Dah 20 hari berlalu since peristiwa itu .......
Peristiwa bersejarah, hari my 3rd boy was born....huh sungguh sadis
Alkisah, aku masih pergi bekerja macam biasa pada siangnya dan siang2 sebelumnya, mmg terasa contraction yang ringan2, tapi x la sampai tahap x leh buat kerja, its more to Braxton Hicks Contraction je. Ada juga yang menegur kenapa suami tak hantar dan ambilkan, tapi pada ai, as long as ai boleh jalan, kenapa nk menyusahkan suami kan kan...its not easy for him, kena bangun sangat awal untuk pastikan dia dapat masuk office on time lepas hantar ai, and i dont think dia sanggup berkorban tidurnya....huhuhu and me juga :p
Dijadikan cerita ai tersangatlah mengidamkan si raja buah, the durian....ohhh sangat2 nak yang tak tertahan2. Selama pregnat mmg takut nak makan durian sbb ditakut2kan oleh en suami, nnt beranak awal.....takut jugak den dapat anak pre term, so telan ayaq liur dan bau je la bila tgk org mkn durian berbiji2, tapi skarang bila dah term rasanya kalau asbab durian bb nak keluar, keluar je la,mmg dah term pun kannn. Makanya, pada hari Khamis bersamaan 5 hb September, seorg hamba Allah yg sangat baik hati telah membelikan ku durian crepe dari sebuah kiosk durian di KLCC......ada 6 keping, ai ngap 3 keping je kot, 2 bagi natasha n hubby (diorg puasa hari tu), 1 bagi fini. Selepas gembira menikmati durian crepe, siap merancang esoknya nak ke Mid Valley cari durian kat Jusco dan crepe lagi....almaklumlah, esok kan Jumaat, hari jalan2 Mid Valley gitu! Kalau org dengar betapa aku nak kan si durian ni mesti kesian, seolah2 macam x ada suami je nak melayan keinginan durian ku ini, tp mmg en suami ku x nak layan carikan durian....so ai kena la usaha sendiri...huhuhu :)
Menghampiri minggu2 terakhir pregnancy mmg la ai asik emo je, asik merajuk je dgn en hubby.....sampai naik serabut en hubby ku tgk, tp nak buat mcm mn kan. Mlam befote beranak tu pun mmg ai tido dalam keadaan merajuk dgn cik abg....nangis2 lagi sebelum tido.....sadissss. Tgh syok2 tido, tetiba terjaga, sakit perut....time tu pukul 1.30 pagi, semua tgh syok tido, ai rasa sakit perut ni macam contraction betul je, tapi relax dulu, x nak kejutkan hubby sbb ai kan tgh merajuk time tu. Then sakit lagi, mcm contraction lebih tetap, dalam every 5 minutes. Ok...ai terus menahan, tetiba rasa mcm nak membuang ayaq besar plak.....ok, rupanya sakit perut nak membuang rupanya...kata ai dlm hari. Selesai membuang cuba nak tido balik tetiba rsa macam ada air keluar....alamak, water bag pecah kah????Masuk balik dalam toilet check, rupanya ada spot fresh blood dkt seluar. Sah! mmg nak beranak ni!Tgk jam pukul 3 lebih kurang...heeee kena juga la kejutkan en hubby.....pantas en hubby bersiap, ambil itu ini utk pergi spital.....:)
Sampai hospital pukul 4 pagi, lapor diri di A&E Hospital Pusrawi, terus dibawa ke labour room. Anak2 awalnya tgh tdo hubby angkut dgn twin stroller dah bgn tp masih ngantuk, so dok diam2 je la diorg dlm stroller. Hubby nk cari bilik single so that boleh tingglkn ank2 kt bilik while dia nk temankn ai di labour room tp malangnya single room x ada, yang tinggal hanya bilik super deluxxe berharga RM500++ :-o OMG!!!disebabkan tiada pilihan, hubby ambil je bilik tu, dia tingglkn anak2 di bilik, biarkan diorg main iPad dan datang ke labour room temankan ai yang tgh sakit.
Alkisah ai di labour room, dipakaikan CTG dan misi pn check jalan ku, baru 2 cm rupanya...mmgla sakit masih tak terlalu kuat, walaupn dekat2 sela masa ant satu contraction dengan contraction lain. Sambil menahan sakit dan CTG berjalan, ai asik dgr bunyi alarm yg kuat bila ada contraction, nurse dtg check sambil muka kerut2, suruh aku pusing knn la, kiri la, terlentang la utk dapatkan bacaan CTG yg memuaskan hati kot. Aku x tau apa masalahnya, rupa2nya, everytime contraction heart baby drop, itu yg alarm tu maksudkan.....risau nya....dalam kepala terbayang....C-Section, fetal distress,takutttt. Dari pukul 4 pagi menginjak pukul 7 pagi, bacaan CTG masih x cantik, lepas ke bilik air ai dapat rasakan air yang semakin banyak meleleh keeluar dari Ms V, pada masa yg sama Dr Asmah pun sampai. Dia terkejut sbb air yang keluar dr Ms V sebenarnya cecair amnion bercampur najis baby (meconium) dan servik baru terbuka 2cm, Dr Asmah ckp still x matured dan lambat lagi nak menunggu ke full opening. Cepat2 dia minta call en hubby utk sign surat kebenaran pembedahan...I'm going for an emergency C section!!!benda yang paling menakutkan, yang paling aku doa hari2 supaya tak berlaku akhirnya...nah,bakal ku hadapi juga hari ni.
Persiapan ke OT segera dilakukan, nurse pasangkan CBD (beg air kencing) fuh giler la sakit dan peritnya!Then transfer ke OT. Anaest datang dan terangkan prosedur epidural dalam keadaan kumenahan contraction yang semakin kuat....ai diminta duduk melunjur sambil peluk bantal, lepas 3 kali cucuk di bhgn epidural, terus hilang contraction, rasa lega....fuhhhh. Then ai dibaringkan dan di 'naked' kan, yg tinggal cuma kain menutupi dada dan ke atas semata2, adeh,giler malu siut.....dan lepas tu ditutup dengan lapisan2 kain meninggalkan hanya perut ku untuk dikerjakan. Dalam hati, nervousnya Allah je tau, terkumat kamitla ku membaca doa2 menenangkan hati. Dr Asmah pun memulakan proses, rasa kebas dan sakit sikit, diorg asyik tanya, sakit x, bila ai ckp sakit, anaest tambah ubat tahan sakit thru IV....Dr Asmah terus menggodek2 perut, melapah dari satu layer ke layer seterusnya hingga sampai ke uterus. Bau hangit daging bakar menyesakkan hidungku....erkkk. Then proses terakhir ditekan2 perut ku dari atas untuk tolak baby ke bawah dan tiba2 kedengaran suara baby menangis....lega ...Alhamdulillah. Lepas baby dibersihkan sikit diorg letakkan baby di dada ku dan minta baby latch on to my breast...heeee what a moment.....tgk my baby yg kutunggu selama ni, dan yang paling penting dia ok, coz bila dia nangis means dia ok la kan...heheheh
Secara rasminya, my baby boy was born on Friday, 6th September 2013 @ 8.15 am. Dengan berat 2.67 kg dan kepanjangan 52 cm, ku namakan my next son dengan nama Akmal Hafiyy Bin Ahmad Muzri, syukur Alhamdulillah, walaupun Allah tak perkenankan kesemua doa2 ku tapi sebahagiannya Allah dah perkenankan...TQ ya Allah.... :)
Welcome to our family my lil khalifah :)