Published with Blogger-droid v2.0.9


Ohhhh....menitik mata mendengar dan membaca bait2 puisi ini.....


Wahai, manusia yang sudi mendengar !
Tahukah engkau bagaimana rasanya...
Dikandung oleh seorang ibu yang membenci kandungannya ?
Apakah rasanya bernyawa di dalam rahim perempuan yang sedang berkira-kira untuk membunuh anaknya ?
Apakah rasanya terbentuk daripada dosa perzinaan yang jelik ?
Apakah rasanya menjadi bayi yang tidak diakui hak keturunannya ?
Aku telah dikeji sejak dalam kandungan.
Aku telah dihina sejak manusia mengetahui kewujudanku.

Hanya Allah Yang Maha Tahu...
Betapa takutnya aku untuk lahir ke bumi.
Akan adakah manusia yang menyayangiku ?
Akan adakah insan yang melindungiku ?
Akan adakah orang yang mengazan dan mengiqamatkan aku ?
Aku tidak bersalah.....salahkah aku untuk mendengar seruan agung daripada adzan dan iqamat ?

Aku akan tetap lahir juga...
Tapi lahirku tidak sama seperti kawan-kawanku yang lain.
Mereka disambut....sedangkan aku amat takut.
Mereka dihias pakaian baru yang comel....sedangkan aku dibungkus dengan plastik hitam.

Mereka tidur di atas tilam empuk yang wangi.....sedang aku akan bakal dihumban ke dalam tandas yang busuk.
Mereka ditunggu dengan nama yang baik-baik....sedang namaku hanyalah sumpah seranah.

Tolong....tolong....tolong....
Dimanakah pembelaku ? Dimanakah pelindungku ? Kemanakah pelarianku ?
Tolonglah manusia.....ada binatang menggigitku, ada anjing merobek kulit dan dagingku!

Tolonglah manusia....aku kelemasan dalam ruang yang gelap ini.
Aku amat sejuk ! Aku kehausan ! Aku lapar ! Aku takut !
Aku keseorangan....memang beginikah dunia ini ?

Wahai, Allah ! Ambillah aku kembali....biarkan aku pulang ke hadrat-Mu Ya- Allah....aku tak sanggup tinggal disini.
Menanggung dosa perempuan yang tidak akan sekali-kali ku panggil ibu.
Menanggung dosa lelaki yang aku haramkan lidahku memanggilnya ayah.
Aku ingin pulang ya Allah.....Kasihanilah aku....Wahai Yang Maha Mengasihani.

Kepada yang sudi mendengar,
Kutitipkan kata-kata ini...
Sebelum alam yang menyiksakan ini ku tinggalkan.
Jadikanlah diri kalian pembela dan pelindung.
Penyelamat dan rahmat kepada semua lapisan umat ini.
Jangan biarkan ramai lagi yang senasib denganku.
Ia terlalu pahit dan sukar untuk ditanggung oleh insan selemah aku.
Ia terlalu pahit dan berat untuk dipikul oleh bayi kerdil sepertiku.
Tegakkanlah amar makruf dan nahi mungkar.

Nukilan Rasa: Ustazah Norhafizah Musa.


Dipetik dari Buku Dari Lubuk Hati Ibu.


Baru smpai dr kuantan,Alhamdulillah....sempat tgk anak saudara baru sebelum btolak ke bangkok mggu dpn.
Another boy in the family,still can't memorize his name,but for sure his name is mohd iffat r*** ...hahaha that part yg x ingt....sooner or later leh ingat la tu...

Really impress with my sis's story
Sbb ai tak pnah rs sebegitu senang sakit bsalin,thats y i impress with her story
In labor pain cuma 3 jam,bb ni beratnya 3.5kg dan dilahirkn normal....phewwww

Y ye??adik2 ku smuanya bbnya besar2,patut aku jeles ke?amir beratnya 2.7kg,sakit nak mengeluarkannya more than 24 hours sedangkn imran cuma berat 2.4kg dan sakit nak keluarkn selama lebey kurg 5 jam....

I'm happy for my sister's happiness....for sure
Semoga iffat membesar jd anak yg soleh
Mewarisi nama baik keluarga....aminnnnn

Layanla gmbr2 cucu my parents......amir,imran,haziq,danish n wafiah.....sarah not in pict sbb balik ganu

Published with Blogger-droid v2.0.9

testing testing blogger app
now nutrition support meeting......waiting for dr pok n dr lau n other MO
Cepat la semua...ai lapaqqqqqq!!

it's January the 3rd,2013......how time flies.....


