Dah 20 hari berlalu since peristiwa itu .......

Peristiwa bersejarah, hari my 3rd boy was born....huh sungguh sadis
Alkisah, aku masih pergi bekerja macam biasa pada siangnya dan siang2 sebelumnya, mmg terasa contraction yang  ringan2, tapi x la sampai tahap x leh buat kerja, its more to Braxton Hicks Contraction je.  Ada juga yang menegur kenapa suami tak hantar dan ambilkan, tapi pada ai, as long as ai boleh jalan, kenapa nk menyusahkan suami kan kan...its not easy for him, kena bangun sangat awal untuk pastikan dia dapat masuk office on time lepas hantar ai, and i dont think dia sanggup berkorban tidurnya....huhuhu and me juga :p

Dijadikan cerita ai tersangatlah mengidamkan si raja buah, the durian....ohhh sangat2 nak yang tak tertahan2.  Selama pregnat mmg takut nak makan durian sbb ditakut2kan oleh en suami, nnt beranak awal.....takut jugak den dapat anak pre term, so telan ayaq liur dan bau je la bila tgk org mkn durian berbiji2, tapi skarang bila dah term rasanya kalau asbab durian bb nak keluar, keluar je la,mmg dah term pun kannn. Makanya, pada hari Khamis bersamaan 5 hb September, seorg hamba Allah yg sangat baik hati telah membelikan ku durian crepe dari sebuah kiosk durian di KLCC......ada 6 keping, ai ngap 3 keping je kot, 2 bagi natasha n hubby (diorg puasa hari tu), 1 bagi fini.  Selepas gembira menikmati durian crepe, siap merancang esoknya nak ke Mid Valley cari durian kat Jusco dan crepe lagi....almaklumlah, esok kan Jumaat, hari jalan2 Mid Valley gitu!  Kalau org dengar betapa aku nak kan si durian ni mesti kesian, seolah2 macam x ada suami je nak  melayan keinginan durian ku ini, tp mmg en suami ku x nak layan carikan durian....so ai kena la usaha sendiri...huhuhu :)

Menghampiri minggu2 terakhir pregnancy mmg la ai asik emo je, asik merajuk je dgn en hubby.....sampai naik serabut en hubby ku tgk, tp nak buat mcm mn kan.  Mlam befote beranak tu pun mmg ai tido dalam keadaan merajuk dgn cik abg....nangis2 lagi sebelum tido.....sadissss.  Tgh syok2 tido, tetiba terjaga, sakit perut....time tu pukul 1.30 pagi, semua tgh syok tido, ai rasa sakit perut ni macam contraction betul je, tapi relax dulu, x nak kejutkan hubby sbb ai kan tgh merajuk time tu.  Then sakit lagi, mcm contraction lebih tetap, dalam every 5 minutes.  Ok...ai terus menahan, tetiba rasa mcm nak membuang ayaq besar plak.....ok, rupanya sakit perut nak membuang rupanya...kata ai dlm hari.  Selesai membuang cuba nak tido balik tetiba rsa macam ada air keluar....alamak, water bag pecah kah????Masuk balik dalam toilet check, rupanya ada spot fresh blood dkt seluar. Sah! mmg nak beranak ni!Tgk jam pukul 3 lebih kurang...heeee kena juga la kejutkan en hubby.....pantas en hubby bersiap, ambil itu ini utk pergi spital.....:)

Sampai hospital pukul 4 pagi, lapor diri di A&E Hospital Pusrawi, terus dibawa ke labour room.  Anak2 awalnya tgh tdo hubby angkut dgn twin stroller dah bgn tp masih ngantuk, so dok diam2 je la diorg dlm stroller.  Hubby nk cari bilik single so that boleh tingglkn ank2 kt bilik while dia nk temankn ai di labour room tp malangnya single room x ada, yang tinggal hanya bilik super deluxxe berharga RM500++ :-o OMG!!!disebabkan tiada pilihan, hubby ambil je bilik tu, dia tingglkn anak2 di bilik, biarkan diorg main iPad dan datang ke labour room temankan ai yang tgh sakit.

