Kemanakah daku menghilang?




A'imran ku yang semakin membesar.......


Kemanakah daku menghilang?






seawal jam 7 pagi, all four of us dah get ready dalam keta to take off..aku drive semestinya (aku kan calonnya), hubby sebagai co-driver dan those 2 boys jadi penumpang dengan Amir masih meneruskan tidur di seat belakang dan adik dlm baby car seat baru yang di beli kelmarin di toys'r'us mid valley (menyampah dgn baby car seat lama yg sangat susah nak pakai dan tak user friendly plus safety yang sgt2 meragukan, nyesal beli).
7.02; jam ditunjukkan di kereta. we took off, lokasinya adalah nursery yang target nk anta diorg. Melalui jln ayer panas menghala ke jln tikus dan tembus ke jln gurney, tup tap tup tap dengan traffic yang sederhana lancar aku sampai ke nursery pukul 7.16 pm....hurm....not gud!
7.17; berpatah balik memasuki highway DUKE melalui Semarak. Perjalanan lancar sepanjang highway dgn kelajuan keta 120km/hr max. keluar DUKE masuk ke SPRINT dan perjalanan masih lancar dengan kelajuan antara 90 hingga 110km/hr. Exit di Federal Highway berhadapan stesen putra LRT Universiti. kat sini jam teruk, slow moving bumper to bumper tapi aku keep in the leftest lane coz dalam 500 metres (tol ke?agak2 la kot) aku akan jumpa exit ke PPUM berhadapan EPF PJ. kat sini jam dan jam keta menunjukkan kol 7.40am. Traffic sgt heavy dan stuck about 10 minutes lebih sebelum managed masuk pagar PPUM. Masuk dlm terus ke tempat parking staff dan seperti yang telah diceritakan semalam, diorg ni park sesuka ati, bertindih-tindih. Memang stok kalau da park jgn harap nak kuar dah, ptg nnt baru leh kuar. cari parking konon2 nak park, by that time jam dah kol 8am. Ada 2 lubang kosong, ni mmg kes luck luar biasa aku ase, sbb mesti susah giler nak dapat lubng sebenar di hari atau situasi yang sebenar.
Result simulasi : masa pukul 7 adalah masa yang tak sesuai untuk keluar dari rumah sekiranya aku ingin menghantar anak2ke nurseri sendiri. ditambah lagi dengan masalah parking free, kalau nak parking berbayar no problem, tp tak dpat info lagi berapa bayaran bulanan untuk staf.
pilihan yg ada adlah, husband menghantar anak2 ke nurseri so that kol 7 tu aku leh terus ke tempat kerja (mampu ke dia?heheh macam tak pecaya je dia mampu melakukannya!) tapi in case dia kena outststion yang melibatkan overnnite aku kena menghantar those kids juga, bayar OT la kat nurseri RM6 untuk setengah jam...waduh....duit lagi!Toll back n forth : RM 7 sehari darab sebulan about RM140. erk.....distance back n forth about 50km....erk...minyak keta pulak.berapa consumption minyak nya yer untuk keta WAJA 1.6 aku tu?waduh waduh....KL ni semua duit....culture shock aku.Tak campur nursery, parking fee, makan....alahai kena memendam rasa la aku nak shopping....ohhh...those happy time with duit dah gone!
sudah seminggu aku berpindah ke KL....overall...i don't really like KL. Aku belum rasa selesa dengan new environment dan telah dapat bayangkan betapa bila aku da mula bekerja nanti, life would be very tough to me. Tapi nak buat macam mana, ini je pilihan yang aku ada if i want to reunite with hubby...or else aku akan kekal jd weekend husband and wife....not good macam gitu kan.
