benci betul pada sifat diri yang satu ni!Malas!perkataan yang sepatutnya di bom kat laut!


Sebelum aku mula membebel, ku ucapkan selamat menyambut Aidiladha buat semua....tahun ni aku dan suami tak korban, we all broke after spend so much money dalam proses perpindahan kitorg (is it actually an excuse?)....Ampunkanlah aku ya Allah......


Now berada di Kuatan, 1st time balik kg setelah menjadi perantau!ececheh!almost 2 weeks jadi registered house wife (RHW....perkh susah plak nak nyebutnya), aku rasakan betapa berharga dan hebatnya perasaan bersama anak2...bila dapat masak, jaga dan uruskan anak2 sendiri termasuklah uruskan ayah kepada anak2ku, aku terasa bagaikan berada di syurga dunia. penat, mmg tak dapat nak citer ah, nak duduk pun tak dan, lepak tgk tv, lagi la tak de, but in the end of the day after anak2 tido aku rasa kepuasan yang tak tercerita..ditambah lagi A'imran terus mendapat susu badan ku...heavennya ku rasa!

but....semua tu akan berakhir minggu depan!aku akan mula kerja pada selasa depan. yang aku benci pada diri sendiri adalah aku tak manfaatkan cuti ni untuk mengumpul stok EBM sebanyak-banyaknya.....aku pemalas. bila penat ke hulu n ke hilir buat itu dan ini aku jadi penat sangat dan tak pam...rugi, mmg rugi giler. so far, berdasarkan pengiraan aku, stok yang ada cuma cukup untuk 3 hari je...sangat2 tak best!



seawal jam 7 pagi, all four of us dah get ready dalam keta to take off..aku drive semestinya (aku kan calonnya), hubby sebagai co-driver dan those 2 boys jadi penumpang dengan Amir masih meneruskan tidur di seat belakang dan adik dlm baby car seat baru yang di beli kelmarin di toys'r'us mid valley (menyampah dgn baby car seat lama yg sangat susah nak pakai dan tak user friendly plus safety yang sgt2 meragukan, nyesal beli).

7.02; jam ditunjukkan di kereta. we took off, lokasinya adalah nursery yang target nk anta diorg. Melalui jln ayer panas menghala ke jln tikus dan tembus ke jln gurney, tup tap tup tap dengan traffic yang sederhana lancar aku sampai ke nursery pukul 7.16 pm....hurm....not gud!

7.17; berpatah balik memasuki highway DUKE melalui Semarak. Perjalanan lancar sepanjang highway dgn kelajuan keta 120km/hr max. keluar DUKE masuk ke SPRINT dan perjalanan masih lancar dengan kelajuan antara 90 hingga 110km/hr. Exit di Federal Highway berhadapan stesen putra LRT Universiti. kat sini jam teruk, slow moving bumper to bumper tapi aku keep in the leftest lane coz dalam 500 metres (tol ke?agak2 la kot) aku akan jumpa exit ke PPUM berhadapan EPF PJ. kat sini jam dan jam keta menunjukkan kol 7.40am. Traffic sgt heavy dan stuck about 10 minutes lebih sebelum managed masuk pagar PPUM. Masuk dlm terus ke tempat parking staff dan seperti yang telah diceritakan semalam, diorg ni park sesuka ati, bertindih-tindih. Memang stok kalau da park jgn harap nak kuar dah, ptg nnt baru leh kuar. cari parking konon2 nak park, by that time jam dah kol 8am. Ada 2 lubang kosong, ni mmg kes luck luar biasa aku ase, sbb mesti susah giler nak dapat lubng sebenar di hari atau situasi yang sebenar.

Result simulasi : masa pukul 7 adalah masa yang tak sesuai untuk keluar dari rumah sekiranya aku ingin menghantar anak2ke nurseri sendiri. ditambah lagi dengan masalah parking free, kalau nak parking berbayar no problem, tp tak dpat info lagi berapa bayaran bulanan untuk staf.
pilihan yg ada adlah, husband menghantar anak2 ke nurseri so that kol 7 tu aku leh terus ke tempat kerja (mampu ke dia?heheh macam tak pecaya je dia mampu melakukannya!) tapi in case dia kena outststion yang melibatkan overnnite aku kena menghantar those kids juga, bayar OT la kat nurseri RM6 untuk setengah jam...waduh....duit lagi!Toll back n forth : RM 7 sehari darab sebulan about RM140. erk.....distance back n forth about 50km....erk...minyak keta pulak.berapa consumption minyak nya yer untuk keta WAJA 1.6 aku tu?waduh waduh....KL ni semua duit....culture shock aku.Tak campur nursery, parking fee, makan....alahai kena memendam rasa la aku nak shopping....ohhh...those happy time with duit dah gone!

sudah seminggu aku berpindah ke KL....overall...i don't really like KL. Aku belum rasa selesa dengan new environment dan telah dapat bayangkan betapa bila aku da mula bekerja nanti, life would be very tough to me. Tapi nak buat macam mana, ini je pilihan yang aku ada if i want to reunite with hubby...or else aku akan kekal jd weekend husband and wife....not good macam gitu kan.