Alkisah ai di labour room, dipakaikan CTG dan misi pn check jalan ku, baru 2 cm rupanya...mmgla sakit masih tak terlalu kuat, walaupn dekat2 sela masa ant satu contraction dengan contraction lain.  Sambil menahan sakit dan CTG berjalan, ai asik dgr bunyi alarm yg kuat bila ada contraction, nurse dtg check sambil muka kerut2, suruh aku pusing knn la, kiri la, terlentang la utk dapatkan bacaan CTG yg memuaskan hati kot.  Aku x tau apa masalahnya, rupa2nya, everytime contraction heart baby drop, itu yg alarm tu maksudkan.....risau nya....dalam kepala terbayang....C-Section, fetal distress,takutttt.  Dari pukul 4 pagi menginjak pukul 7 pagi, bacaan CTG masih x cantik, lepas ke bilik air ai dapat rasakan air yang semakin banyak meleleh keeluar dari Ms V, pada masa yg sama Dr Asmah pun sampai.  Dia terkejut sbb air yang keluar dr Ms V sebenarnya cecair amnion bercampur najis baby (meconium) dan servik baru terbuka 2cm, Dr Asmah ckp still x matured dan lambat lagi nak menunggu ke full opening.  Cepat2 dia minta call en hubby utk sign surat kebenaran pembedahan...I'm going for an emergency C section!!!benda yang paling menakutkan, yang paling aku doa hari2 supaya tak berlaku akhirnya...nah,bakal ku hadapi juga hari ni.

Persiapan ke OT segera dilakukan, nurse pasangkan CBD (beg air kencing) fuh giler la sakit dan peritnya!Then transfer ke OT.  Anaest datang dan terangkan prosedur epidural dalam keadaan kumenahan contraction yang semakin kuat....ai diminta duduk melunjur sambil peluk bantal, lepas 3 kali cucuk di bhgn epidural, terus hilang contraction, rasa lega....fuhhhh.  Then ai dibaringkan dan di 'naked' kan, yg tinggal cuma kain menutupi dada dan ke atas semata2, adeh,giler malu siut.....dan lepas tu ditutup dengan lapisan2 kain meninggalkan hanya perut ku untuk dikerjakan.   Dalam hati, nervousnya Allah je tau, terkumat kamitla ku membaca doa2 menenangkan hati.  Dr Asmah pun memulakan proses, rasa kebas dan sakit sikit, diorg asyik tanya, sakit x, bila ai ckp sakit, anaest tambah ubat tahan sakit thru IV....Dr Asmah terus menggodek2 perut, melapah dari satu layer ke layer seterusnya hingga sampai ke uterus.  Bau hangit daging bakar menyesakkan hidungku....erkkk.  Then proses terakhir ditekan2 perut ku dari atas untuk tolak baby ke bawah dan tiba2 kedengaran suara baby menangis....lega ...Alhamdulillah.  Lepas baby dibersihkan sikit diorg letakkan baby di dada ku dan minta baby latch on to my breast...heeee what a moment.....tgk my baby yg kutunggu selama ni, dan yang paling penting dia ok, coz bila dia nangis means dia ok la kan...heheheh

Secara rasminya, my baby boy was born on Friday, 6th September 2013 @ 8.15 am.  Dengan berat 2.67 kg dan kepanjangan 52 cm, ku namakan my  next son dengan nama Akmal Hafiyy Bin Ahmad Muzri, syukur Alhamdulillah, walaupun Allah tak perkenankan kesemua doa2 ku tapi sebahagiannya Allah dah perkenankan...TQ ya Allah.... :)

                            The CTG reading menunjukkan heart beat baby drop in every contraction.








 Welcome to our family my lil khalifah :)

Ok....last Wednesday dah buat OGTT kan
Memang mendebarkan, menunggu result keluar.....
After ambil darah post 2 hrs ingestion, balik bilik,sbelum tu sempat singgah di cafe beli nescafe, ku order kurang manis dan nasi lemak with telur mata lembu.  11am sampai bilik dan terus makan, hari ni glukometer tertinggal di rumah so tak dapat nak check brapa my blood glucose before makan ni.  sambil2 tu buka lab sistem utk check samada blood result dah keluar belum, tetapi tertulis di situ 'in progress' cuma ada result full blood count yang menunjukkan aku masih anemic!aduhai....Hb ku baru 10.4, naik sket dari time aku 5 bulan, 10.1.  Tak pelah....biarkan aja, aku ok je,tak de la penat yang melampau pun......yang lebih utama nak tau result OGTT ni!yang ni betul2 mendebarkan!!!