after a week di sini, hari ini baru aku berkesempatan keluar mencari nursery. at first kitorg google from internet je, jumpa la satu tempat asuhan kanak - kanak untuk 2 years above, aku call dulu dan set appointment at 11am. kitorg smpai 10 minutes lewat, masuk dan buat tour di taska tu sambil bos taska explain about this and that and bla bla....'not bad' hati ku berkata. Amir siap masuk kelas dan join dengar cikgu bercerita, surprisingly, dia sangat2 attentive dan interested dengan session bercerita tu. Kami tinggalkan Amir dan teruskan tour, taska ni mmg power, dah berumur 47 years tau. walaupun building rumah lama tapi dia ada spacious area dan budak2 sini mmg speakong je....biasala, uptown kids. Kebersihan, no problem mmg rasa nak anta la Amir ke sini, tapi bila dia bagi kertas list of fees terbeliak biji mata hubby aku (aku tgk kendian so mata aku lmbt terbeliak), nak tau berapa fee nya?untuk pendaftaran kena bayar RM 1450, monthly RM 450.00!perkh....macam nak masuk U si AMir ni, dolu2 seingat aku masuk matrik KMS kna bayar RM1 500...kira da dekat2 tu! So cancell!no way man kitorg mampu bayar semahal itu...ye aku tau aku tak leh berkira when it comes to child education tapi agak2 la juga kan, pendapat aku kalau byk duit sekalipun budak seawal 2 thn lebih tak perlukan education yang cost that much...
Next location taska PPUM, masuk kawasan PPUM aku dah sakit mata, keta parking merata2 ikut suka sbb ada buat extension bangunan so space parkign untuk staff tersagtla limited. Kat taska ni sedih plak citernya...kekosongan tak ada, kalau ada pun waiting list dah 40 org. yang apply thn 2007 pun diorg tak masuk lagi, aduhai.....sedey beb. kawasan mmg best, professionally managed dan sgt2 bersih, tapi takde rezki budak 2 org ni.
lastly hubby cadangkan taska kawasan office dia, area Jln Gurney. Aku call dan set appoinment. Sampai di sana seperti biasa aku tour dulu. cikgu ada 9 org yg jaga 3 kategori umur, 3 jaga babies seramai 10 org, 3 jaga budak start berjln smpai 2 years dan 3 lagi jaga budak 2 years above. kebersihan moderate, cikgu2 and pengetua baik dan bersopan dgn aku, budak2 pun nmpak terkawal jer. aku tanya diorg ni register tak dgn JKM, diorg cakap ada. In fact DBKL dan KKM pun ada routine check up. costnya....RM 350 for baby dan RM 300 for Amir, disbbkan adik beradik derang kasi diskaun sebnyak RM50. Total cost upon registration RM 800. Tahun depan aku kena bayar yuran tahnn RM 200 seorg plus uniform for Amir RM50. Hurm.....rasanya2 aku akan anta diorg ke taska ni je. aku plan akan anta A'imran dan hubby anta Amir, sbb derang bukak kol 7.15, kalau anta awal kira caj OT RM 3 per 1/2 hour. Aku mungkin kol 7 dah kena anta diorg sebelum rushing ke PJ plak lalu highway DUKE...cmnor ek nnt yer?Melalui info cuzin aku yg da keje di PPUM, kena dtg awal kalau nak rebut parking....seawal mana akan ditentukan esok. Sok ada latihan simulasi, nak budget kena bertolak kol brape sampai kol braper. Better off......nnt aku updet lagi.....
Now aku sudah pun berada di KL. Wednesday was my last day with UIA, last assessment for Clinical Inpatient Exam and yesterday, me and children travel together with my sis and mom datang ke sini. Kami naik 2 kereta, my car n kereta Izah. Bertolak dari Ktn pukul 1 dan lebih kurang pukul 5pm kitorg sampai ke my apartment. Hujan lebat betul by the time kitorg keluar susur Highway DUKE masuk ke jalan ayer panas, berdebar jantung aku, maklumlah, jalan sangat samar2, takut terlepas simpang pulak...haru plak jadinya nnt. Alhamdulillah...sampai akhirnya aku dengn selamat meredah kehujanan.
1st day di rumah baru, tak byk aktiviti mengemas yg aku buat lagi. En husband dah banyak mengemas sebelum aku sampai, but still ada berkotak2 lgi stuff yang perlu di susun atur....pagi2 tadi bangun dan iron baju hubby nak pergi kerja. Hurm....dah lama giler tak meng'iron' baju kerja hubby...maklumlah, dah bertahun tak duduk sekali kan. Plan asal today nak kuar jalan TAR ikut Izah borong tudung (adikku itu penjual tudung berjaya di Kuantan...heheh) tapi kena cansel sbb hubby nak guna keta, kereta dia masuk bengkel sbb cium bontot ford ranger di semban last wednesday time outstation, so dia kena bawa keta aku la pergi kerja.
