adik A'imran bley balik ari ni....yeay,beshnya!
Malam tadi A'imran kembung teruk,keras betul perut dia.menangis sengat teruk samapai hampir hilang suara.mula2 nangis pukul 1 sampai dekat pukul 2 baru tido,itupun bawak jenjalan kat luar sampai lenguh la tangan mendukungnya. lepas tu pukul 3 jaga dan menangis lagi, SN kasi ubat angin,then tido,tapi cuma bertahan sampai pukul 5 je...then jaga balik n menangis lagi.SN kasi lagi ubat angin then tido smpai pukul 6 then bangun nangis balik.adoi....ngantuk umi dan penat memujuk tapi tak jalan.pulak tu aku tak ada minyak angin coz hubby terbawa balik.hurm...haru btul sbb A'imran tak pernah nangis lama dan bersambung2 cenggini sebelum ni.

pukul 6 lebih aku call en husbnd,mtk tlg dtg jugak skarang bawak minyak yu yi....pas husband sampai dlam kol 6.30 sapu2 perut dan kaki A'imran,dia pun lega dan tido balik....tapi episod nangis ni tak habis lagi coz after that dalam pukul 7.30 pagi bagi nebulizer dan dia meraung2 lagi....adoi...tak larat betul umi dengar suara adik A'imran nangis.

pagi ini,Dr Ruzini dtg dan tgk adik.dia ckp kembong semalam sbb antibiotik, kahak tu da pecah and masuk ke perut buatkan rasa tak sedap perut.dan dia ckp jugak,paru2 adik dah bunyi sedap (macam mana sedap tu yer?) dan boleh discharge ari ni....heheheh gembiranya!
pendapat aku,dok spital ni walau relax je...main2 tenet bila A'imran tido,makan2 then join A'imran tido bila rasa boring,tapi tetap tak sebest macam dok rumah.Walau kat umah keje melambak kena buat tapi tetap best,buat aku menghargai keluarga dan rumah ku yang tak sberapa tu.rumahku sesungguhnya...syurgaku...huhuhuhu



A'imran oh A'imran....At 7 months old....still tak boleh duduk independantly , buah hati umi yg comellllll sangat....geram!

u all rasa ni gambar apa?ni view dari tepi Hospital Pusrawi, dan merupakan kolej ku dulu,Kolej Tun Syed Nasir,UKM KL...heheh berjiran pulak.time aku kat UKM dulu,hospital pusrawi ni tak wujud lagi.Notice betapa buruknya building kolej ku!

saya sekarang suka menjadi menjadi pembaca dan pemerhati dalam arena blogging ni. mmg saya sangat rajin mengikuti blog2 faveret tapi nak mengupdate blog sendiri...alahai malasnya. sebabnya saya tak rasa saya mampu menulis dan meraban dlam blog kalau feelnya tak ada (eheheh mesti korang cakap macam bernas sgt je isi kandungan blog ku itu,aahh whateva lah!blog ku ku punyer sukes la kan!)

skarang aku ada sangat2 baynyak masa so bolehlah aku mengapdet blog ni. isu peng'apdet'anku,semestinya pasal anak2 ku....buah hati pengarang jantung ku.isu yang sentiasa hangat untuk mami mami sekalian sekarang adalah kesihatan anak2,itulah yang aku nak tulis ni!aku wonder,zaman dolu2 anak2 ni mudah sakit gak ker?atau segala penyakit ni hanya banyak muncul di zaman menghampiri akhir zaman ni?



now,A'imran warded @ Hospital Pusrawi.Diagnosis Dr adalah bronchiolitis.aku bermalam di spital meneman A'imran, husband plak meneman amir kat rumah....jelesnya!how i wish A'imran tak perlu warded begini...how i wish this weekend dapat berada di kuantan bersama kecintaan ku yang lain.....sesungguhnya Allah sedang menguji kami sekeluarga.....cepat sembuh ye sayang..;(keadaan skarang mebguji ku apabila tengok A'imran menangis sekuat2nya bila diberi gas untuk cairkan kahaknya yang Dr cakap tersangatlah banyaknya.sangat sedih tengok A'imran memandang aku sambil menangis sekuat hati seolah2 cuba menyampaikan "tolongla Umi,tolongla jgn seksa A'imran begini".mmg sadis dan tak sampai hati tapi terpaksa la demi nak cepat A'imran sembuh.walau macam manapun aku ttp bersyukur, kalau nak dibandingkan terlalu ramai ibu bapa yang diuji dengan ujian yang lagi dahsyat,yang lagi menduga keimanan mereka.toksah citerla di PPUM nun,time aku kena cover paeds mmg rasa nak nagis sgt2 klau pergi ke wad NICU...tak sanggup kalau aku yang menjadi ibu salah seorg pesakit di situ.semua kritikal,bersabung nyawa.yang penting kita semua selalu lah mendoakan anak2 kita yer,mudah2an doa ibu akan dimakbulkan oleh Allah.AAAmmin...



ada yang hepi dgn admission ke hospital ni.Amir menghlgkan borringnya dengan enjoy dalam playroom ward.asalkan amir hepi ye nak...




ini gambar pesakit.cian asyik nangis je...menganggu jiran sebelah iaitu baby 2 bulan yang senyap je.walau si A'imran ni meraung n menangis habis2an,sijiran tetap steady tidur.cayalah!




berkelubung kesejukan,sampai menggigil bibir anak umi ni.so umi mengambil inisiatif membalut sebalut2nya anak umi yang kesejukan itu.


mencari abang Amir yang hilang....aktif betul mulut,tangan dan kaki....sama aktif...huih letih!


macam happy je masing2...dah nak wat macam mana lagi!




ni time mula2 masuk.Dr set line iv adik...alhamdulillah, sekali cucuk dah kena vein adik.


mudah2an cepatlah adik A'imran sembuh k....cayang adik!mmmmmuahs!




About Me

My photo
::i'm a mommy of 2 sons:: ::a faithful wife:: ::a humble and simple woman:: ::who look for inspiration:: everytime and everywhere

From The Corner of My Heart

the medium where i will express my deepest thoughts, and feelings about love, life, career, and family...because that's what matters to me...