tu...sampai hari ini aku masih terfikirkan perkara ni
i blame myself for not rechecked reading pada penimbang tu
the nurse might be wrong....no way no way!
my next mission...meneruskan penyusuan susu badan
no matter what happen, i won't give up
now aku dah set alarm, kejutkan A'imran every 2-3 hours untuk minum
dia reluctant tapi aku kejutkan juga
walaupun dia tak minum sampai habis sebab tertidur but at least dia dapat sikit dari tak dapat lansung
runsingnya hati umi.....sejak seminggu lepas juga aku mula makan macam2 yang dicanang boleh banyakkan susu
antaranya black sesame powder, biskut oat, horlicks, lobak putih selain dari minum susu dan banyak air seperti sebelum ini
umi will fight sayang....anak umi ni kena gemuk...macam anak2 org lain...tak kira!
antara perkembangan A'imran di usia 3 months ni
1. A'imran sangat alert, panggil nama je mesti terus berpaling
2. sangat comel bila tersenyum....oh buah hati umi!
3. boleh diajak berbual, dalam bahasa baby nyer....A'imran sangat talkative
4. suka pegang dan genggam tangan umi, bahagia nya rasa!
5. tak suka basah, kalau poo mesti nak soh cepat2 tukar
6. kalau dok depan A'imran, mesti dia akan senyum dan tegur Umi walaupun Umi tak buat paper
jom kita tengok lagi gambar - gambar A'imran....
perjalanan aku sebagai pemerah susu baru je bermula
baru 2 minggu secara intensifnya.....penat Ya Rabbi Allah je tau
ke hulu ke hilir memerah, menyimpan dan menghantar produk tenusu ku ke pelanggannya yang satu
siapa lagi....my lil A'imran...one of my most precious gem
semalam hasilnya cuma 6 oz , aku frust banget....sakit ****** ku, senak tapi itu je hasilnya
hari ni aku cuba banyakkan perahan dan hasilnya bertambah 2 oz menjadi 8oz
ada peningkatan tapi 8 oz bukanla sesuatu yang boleh dibanggakan
tdk sama sekali dan semestinya aku perlu bekerja kuat untuk meningkatkan penghasilan tenusu keluaranku...aku perlu lebih produktif!
so far my schedule adalah :
5 am bangun dan membuat perahan pertama
5.45 am pelanggan meminum direct dari sumbernya
7 am pelanggan minum lagi
9.30 am perahan kedua (di tempat kerja)
12.30am perahan ketiga
1 pm menghantar hasil perahan kepada pelanggan
4 pm perahan ketiga
balik dari kerja aku biasanya tak membuang perahan sebab teramat la sibuknya, jadi pelanggan mendapat susu direct dari sembernya...
bila sampai rumah pada petangnya...aku sangat2 occupied, my hands full...sangat2 n tak de vacancy langsung
melayan amir especially, yang selalu menuntut kesabaran yang maksimum
bersabar dgn amir tu pun da bakar banyak energy aku yang menyebabkan tak de masa nak memerah lagi
dan aku juga akan masuk tido awal sebab nak tidokan Amir sekaligus tidurkan A'imran
bayangkan betapa penuhnya tgn aku, tgn kiri tepuk A'imran dan tangan kanan tepuk Amir, aku yang tak larat ni tidur tengah2 puteras aku tu
dan bila dah tido memang tak larat dah nak lakukan prosedur perahan yang seterusnya
zzzzzz sampai pagi
A'imran pun sama, mcm org tua tido straight tak minum susu sampai pagi
bagus sebab memberi ruang untuk aku berehat tapi not good dari segi hormon prolaktin ku yang tindak diransang
hasilnya.....EBM ku mmg tak terkumpul seperti yng kuharapkan
aku akan terus berusaha untuk tambahkan penghasilan tenusu!
to ika...sorry la kalau lepas ni aku akan mengganggumu
kau la sumber terdekat yang boleh kucapai dengan cepat.......help me ye ika
yang letih, ngantuk, selebet dan comot
ummu amir a'imran
entah apa mood lain macam ari ni.....ada 2 entry dalam sehari....eheheh
sekarang aku berada di kampus UIA Indera Mahkota. Bos telefon pukul 10 lebih soh aku dtg mengadapnya....sedikit kisah bos kecilku; namanya Pn Aflah Afandi. Gengku di UKM dulu. mmg rapat la sbb nama pun gengkan tapi rapatnya sampai 2nd year je sebab kami satu jabatan tapi course yang berbeza, dia course nutrition dan aku course dietetik. nak dijadikan cerita sekarang geng aku tu sedang menanggung kerja ketua jabatan ku yang tengah menyambung phD di Scotland, so geng ku dulu da jadi bos ku kini. sebab2 berjumpa...tak dapatlah nak diceritakan di sini sbb panjang sgt citernya...so abaikan k.
sebelum pergi, sempat aku meng 'ekspress' susu ku di bilik memberku.....ini gambarnya selepas proses ekspresi!
ini pula merupakan aku yang terperangkap dlam traffic jam di jln bukit ubi berhadapan stadium darul makmur.
heheheh.....sempat bergambar selepas kekenyangan lunch sensorang kat restoran sara thai. sebelum lunch aku pergi buat treatment hidroterapi selama sejam di fisioterapi centre berdekatan. tapi tak dok gamba....tak ingat nak ambik.
antara pos-pos sensorang dalam keta!
tetiba tengok kiri mamat dalam keta putih sebelah tengah mengusya. alamak, nampak ke apa yang aku tgh buat ni?i thought tinted keta aku ni membataskan pemandangannya, terlupa pulak yang keta aku ni tinted tak la macam tinted keta tengku mahkota pahang yang gelap tak nampak lansung org di dalamnya....atoi....malu siut!
ok ok...stop perasan sensorang. teruskan pemanduan dan sampai di kampus kol 3pm.....maaf bos....jam!
ni no plate keta ku..
en pawi, untuk pengetahuan anda keta aku ni baru tak baru pun da 2 tahun 3 bulan umurnya. en ahmad muzri yang menguruskan pembeliannya di KL sebb aku tak tahu menahu dan malas nak menghandle urusan belian keta ni...yang aku tau, pakai je...heheh...sebab tu la no platenya plate KL.
ini hiasan dalaman yang tak seberapa....potpouri cenderahati perkahwinan emi (cuzin hubby ku)
erm....balik nnt, ambik A'imran dari rumah k zie then siap2. hubby ajak tgk sukan FELDA, kat mana, aku tak ingat nak tanya.
sekian....
seminggu sebelum raya dan minggu raya yang lepas aku sangat2 super busy...nak wish selamat hari raya untuk kengkawan dan saudara mara pun tak lepas
uish...begini rupanya jadi ibu kepada 2 orang manusia yang masih kecik!
macam mana agaknya mak aku dulu membesarkan kitorg 7 beradik.
update raya akan aku masukkan hujung minggu ni...InsyaAllah
sedapnya tido!