Fine....habis makan terus ke wad, kena habiskan referral sbb petang ni ada TPN Round at  2.30pm.  Sampai di wad mmg la geram sgt nak check result lagi tapi tahan diri, kang kalo tinggi kang tak jd keje pulak ai karang, dok mikir  pulak, so cancell...tekad nak check after siapkan patient dulu.

12.30pm : Last patient before lunch, dah buat clerking, tinggal interviewing patient dan buat assestment je, hati dah meronta2...tak tertahan lagi!mesti check sekarang!dan selepas masuk sistem lab....resultnyaaaaa.....
Fasting sugar : 4.4, 2 hours post : 7.8......termanggu seketika. Result masih sama dengan result OGTT di KK, masih borderline....
once dah 7.9, mmg dah confirm diagnosed GDM la aku, Diabetes occured in pregnancy....something which is common tapi implicationnya sangat2 menakutkan kalau x kena gaya!
Alright, whatever it is, aku redha....Allah bagi ujian, mesti ada hikmahnya. Atleast aku tau yang aku kena jaga makan, bukan belasah ikut suka hati ai je!Ada hikmah ni, mesti ni baby girl la ni, Allah bg girl dan uji kesabaran ku, iyelah, dapat sumthing yang mmg ku nak sangat2 kan, so of course there's a price i have to pay la kan kan kan *positif positif*

Maka berterusan la aku buat BSP dan food diary.  So untuk pengetahuan, keperluan BSP ni adalah ambil darah semasa puasa before breakfast, 2 jam post breakfast, 2 jam post lunch dan 2 jam post dinner.  Target sugar before breakfast is 3.5-5.3, post meal antara 4.0 - 6.7mmol/L.  kalau nak lagi rajin boleh ambil fasting before bfast, before lunch, 2 hrs post lunch, before dinner, 2 hours post dinner dan pre bed....agak2 dalam 6 kali sehari which cost about RM10.56  ye. 1 kotak glucose strip berharga RM44 ye, bersamaan satu strip berharga RM 1.76....hurm.....so terpulang la nak buat berapa kali dalam sehari bergantung pada bajet sendiri.

So far, berdasarkan self monitoring blood glucose yang ku buat, kebanyakannya adalah normal, alhamdulillah.....cuma ada 1 reading je dalam beberapa hari monitoring ni yang sugar ku mencecah lebih 7.0 selepas 2 jam makan....the highest is 7.8, not more than that. so now mmg aku dah ubah pemakanan ku, dah x de air manis lagi dah, dan cuba memilih makanan hi fiber dan high nutritional value....yup ai yakin, inilah hikmahnya dari apa yg berlaku, supaya ai  makan lebih sihat dan lebih berkhasiat.

Ok, nanti ai sambung ttg diet terkini pula ye.....nak sambung kerja dulu.... :)


Baru lepas minum 75g glucose for OGTT....test utk confirmkan samada ada gestational diabetes or not.  seriously,dgn perut yg lapar sbb perlu berpuasa dan diberi minum air gula yang manis semanisnya....perut ku tgh huru hara now,tekak pun kembang..nk muntah!!!!!tapi kena tahan,sbb if muntah kena repeat balik,oh tolong,cukuplah sekali.....x ku larat nk minum lagi!

Lepas ambil air gula ni,i have to wait for 2 hours,then check blood lagi sekali. Normal level sepatutnya after 2 hours post ingestion is 7.8.....berharap sangat level my blood glucose lesser than that......bantulah aku ya Allah....

Minggu ni dah masuk minggu ke 27 of my pregnancy, heheh baru dapat mengapdet blog. seriyes, ai sangat2 la nak menulis n mengapdet my journey spjang pregnancy ni, tapi entahlah.....mainly ai rs tempat terbest utk update blog adalah di PC, not ipad apatah lagi my galaxy note. kalau update di ipad x dpt nak upload gambar, if di galaxy note plak bila upload gambar tak boleh nak edit or tukar horizontal plak....kesimpulannya mmg tak best la, guna PC je best. but if di tmpt keje, mana ada masa nak berlama2 dpn PC since my job scope adalah di wad. thats y laaaaaama sangat baru berjaya menulis....ececeh panjang bebenor explanation, mcm ada org kisah kak ooi???


