Ok....last Wednesday dah buat OGTT kan
Memang mendebarkan, menunggu result keluar.....
After ambil darah post 2 hrs ingestion, balik bilik,sbelum tu sempat singgah di cafe beli nescafe, ku order kurang manis dan nasi lemak with telur mata lembu.  11am sampai bilik dan terus makan, hari ni glukometer tertinggal di rumah so tak dapat nak check brapa my blood glucose before makan ni.  sambil2 tu buka lab sistem utk check samada blood result dah keluar belum, tetapi tertulis di situ 'in progress' cuma ada result full blood count yang menunjukkan aku masih anemic!aduhai....Hb ku baru 10.4, naik sket dari time aku 5 bulan, 10.1.  Tak pelah....biarkan aja, aku ok je,tak de la penat yang melampau pun......yang lebih utama nak tau result OGTT ni!yang ni betul2 mendebarkan!!!

Fine....habis makan terus ke wad, kena habiskan referral sbb petang ni ada TPN Round at  2.30pm.  Sampai di wad mmg la geram sgt nak check result lagi tapi tahan diri, kang kalo tinggi kang tak jd keje pulak ai karang, dok mikir  pulak, so cancell...tekad nak check after siapkan patient dulu.

12.30pm : Last patient before lunch, dah buat clerking, tinggal interviewing patient dan buat assestment je, hati dah meronta2...tak tertahan lagi!mesti check sekarang!dan selepas masuk sistem lab....resultnyaaaaa.....
Fasting sugar : 4.4, 2 hours post : 7.8......termanggu seketika. Result masih sama dengan result OGTT di KK, masih borderline....
once dah 7.9, mmg dah confirm diagnosed GDM la aku, Diabetes occured in pregnancy....something which is common tapi implicationnya sangat2 menakutkan kalau x kena gaya!
Alright, whatever it is, aku redha....Allah bagi ujian, mesti ada hikmahnya. Atleast aku tau yang aku kena jaga makan, bukan belasah ikut suka hati ai je!Ada hikmah ni, mesti ni baby girl la ni, Allah bg girl dan uji kesabaran ku, iyelah, dapat sumthing yang mmg ku nak sangat2 kan, so of course there's a price i have to pay la kan kan kan *positif positif*

Maka berterusan la aku buat BSP dan food diary.  So untuk pengetahuan, keperluan BSP ni adalah ambil darah semasa puasa before breakfast, 2 jam post breakfast, 2 jam post lunch dan 2 jam post dinner.  Target sugar before breakfast is 3.5-5.3, post meal antara 4.0 - 6.7mmol/L.  kalau nak lagi rajin boleh ambil fasting before bfast, before lunch, 2 hrs post lunch, before dinner, 2 hours post dinner dan pre bed....agak2 dalam 6 kali sehari which cost about RM10.56  ye. 1 kotak glucose strip berharga RM44 ye, bersamaan satu strip berharga RM 1.76....hurm.....so terpulang la nak buat berapa kali dalam sehari bergantung pada bajet sendiri.

So far, berdasarkan self monitoring blood glucose yang ku buat, kebanyakannya adalah normal, alhamdulillah.....cuma ada 1 reading je dalam beberapa hari monitoring ni yang sugar ku mencecah lebih 7.0 selepas 2 jam makan....the highest is 7.8, not more than that. so now mmg aku dah ubah pemakanan ku, dah x de air manis lagi dah, dan cuba memilih makanan hi fiber dan high nutritional value....yup ai yakin, inilah hikmahnya dari apa yg berlaku, supaya ai  makan lebih sihat dan lebih berkhasiat.

Ok, nanti ai sambung ttg diet terkini pula ye.....nak sambung kerja dulu.... :)


Baru lepas minum 75g glucose for OGTT....test utk confirmkan samada ada gestational diabetes or not.  seriously,dgn perut yg lapar sbb perlu berpuasa dan diberi minum air gula yang manis semanisnya....perut ku tgh huru hara now,tekak pun kembang..nk muntah!!!!!tapi kena tahan,sbb if muntah kena repeat balik,oh tolong,cukuplah sekali.....x ku larat nk minum lagi!