pagi - pagi tadi aku dan ma pergi pasar basah, hajatnya nak beli lauk untuk dimasak. culture shock aku kejap sbb yang meniaga sumer cina dan india, cina yang paling byk. pusing punya pusing jumpa la jga 2 org melayu yang jual ayam, so dapat juga aku merasa makan lauk ayam ri ni. Tak tergamak aku makan ayam beli dari penjual cina..eeeeee entah sembelih ke tak...yarkh!
sayur pulak ku beli dari penjual India, ikan ingat nak beli juga tapi tak mengapalah...nampak tak berselera pulak.
harapan aku agar aku dapat maintain lifestyle kg ku di bandar besar ni. aku tak biasa makan luar banyak sangat, so harapnya aku still sempat memasak untuk family walaupun lauk bodo2 je....dan en hubby...di harap anda jgn cerewet sangat yer...makan aje apa yg ku sempat makan, yg penting bersih dan berkat, insyaAllah....
Student final year dah habis buat placement outpatient di klinik beserah. Now, time diorg struggle menggunkan ilmuan yang dah diperolehi sepanjang 12 weeks attachment outpatient and inpatient untuk score dalam final exam yang bermula awal minggu ni.
heheh...nak gak masukkan gambar aku posing dgn diorg di hari terakhir placement diorg dgn aku. Lunch ri tu aku belanja diorg KFC...baik aku kan...huhuhu...tak pela, sekali sekala. Teringat zaman aku belajau dulu, kalau lah dilayan sebegini baik oleh dietitian or lecturer mesti berbunga riang hati ni. Semangat sket...tol tak? Tapi yang semestinya dan sememangnya aku berterima kasih banyak2 kat diorg sebab memahami keperluan aku yang perlu mengepam setiap 2 @ 3 jam sekali.
Ni tempat aku mengepam susu while observing my student bagi diet counselling...tersorok dan selamat untukku..heheh. Pam ku masukkan dalam laci supaya motor yang bzzzzzzz tu tak kedengaran sangat dan menganggu fokus diorg bercakp dgn patient. Alhamdulillah, sekarang susu dah bertambah bilangannya, rahsianya....(tak dela rasia sgt) aku pam regularly, evry 2 hrs aku pam, pagi2 masuk kerje kat balik kaunter tu aku wat hyperstimulation selama sejam...Alhamdulillah susu ku memang kurang mengecewakan (tapi masih belum boleh dibanggakan). Kalau dulu sehari 9 oz je dapat, skang sehari leh dapat 13 oz....still tak best aku tau tapi for my self victory...itu dah cukup motivate aku.
Pam yang ku pakai sekarang kalau nak tau da pernah masuk spital 2 hari sebab terjatuh dari meja time aku tgh syok mengepam.nasib baik hujung minggu so tak pam pun tak apa la. huh seb baik boleh dibaiki, kalau tak haru biru la aku. kena beli pam baru. Overall, aku ase dah bleh catch up dgn new lifestyle sebagai pengumpul dan pemerah susu, dah tak rasa beban dan susah sangat skarang. stok susu pun dah terkumpul sikit2 sbb kalau pam di ofis, mesti ada balance untuk esoknya, so far A'imran minum 12oz sepanjang aku kerja....sikit ker?cuma yang aku nyesal dgn pam aku ni, dia agak kurang best kalau tak de aksesori dia yang kena beli berasingan. Rege dia da le mahal, kena plak lagi lengkapkan dgn aksesori lain iaitu flexishield areola stimulator. kalau tak pakai shield tu mmg sakit, dan aku perasaan progress breastmilk makin bagus sejak beli shield tu, heheheh beli di ebay lagi sbb lagi murah berbanding local web site. Berbanding time amir, aku pakai avent isis yang memang lengkap dengan cooler bag lagi, banyak juga aksesori tambahan yang disertakan. cuma yang tak bestnya sebab dia manual, penat tangan. dan aku realize itulah sebabnya kenapa aku gagal menyusu Amir sampai setahun, 7 months aku dah bagi susu formula sepenuhnya.