Di minggu2 yang terus mendatang yang makin memboyotkan perut ku, ku digemparkan dgn berita ku ad GDM!!!Oh no....mmg benda yang paling takut dah berlaku, yang paling ku takuti tapi x buat apa2 pun nak jaga....belasah je ai makan benda2 manis sblm ni. Alkisahnya, ai ada bukak buku pink antenatal di Klinik Kesihatan Sri Rampai hari Khamis before ke HK which is on my 24th week preggy. Ada la janji dgn nurse ni time previous check up untuk buat OGTT di PPUM n bw resultnya saja ke KK. tup tup rs malas la pulak nk buat OGTT (jgn tiru mcm saya ye) ...so juz bw result GCT, tp telah ditolak mentah2 oleh misi2 ni...katanya, x valid!amboih suka hati je ye! Last2 ku akur buat OGTT keesokan harinya di KK ai check perut tu...erkkkk x dapat nak escape lagi! so esok ku datang berpuasa, ambil darah, minum air berisi 75 g glucose, tunggu 2 jam n check...yarkkkkhhh air gula kat sini serius x best, nak muntah aiiiii,nyesal tak buat di PPUM sbb air gula PPUM best, rasa lemon. ok...habis citer tu....Ahadnya ku bertolak ke HK dan bersuka ria tanpa ku ingati lagi pasal OGTT ni.

Rabu, 19 Jun....datang ke PPUM untuk antenatal check up.....jgn tak tau, Klinik kesihatan ku pergi, PPUM ku pergi, pas ni ke PUSRAWI pulak akan ku pergi....semangat k ton check perut!!!ok, time tgh tunggu giliran dapat phone call dr KK seri Rampai " puan, result OGTT dah ada 4.5/7.8..kena buat BSP la puan" adoi...dah berapa minggu baru nak bgtau aku nyer OGTT tinggi, apa daaaaa kalau check PPUM ptg dah dapat trus result! Ok...last2 Dr O&G PPUM pun meminta ku untuk repeat pulak OGTT di PPUM this coming Monday...katanya, u mmg ada GDM! huk huk huk...sedey nya....padan muka!makan x beringat, jeruk, air manis, teh tarik, kek, ais krim, coklat mmg ku belasah hbs2an.....tepuk dahi jap....sila mula berdiet ye Pn Dietitian!

so now, dah mula buat food diary n rekod blood sugar profile guna glucometer pinjam dr my senior pn rafidah....nnt ai cerita lagi mcm mana pula trend resultnya sbb br buat 1 stgh hari......sambung lagi....daaaaa

ha ni lah benda alah glucometer tu...sakit dah hjg jari ni kena prick :(

Here we are.....in the heart of Bangkok....swadikhaaaaa!!
Trip kali ni sebenarnya mengikuti husband yang berurusan di Bangkok,bukan senang nak pujuk hubby utk bersetuju mmbawa kami bersama tau,pujuk n pujuk n pujuk n pujuk n pujuk akhirnya hubby ckp ok,hihihihi :-) ..... So here i am!!!
Kami dtg menaiki penerbangan air asia (apa lg yg plg murah kan?) waktu malaysia 1145 am,pjalanan mgambil ms selama 1jam 55 minit,we arrived at 1.05pm waktu Bangkok,which is 1 hour behind waktu malaysia.

Upon arrival,cari teksi n check in.we stay at pathumwan princess hotel bersebelahan shopping mall n lain2 attraction di sini,hotel bi sgt2 convenient x susah nk cr teksi n nearby to skytrain.

Lepas solat (kat hotel x ada penunjuk arah kiblat,lucky ai x lupa bwk kompas kiblat),setel keperluan anak2 kami plan nak ke Madame Tussauds,tmpat patung wax.its also nearby,just a walking distance from our hotel,berada di bangunan Siam Discovery tapi sayangnya,terlupa yg tiket that we bought online valid only for entrance before 12pm.....huhuhuhu......mcm mn bleh x perasan da mr hubby!? So end up just jln2 dkt MBK shoppoing mall n as usual beli mainan bdk2 la just utk pujuk diorg from making any fuss.For information,we bought safety harness for our kids,pakaikan pd amir so that we can control his movement,but he is extremely angry....heeee mngamuk x ingt....but we have to sbb budak ni,ya rabbi....sgt la aktif,mcm lipas kudung tau.x leh imagine if hilang....nauzubillah!