after a week di sini, hari ini baru aku berkesempatan keluar mencari nursery. at first kitorg google from internet je, jumpa la satu tempat asuhan kanak - kanak untuk 2 years above, aku call dulu dan set appointment at 11am. kitorg smpai 10 minutes lewat, masuk dan buat tour di taska tu sambil bos taska explain about this and that and bla bla....'not bad' hati ku berkata. Amir siap masuk kelas dan join dengar cikgu bercerita, surprisingly, dia sangat2 attentive dan interested dengan session bercerita tu. Kami tinggalkan Amir dan teruskan tour, taska ni mmg power, dah berumur 47 years tau. walaupun building rumah lama tapi dia ada spacious area dan budak2 sini mmg speakong je....biasala, uptown kids. Kebersihan, no problem mmg rasa nak anta la Amir ke sini, tapi bila dia bagi kertas list of fees terbeliak biji mata hubby aku (aku tgk kendian so mata aku lmbt terbeliak), nak tau berapa fee nya?untuk pendaftaran kena bayar RM 1450, monthly RM 450.00!perkh....macam nak masuk U si AMir ni, dolu2 seingat aku masuk matrik KMS kna bayar RM1 500...kira da dekat2 tu! So cancell!no way man kitorg mampu bayar semahal itu...ye aku tau aku tak leh berkira when it comes to child education tapi agak2 la juga kan, pendapat aku kalau byk duit sekalipun budak seawal 2 thn lebih tak perlukan education yang cost that much...

Next location taska PPUM, masuk kawasan PPUM aku dah sakit mata, keta parking merata2 ikut suka sbb ada buat extension bangunan so space parkign untuk staff tersagtla limited. Kat taska ni sedih plak citernya...kekosongan tak ada, kalau ada pun waiting list dah 40 org. yang apply thn 2007 pun diorg tak masuk lagi, aduhai.....sedey beb. kawasan mmg best, professionally managed dan sgt2 bersih, tapi takde rezki budak 2 org ni.

lastly hubby cadangkan taska kawasan office dia, area Jln Gurney. Aku call dan set appoinment. Sampai di sana seperti biasa aku tour dulu. cikgu ada 9 org yg jaga 3 kategori umur, 3 jaga babies seramai 10 org, 3 jaga budak start berjln smpai 2 years dan 3 lagi jaga budak 2 years above. kebersihan moderate, cikgu2 and pengetua baik dan bersopan dgn aku, budak2 pun nmpak terkawal jer. aku tanya diorg ni register tak dgn JKM, diorg cakap ada. In fact DBKL dan KKM pun ada routine check up. costnya....RM 350 for baby dan RM 300 for Amir, disbbkan adik beradik derang kasi diskaun sebnyak RM50. Total cost upon registration RM 800. Tahun depan aku kena bayar yuran tahnn RM 200 seorg plus uniform for Amir RM50. Hurm.....rasanya2 aku akan anta diorg ke taska ni je. aku plan akan anta A'imran dan hubby anta Amir, sbb derang bukak kol 7.15, kalau anta awal kira caj OT RM 3 per 1/2 hour. Aku mungkin kol 7 dah kena anta diorg sebelum rushing ke PJ plak lalu highway DUKE...cmnor ek nnt yer?Melalui info cuzin aku yg da keje di PPUM, kena dtg awal kalau nak rebut parking....seawal mana akan ditentukan esok. Sok ada latihan simulasi, nak budget kena bertolak kol brape sampai kol braper. Better off......nnt aku updet lagi.....

Now aku sudah pun berada di KL. Wednesday was my last day with UIA, last assessment for Clinical Inpatient Exam and yesterday, me and children travel together with my sis and mom datang ke sini. Kami naik 2 kereta, my car n kereta Izah. Bertolak dari Ktn pukul 1 dan lebih kurang pukul 5pm kitorg sampai ke my apartment. Hujan lebat betul by the time kitorg keluar susur Highway DUKE masuk ke jalan ayer panas, berdebar jantung aku, maklumlah, jalan sangat samar2, takut terlepas simpang pulak...haru plak jadinya nnt. Alhamdulillah...sampai akhirnya aku dengn selamat meredah kehujanan.

1st day di rumah baru, tak byk aktiviti mengemas yg aku buat lagi. En husband dah banyak mengemas sebelum aku sampai, but still ada berkotak2 lgi stuff yang perlu di susun atur....pagi2 tadi bangun dan iron baju hubby nak pergi kerja. Hurm....dah lama giler tak meng'iron' baju kerja hubby...maklumlah, dah bertahun tak duduk sekali kan. Plan asal today nak kuar jalan TAR ikut Izah borong tudung (adikku itu penjual tudung berjaya di Kuantan...heheh) tapi kena cansel sbb hubby nak guna keta, kereta dia masuk bengkel sbb cium bontot ford ranger di semban last wednesday time outstation, so dia kena bawa keta aku la pergi kerja.

pagi - pagi tadi aku dan ma pergi pasar basah, hajatnya nak beli lauk untuk dimasak. culture shock aku kejap sbb yang meniaga sumer cina dan india, cina yang paling byk. pusing punya pusing jumpa la jga 2 org melayu yang jual ayam, so dapat juga aku merasa makan lauk ayam ri ni. Tak tergamak aku makan ayam beli dari penjual cina..eeeeee entah sembelih ke tak...yarkh!
sayur pulak ku beli dari penjual India, ikan ingat nak beli juga tapi tak mengapalah...nampak tak berselera pulak.

harapan aku agar aku dapat maintain lifestyle kg ku di bandar besar ni. aku tak biasa makan luar banyak sangat, so harapnya aku still sempat memasak untuk family walaupun lauk bodo2 je....dan en hubby...di harap anda jgn cerewet sangat yer...makan aje apa yg ku sempat makan, yg penting bersih dan berkat, insyaAllah....