next week, A'imran akan go for 4 months check up, nak tgk sgt berapa dah gain, phisically nampak ok tapi kat atas penimbang tak tau la yer. Next week juga merupakan minggu terakhir di Kuantan. Barang2 kan start diangkut ke KL on 7hb ni, tapi aku tak pergi lagi becoz terlibat dengan exam inpatient pada 9 dan 11 hb. habis exam aku terus bercuti for good dan tunggu my hubby balik ktn and pick us up....gonna miss kuantan and my families sooooo much......yang pasti...rutin ku akan tetap sama di KL nnt, malah mungkin lebih mengharukan.....takutnyer....ngehehehehpam yang kuangkut ke hulu dan ke hilir.....pretty much best friend to me....
proses menstim semua botol2 dan pam....rutin sebelum tidur hari2
boleh saya menyambung lagi kisah tertangguh saya ni?
ahad, 18 okt 2009
pagi - pagi bangun dan bersiap untuk ke klinik ustaz solehuddin di taman indera sempurna. Alkisahnya, kalau nak jumpa ustaz ni kena jadi org no.1 sbb kalau kol 9 sampai alamat pukul 12 la baru leh jumpa disebabkan ramai pesakit. Tambah lagi, kalau ada pesakit penyakit berat2, lagi lama la kena nunggu. Sesungguhnya pagi itu, aku jadi org pertama sampai. Tak sampai 3 minit kami park keta, sampai sebuah lagi keta yang menandakan pelanggan no.2 dah sampai. Lega! Berjaya dan berbaloi la en hubby bawa keta laju tak ingat. Both boys kitorg angkut sambil diorg tido.
Hasil pengubatan tersebut, kitorg dibekalkan air jampi berserta kapur yang dah dijampi. Kena larutkan kapur dalam air yang dijampi tadi dan sapu pada bahagian perut, ari-ari dan 'ball' A'imran. Sebelum sapu kena baca juga beberapa surah seperti AlFatihah, Ayat Qursi, Surah AnNAs, AlFalaq, AlInsyirah dan selawat 7x. Sepatutnya dilakukan 3x sehari tapi boleh buat 2x je sehari, before aku pergi kerja dan malam sebelum tidur. Tengahari A'imran di rumah babysitter dan aku tak expect dia boleh buat ritual tu semua. Mudah-mudahan ikhtiar kami berhasil. A'imran tak de lagi nangis macam tempohari walaupun malam time nak menyapu air jampi tu nampak ball dia membengkak dan membulat. Dalam kes ini juga aku perasan, time pagi ok tapi malam dah bengkak sebelah...mungkin kebiasaan dia jadi time malam kut...entohler...
Tak habeh lagi citer hari Ahad tu. Balik dari klinik, kitorg pergi rumah member hubby, fadhlur namanya. Fadhlur ni kawan kitorg di SMART (form 1 sampai form 3), baik sgt dgn en hubby. Dijadikan citer waktu di UKM, Fadhlur ni kawen plak dgn member aku Rogay (sama-sama di KMS). Time derang kahwin dulu (derang ant org terawal kahwin,pas belaja) aku terasa keciknya dunia ni tapi sekarang senario2 gini dah imun sgt dah, da ramai yang kawen dengan suku sakat. Lepas melepak dan borak2 tak ingat kitorg pun balik dan sampai rumah dalam kol 12 lebih.
Dan untuk pengetahuan semua, hari ahad adalah hari bz sedunia, mengemas, melipat baju hubby, aku dan anak2 (maklumlah, basuh baju sekali seminggu!) dan pek pula dalam beg baju hubby (untuk dibawa pulang ke KL), baju aku (untuk kerja seminggu coz tido umah mak) serta anak2 punya kelengkapan. Petang kami akan berangkutan semua barang2 ni ke rumah mak. Aku sering merungut betapa penatnya jadi org yang berpindah randah gini, nak sangat duduk setempat tak payah berangkut sana sini dan InsyaAllah rungutan aku tu akan hilang pas ni.
Namun yang pasti, walau aku tak perlu lagi berangkut-angkutan kelak, aku pasti akan rindukan semula apa yang aku bakal tinggalkan ini. Terutamanya rumah ku yang besar ni (eheh besar dari rumah sewa di KL, bukan besar dari rumah org lain) dan keluarga ku, ma terutamanya....(tiba2 rasa nak nangis!). Yang paling aku mahukan dalam hidup aku adalah ma dan abah, suami dan anak2 serta adik beradikku semuanya. Aku mahu semuanya ada di sisi ku serentak....how I wish..............sob sob sob
Copyright 2009 - UMI HONEY a womanhood journey
Blogspot Theme designed by: Ray Creations, Ray Hosting.