So jalan2 n cari makan as well.ada 1 muslim restaurant kat mall ni,di sinilah kami end up with our dinner.n i tell u what,tomyam dia mmg super superb,yummeh!!!imran makan dgn banyak....suka ai tgk!malamnya kami just pusing2 sket naik teksi,dr our are pathumwan,kami ke sukhumvit....melihat malam di bangkok yg i think......serabut,sesak,traffic jam n ada jualan di merata2 tmpat.heeee bangkok is not a good country la....mmg jauh bagus malaysia. Thais x pandai english tau so jgn nak mngada2 ckp english dgn grammar sempurna kat diorg,driver teksi x paham.....kena ckp sebutir sebutir......hehehehew but for me i'm ok je.siapa ckp nak maju kena pandai english???malaysia je ngada2 nak buat syllabus n exam in english,poyo betul!!!

Ok....so today,byk aktiviti menanti.....nak visit Madame Tussauds again,Siam Ocean di Siam Paragon....laSt but not least...shoppppiiiing!!!!!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Assalamualaikum...

Bicara bermula dengan ucapan Alhamdulillah.....akhirnya ai disahkan bakal mendapat anak ke 3
senyum abi sampai ke telinga...hehehehehe
senyum umi lagilah....lebih dari telinga....tapi bila sampai ke tahap teringat2 masa pregnant yang panjang, start contraction, menge 'push' dan berpantang yang merangkumi proses bertungku, berbengkung, takleh keluar jalan2 sampai berminggu-minggu...senyum umi jadi sumbing sket....huhuhuhu
ngeeee umi oh umi.....tak senonoh betui!!!

Usia kandungan pada hari ini adalah 7 minggu, ramai kawan2 yang tanya made in mana ni?hahaha tergelak besar ai, jawapannya made in malaysia lor.  Sampai hari ini, ai tak de morning sickness yang teruk2 lagi....cuma rasa sedikit loya2 especially time balik kerja dan perut yang sentiasa berangin....tapi semua simptom ni biasanya worsen hala ke petang nak balik kerja, sepanjang di tempat kerja mmg rasa sihat, bertenaga macam x ada apa2 yang berlaku.  kesian kat anak2 n suami, balik rumah melepek je....nak masak pun x larat .....

Berat terkini adalah 55 kg, hui berat tu.....before pregant biasanya 53 to 54kg. Teringat zaman anak dara, berat ai 47 kg je, lepas dapat amir berat jd 52, lepas dapat A'imran jadi 54kg.....lepas dapat no 3 jadi 56kg kah????oh my weight.....

Semoga kali ni ai akan sihat2 aje, juz like before, time mengandungkan amir n imran, energetic sampai bersalin. tak de sickness, x de complication dan yang penting takutnya if dapat GDM or eclampsia....Ya Allah aku mohon lindungilah aku n baby ni.  Dan harapannya agar baby ni baby girl.....heheheheh Amin....


I'm with a'imran in paeds clinic now

He's havimg watery eyes and fever since yesterday evening

I hope its not conjunctivitis....owwh...that virus attack memangla seksa....once someone in the family have it,it will definitely spread to other member of the house

I remember the same disease i had last 2 years

It began with a'imran jugalah

Spread to me n luckily,Alhamdullillah....with the help of Allah,virus tu tak infect others but me,i have to go MC 4 2 weeks....waaaa long mc betul

I remember i use melaleuca disinfectant spray n dettol antibacterial hand gel

Ai spray all over the house everyday,every place me n a'imran sit,everything that we touched n we sleep separately

2 weeks of difficulties,imagine....i cant kissed n hugged amir,a'imran n their abi....huhuhuhu.....conjunctivitis...mmglaaaaaaa

Hopefully today,that bad memories will remains as past

.....please Allah....jgnlah conjunctivitis again

This time,a'imran manifest agak mengelirukan

His eyes tak merah,just watery but now no more

Upon woke up mmg penuh tahi mata n he couldnt open his eyes, need to wipe dgn tisu basah baru la boleh buka

Obviously,nmpk macam conjunctivitis

But untill now,his eyes tak continously watery....x merah as well....thats y i hope its not conjunctivitis

Dan klinik ni mmgla....lamanya akak tunggu x sampai2 turn lagi

Ramai betul kanak2 yg sakit,batul demam n bagai....risau pulak akak dok lama2 sini

Elok sakit sket kang jadi bertmbh sakit lain pulak kang

Am still waiting for hubby juga....lapar.....