Still x boleh nak percaya sepenuhnya yang sekarang dah tahun 2013....cepatnya. sangat2 cepat masa berlalu itu je yg mampooo ai komen.
Tahun ni makin ramai kawan2 yang anak2nya masuk darjah 1,seronok tgk mak2 n ayah2 yg eksaited tu.Amir,tahun depan masuk darjah satu dan tahun ni dia masih maintain di tadika yang sama, tadika Aktif Gemilang Jalan Kent.  Sebenarnya hajat di hati nak keluarkan dia dari sekolah tu, entahlah...sekolah ni macam x berapa islamik...heheheh. Upon entering 6 years old, amir still belum mampu utk membaca n mengaji.  Partly ku akui ni semua salah aku, rasanya kurang la menumpukan perhatian pada Amir. kurang ajar dia baca. Tapi bukan aku x cuba cuma style belajar membaca sekarang bukan sama macam dulu...diorg bc teknik phonic....ohhh sungguh la berbeza dari style aku belajar dulu2.pernah try ajar guna teknik tu tapi mcm x menjadi je.....heeeee sbb cikgu2 yang ngajar tu semua pergi kelas dulu kan,aku nak terjah ngajar mesti x dapek...huhuhuhu. Bab mengaji pun sama, diorg diajar guna teknik Qiraati...mana tau teknik tu...owhhh.  Bila ajar amir guna muqaddam, da da blur blur....mmg x sama....last2 end up soh dia dok baca fatihah, ayat qursi n 3 qul je, ulang2 hak tu le yang ku ajar.

ok....rasanya in 2013 kena lebih series dalam perkembangan sekolah n pelajaran anak2...kena tumpukan lebih masa, perhatian dan tambahkan tenaga dalaman.  serius, jd ibu nowadays mmg sangatx1000 challenging, nak jdkn mereka berilmu dan bersahsiah at the same time.  Kena kurangkan exposure to gadget bukan sahaja buat anak2 tapi utk mak bapak as well.  Alhamdulillah, kitorg dah berjaya eliminate astro ceria dari hidup anak2...they didnt complaint much, which is Alhamdulillah. But they divert their attention to iPad, yg semestinya sama bahaya dgn TV. so in 2013...me n hubby both kena betul2 kuat n disiplin kan diri. semetinya if we all too attached dgn gadget anak2 pasti akan meniru....

Just to say it out loud my resolution for 2013 :
1.  Hantar amir n imran to Da Vinci Kids to occupy their time and divert them from TV n Video Games.
2.  Cari seorg personal ustazah, ajar amir n imran mengaji n bahasa Arab sekaligus.....me oso wanna learn Arabic!
3.  Ajar naik beskal n swimming....ngeeeeee
4.  mau lebih proaktif......kurangkan shopping, ikat nafsu ketat2 supaya x sibuk nak berbelanja je....nak kumpul duit manyak2!!!!!
5.  balik keje on time!!!itu penting, maknanya ilmu kena perhebat supaya x spend masa lama sgt nk setelkan satu2 kes.

dan ibu segala azam2 di atas adalah.....tingktkan ketakwaan pada Allah.
Once Allah dalam hati, semuanya akan jadi mudah semudahnya....yakin!
My Amir Hamzah....he loves drawing n yelling n shouting n very active kind of budak.  Boleh lari2 x henti2 dari pagi sampai malam ok!!!!


now lets look at a'imran...bdk manja terlebey yang buat ai cair tak hingat!!!tak puas cium n gomol dia hari2!

hope thn ni ada rezki bb gal...Amin...rindu sgt nak rasa mengandung lagi sekali.... :-p

Hi everybody....dah lebih setahun menyepi...ahaks...entah apa mimpi hari ni nak mula membuat entry....akakakaka...tak de kerja gamaknya!

jam menunjukkan 5.20 petang, masih di hospital...malas sangat rasa nak bergerak balik
bukan sebab malas nak menyambung rutin isteri dan umi, tapi memikirkan jam...aduhai letih,terbayang bayang di depan mata!

apa yang dicerita sekarang ye?hurm....anak2?