Lepas ambil air gula ni,i have to wait for 2 hours,then check blood lagi sekali. Normal level sepatutnya after 2 hours post ingestion is 7.8.....berharap sangat level my blood glucose lesser than that......bantulah aku ya Allah....

Minggu ni dah masuk minggu ke 27 of my pregnancy, heheh baru dapat mengapdet blog. seriyes, ai sangat2 la nak menulis n mengapdet my journey spjang pregnancy ni, tapi entahlah.....mainly ai rs tempat terbest utk update blog adalah di PC, not ipad apatah lagi my galaxy note. kalau update di ipad x dpt nak upload gambar, if di galaxy note plak bila upload gambar tak boleh nak edit or tukar horizontal plak....kesimpulannya mmg tak best la, guna PC je best. but if di tmpt keje, mana ada masa nak berlama2 dpn PC since my job scope adalah di wad. thats y laaaaaama sangat baru berjaya menulis....ececeh panjang bebenor explanation, mcm ada org kisah kak ooi???


Di minggu2 yang terus mendatang yang makin memboyotkan perut ku, ku digemparkan dgn berita ku ad GDM!!!Oh no....mmg benda yang paling takut dah berlaku, yang paling ku takuti tapi x buat apa2 pun nak jaga....belasah je ai makan benda2 manis sblm ni. Alkisahnya, ai ada bukak buku pink antenatal di Klinik Kesihatan Sri Rampai hari Khamis before ke HK which is on my 24th week preggy. Ada la janji dgn nurse ni time previous check up untuk buat OGTT di PPUM n bw resultnya saja ke KK. tup tup rs malas la pulak nk buat OGTT (jgn tiru mcm saya ye) ...so juz bw result GCT, tp telah ditolak mentah2 oleh misi2 ni...katanya, x valid!amboih suka hati je ye! Last2 ku akur buat OGTT keesokan harinya di KK ai check perut tu...erkkkk x dapat nak escape lagi! so esok ku datang berpuasa, ambil darah, minum air berisi 75 g glucose, tunggu 2 jam n check...yarkkkkhhh air gula kat sini serius x best, nak muntah aiiiii,nyesal tak buat di PPUM sbb air gula PPUM best, rasa lemon. ok...habis citer tu....Ahadnya ku bertolak ke HK dan bersuka ria tanpa ku ingati lagi pasal OGTT ni.

Rabu, 19 Jun....datang ke PPUM untuk antenatal check up.....jgn tak tau, Klinik kesihatan ku pergi, PPUM ku pergi, pas ni ke PUSRAWI pulak akan ku pergi....semangat k ton check perut!!!ok, time tgh tunggu giliran dapat phone call dr KK seri Rampai " puan, result OGTT dah ada 4.5/7.8..kena buat BSP la puan" adoi...dah berapa minggu baru nak bgtau aku nyer OGTT tinggi, apa daaaaa kalau check PPUM ptg dah dapat trus result! Ok...last2 Dr O&G PPUM pun meminta ku untuk repeat pulak OGTT di PPUM this coming Monday...katanya, u mmg ada GDM! huk huk huk...sedey nya....padan muka!makan x beringat, jeruk, air manis, teh tarik, kek, ais krim, coklat mmg ku belasah hbs2an.....tepuk dahi jap....sila mula berdiet ye Pn Dietitian!

so now, dah mula buat food diary n rekod blood sugar profile guna glucometer pinjam dr my senior pn rafidah....nnt ai cerita lagi mcm mana pula trend resultnya sbb br buat 1 stgh hari......sambung lagi....daaaaa

ha ni lah benda alah glucometer tu...sakit dah hjg jari ni kena prick :(

About Me

My photo
::i'm a mommy of 2 sons:: ::a faithful wife:: ::a humble and simple woman:: ::who look for inspiration:: everytime and everywhere

From The Corner of My Heart

the medium where i will express my deepest thoughts, and feelings about love, life, career, and family...because that's what matters to me...