Perut da menyanyi keroncong,gas dah buat akak bloated.....owwh...cptla sayang datang n saves me!!!!

Published with Blogger-droid v2.0.9


Ohhhh....menitik mata mendengar dan membaca bait2 puisi ini.....


Wahai, manusia yang sudi mendengar !
Tahukah engkau bagaimana rasanya...
Dikandung oleh seorang ibu yang membenci kandungannya ?
Apakah rasanya bernyawa di dalam rahim perempuan yang sedang berkira-kira untuk membunuh anaknya ?
Apakah rasanya terbentuk daripada dosa perzinaan yang jelik ?
Apakah rasanya menjadi bayi yang tidak diakui hak keturunannya ?
Aku telah dikeji sejak dalam kandungan.
Aku telah dihina sejak manusia mengetahui kewujudanku.

Hanya Allah Yang Maha Tahu...
Betapa takutnya aku untuk lahir ke bumi.
Akan adakah manusia yang menyayangiku ?
Akan adakah insan yang melindungiku ?
Akan adakah orang yang mengazan dan mengiqamatkan aku ?
Aku tidak bersalah.....salahkah aku untuk mendengar seruan agung daripada adzan dan iqamat ?

Aku akan tetap lahir juga...
Tapi lahirku tidak sama seperti kawan-kawanku yang lain.
Mereka disambut....sedangkan aku amat takut.
Mereka dihias pakaian baru yang comel....sedangkan aku dibungkus dengan plastik hitam.

Mereka tidur di atas tilam empuk yang wangi.....sedang aku akan bakal dihumban ke dalam tandas yang busuk.
Mereka ditunggu dengan nama yang baik-baik....sedang namaku hanyalah sumpah seranah.

Tolong....tolong....tolong....
Dimanakah pembelaku ? Dimanakah pelindungku ? Kemanakah pelarianku ?
Tolonglah manusia.....ada binatang menggigitku, ada anjing merobek kulit dan dagingku!

Tolonglah manusia....aku kelemasan dalam ruang yang gelap ini.
Aku amat sejuk ! Aku kehausan ! Aku lapar ! Aku takut !
Aku keseorangan....memang beginikah dunia ini ?

Wahai, Allah ! Ambillah aku kembali....biarkan aku pulang ke hadrat-Mu Ya- Allah....aku tak sanggup tinggal disini.
Menanggung dosa perempuan yang tidak akan sekali-kali ku panggil ibu.
Menanggung dosa lelaki yang aku haramkan lidahku memanggilnya ayah.
Aku ingin pulang ya Allah.....Kasihanilah aku....Wahai Yang Maha Mengasihani.

Kepada yang sudi mendengar,
Kutitipkan kata-kata ini...
Sebelum alam yang menyiksakan ini ku tinggalkan.
Jadikanlah diri kalian pembela dan pelindung.
Penyelamat dan rahmat kepada semua lapisan umat ini.
Jangan biarkan ramai lagi yang senasib denganku.
Ia terlalu pahit dan sukar untuk ditanggung oleh insan selemah aku.
Ia terlalu pahit dan berat untuk dipikul oleh bayi kerdil sepertiku.
Tegakkanlah amar makruf dan nahi mungkar.

Nukilan Rasa: Ustazah Norhafizah Musa.


Dipetik dari Buku Dari Lubuk Hati Ibu.


Baru smpai dr kuantan,Alhamdulillah....sempat tgk anak saudara baru sebelum btolak ke bangkok mggu dpn.
Another boy in the family,still can't memorize his name,but for sure his name is mohd iffat r*** ...hahaha that part yg x ingt....sooner or later leh ingat la tu...

Really impress with my sis's story
Sbb ai tak pnah rs sebegitu senang sakit bsalin,thats y i impress with her story
In labor pain cuma 3 jam,bb ni beratnya 3.5kg dan dilahirkn normal....phewwww

Y ye??adik2 ku smuanya bbnya besar2,patut aku jeles ke?amir beratnya 2.7kg,sakit nak mengeluarkannya more than 24 hours sedangkn imran cuma berat 2.4kg dan sakit nak keluarkn selama lebey kurg 5 jam....