Alhamdulillah, masa yang terus berjalan ini telah menyaksikan anak-anak terus membesar, Amir sekarang 5 years old while A'imran sudah 2 years 6 months lebih kurang, dah besar kan?
memang hajat di hati berkira-kira untuk meyambung zuriat, tapi en asben cakap tunggu dulu, seriously dah berangan by march period tak datang lagi, tapi en asben ckp.....hold dulu plan tu sayang, rilex...chill,thn depan kita start tambah baby ye. Hurm.......as isteri yang taat...ai ikut je la.

Amir, so far dah makin tinggi...tapi tak sure plak,balik karang nak ukur la dia kejap...ish
A'imran pulak, seorg budak yang tak kuat makan,tak banyak makanan yang di 'allow' utk masuk ke mulut,in fact u will be surprised to know that dia tak makan sayur as well as buah!haish.....anak dietitian tu,tapi 'bagus' betul tabiat makan nya....
saya jeles tgk anak kawan2 yang tak memilih bab makan, makan buah dan segala kek, coklat yang best2 tapi tidak A'mran.....

time's up...5.30 already
guess i have to start making my move, off from here
saya balik ni dalam keadaan patient masih ada di wad utk dilihat.....tapi saya tak sanggup nak stay lama lagi, minggu ni saya rasa penat sangat....not in a good health, so my momentum mmg a bit slow
bye.....got to go!

lama betul saya biarkan blog ini begitu saja....laaaama sangat
walau hati memang teringat selalu untuk membuat entry tapi bila berhadapan laptop dan blog,tiba-tiba fikiran jadi buntu. Idea hilang begitu sahaja....end up saya meneruskan fav saya mem'browse' dan membaca blog2 yang memang saya biasa ikuti....huh...

now is month of October....bermakna telah 11 bulan saya membuat transformasi besar dalam hidup saya. Tahun lepas pada bulan yang sama, saya masih wanita kampung yang buat-buat busy dengan urusan harian saya. Bangun seawal 5 pagi untuk menjalani proses ekspresi susu badan, tung tang tung tang bertolak dari rumah jam 7.45 pagi ke tempat kerja dan punch in biasanya jam 8.05 in average. Heheh tak de disiplin punya org kan?huhuhu....then tengahari saya masih mengekspres susu badan then petang lagi sekali saya ulangi proses yang sama sebelum pulang...lebih kurang jam 4.30. Sharp at 5 saya meluru ke tempat parking yang paginya saya datang dan park ikut2 suka saya nak park mana....sebab lubang2 kosong memang banyak, just pilih nak park jauh ke dekat. Then ambil A'imran dari pengasuh, sampai rumah dalam 5.30pm. Kalau rasa nak merayap cari brg di bandar, saya akan call pengasuh memberitahu saya akan ambil A'imran lewat dan dapatlah saya shoppimg sket2 apa yang saya nak.

Tapi sekarang hidup saya totally berubah. kalau dulu buat2 busy tapi sekarang mmg saya betul2 busy!penat!itulah keluhan saya selalu...sekarag seawal 7.05 saya dah keluar dan seawal 7.35(awal ke tu?heheh awal la dari dulu kan) saya dah sampai, tapi parking lot time tu dah penuh dan saya end-up parking blok kereta org la!Dulu saya park di staff parking PPUM,seksa betul hidup saya tapi sekarang saya bertukar port ke parking student UM di kolej Perubatan, next to PPUM. Di sini tak lah sehorror parking staf but still mencabar kredibiliti saya sebagai pemandu wanita melayu kampung terakhir...huhuhu

Whatever it is,tahun 2010 hampir berakhir. Cepat sungguh, terasa bagai baru je datang ke KL dan bekerja di PPUM yang sangat2 mencabar ni....just to quote one of my Dietitian friend "PPUM ni neraka Dietitian"...huh sangat kasar ayat tu tapi kata2nya ada sedikit betulnya. Apapun, saya merasakan, PPUM memberikan saya banyak peluang. Peluang memperbaiki diri sebagai isteri,ibu dan anak serta peluang memperbaiki kerjaya yang saya rasakan agak stagnant for the past few years. Sekarang, kami semua baru sahaja mendapat rotation coverage ward baru, and my discipline next year will still be Geriatric and new one, Surgical (6U) effective this week. Wish me "All the Very Best".....

About Me

My photo
::i'm a mommy of 2 sons:: ::a faithful wife:: ::a humble and simple woman:: ::who look for inspiration:: everytime and everywhere

From The Corner of My Heart

the medium where i will express my deepest thoughts, and feelings about love, life, career, and family...because that's what matters to me...