I'm happy for my sister's happiness....for sure
Semoga iffat membesar jd anak yg soleh
Mewarisi nama baik keluarga....aminnnnn

Layanla gmbr2 cucu my parents......amir,imran,haziq,danish n wafiah.....sarah not in pict sbb balik ganu

Published with Blogger-droid v2.0.9

testing testing blogger app
now nutrition support meeting......waiting for dr pok n dr lau n other MO
Cepat la semua...ai lapaqqqqqq!!

it's January the 3rd,2013......how time flies.....


Still x boleh nak percaya sepenuhnya yang sekarang dah tahun 2013....cepatnya. sangat2 cepat masa berlalu itu je yg mampooo ai komen.
Tahun ni makin ramai kawan2 yang anak2nya masuk darjah 1,seronok tgk mak2 n ayah2 yg eksaited tu.Amir,tahun depan masuk darjah satu dan tahun ni dia masih maintain di tadika yang sama, tadika Aktif Gemilang Jalan Kent.  Sebenarnya hajat di hati nak keluarkan dia dari sekolah tu, entahlah...sekolah ni macam x berapa islamik...heheheh. Upon entering 6 years old, amir still belum mampu utk membaca n mengaji.  Partly ku akui ni semua salah aku, rasanya kurang la menumpukan perhatian pada Amir. kurang ajar dia baca. Tapi bukan aku x cuba cuma style belajar membaca sekarang bukan sama macam dulu...diorg bc teknik phonic....ohhh sungguh la berbeza dari style aku belajar dulu2.pernah try ajar guna teknik tu tapi mcm x menjadi je.....heeeee sbb cikgu2 yang ngajar tu semua pergi kelas dulu kan,aku nak terjah ngajar mesti x dapek...huhuhuhu. Bab mengaji pun sama, diorg diajar guna teknik Qiraati...mana tau teknik tu...owhhh.  Bila ajar amir guna muqaddam, da da blur blur....mmg x sama....last2 end up soh dia dok baca fatihah, ayat qursi n 3 qul je, ulang2 hak tu le yang ku ajar.

ok....rasanya in 2013 kena lebih series dalam perkembangan sekolah n pelajaran anak2...kena tumpukan lebih masa, perhatian dan tambahkan tenaga dalaman.  serius, jd ibu nowadays mmg sangatx1000 challenging, nak jdkn mereka berilmu dan bersahsiah at the same time.  Kena kurangkan exposure to gadget bukan sahaja buat anak2 tapi utk mak bapak as well.  Alhamdulillah, kitorg dah berjaya eliminate astro ceria dari hidup anak2...they didnt complaint much, which is Alhamdulillah. But they divert their attention to iPad, yg semestinya sama bahaya dgn TV. so in 2013...me n hubby both kena betul2 kuat n disiplin kan diri. semetinya if we all too attached dgn gadget anak2 pasti akan meniru....

Just to say it out loud my resolution for 2013 :
1.  Hantar amir n imran to Da Vinci Kids to occupy their time and divert them from TV n Video Games.
2.  Cari seorg personal ustazah, ajar amir n imran mengaji n bahasa Arab sekaligus.....me oso wanna learn Arabic!
3.  Ajar naik beskal n swimming....ngeeeeee
4.  mau lebih proaktif......kurangkan shopping, ikat nafsu ketat2 supaya x sibuk nak berbelanja je....nak kumpul duit manyak2!!!!!
5.  balik keje on time!!!itu penting, maknanya ilmu kena perhebat supaya x spend masa lama sgt nk setelkan satu2 kes.

dan ibu segala azam2 di atas adalah.....tingktkan ketakwaan pada Allah.
Once Allah dalam hati, semuanya akan jadi mudah semudahnya....yakin!
My Amir Hamzah....he loves drawing n yelling n shouting n very active kind of budak.  Boleh lari2 x henti2 dari pagi sampai malam ok!!!!


now lets look at a'imran...bdk manja terlebey yang buat ai cair tak hingat!!!tak puas cium n gomol dia hari2!

hope thn ni ada rezki bb gal...Amin...rindu sgt nak rasa mengandung lagi sekali.... :-p