Rupanya my last post was in 2015.
How many things have change. Too many things.
And I am becoming 38 this year, just 3 months away.
My growing boys.....Amir is now in standard 5, the super duper challenging busy and hati bagai besi kind of son he is now. A'imran is now in standard 3, soft hearted, talkative tapi mulut ai tak leh tahan, kalau bergaduh dengan Amir mmg segala Bahasa keluar dari mulut dia. This morning mulut dah kena slapped dengan abi...but he is so easy to handle. Reason why his mulut become like that is becoz of Amir, always challenge us dengan perangai yang ya Ampun.....ai n Imran memang seriously tak leh tahan.
Akmal, now 5 years old. My baby....my buddy, my manja boy...he is...my entertainer and lovey dowey baby. But now pun dah kuat jerit2 macam abang, garang kemain macam Imran.
Ok...enough intro in 2018. Just wanna recap my growing years, since the last time I wrote here. hehehe, mmg blog ni bersawang tahap gua👧👧👧
Lucky this year,cuti hari pekerja jatuh hari jumaat dan isnin pula jatuh hari gantian untuk Thaipussam...so alltogether cuti jadi 4 hari...wow...best kan😊😊😊
Dijadikan cerita perjalanan we all pulang ke kuantan bermula hari khamis,gerak dalam pukul 930 dr rumah. Heheh hari nk balik,hari tu mengemas segala...mananya x lewat bertolak. Dijadikan kisah,sebelum bertolak balik we all kena singgah ke ofis encik asben dulu...mengambil beg sandang yg tertinggal. So agak2 dlm 10 bergerak ke kuantan...jem da teruk dari susur keluar duke ke gombak. Ai pula mmg mengantuk bebenor...br je gerak dr ofis asben di klcc ai da lelap...hahaha apakah???sampai di gombak buka mata dan tgk jem...ai smbg lagi tidur,mmg beberapa kalila dok jaga lepas tu lelap semula....kesian en asben....rupa2 nya jem dr susur keluar DUKE ke gombak sehinggalah karak. Kesian kan...meredah jem sensorg, co driver berkroh tidur...x patut,sungguh x patut....
Dalam tengah syok tidur tu ai terjaga...nampak partner sebelah pn tdo,terkojut den. Rupanya en asben berhenti di Hentian R&R Temerloh sbb bawa kereta da terhuyung hayang,mengantuk sangat katanya. Sempat la we all tidur berjemaah di R&R dari jam 1.30 sehingga 3.30 pagi...heheh
Last last sampai kuantan pukul 4.30 pagi....ngantuk sampai tak larat ketuk pintu rumah ma..we all sambung tido sampai pukul 5.15 pagi br call my brother suruh buka pintu.
Well...ni pengalaman pertama we all balik kg lewat malam mcm ni. Teruk...mngantuk x dapat nak ditahan2. Memang bahaya dan x sesuai betul!!!Alhamdulillah we all selamat sampai ke pangkuan keluarga😊😊😊
Me...yg selalu having trouble with my 2 growing boys...they never listen to me
No matter how garang i am...no matter how much i pujuk elok2 with soft voice, they just wont listen ...i dont know how to talk to them....plus amir mmg pandai bagi words yg menyakitkan hati...seriously rs nk menjerit until top of my lungs sambil belasah amir ni!!!!rs nk bertukar jd monster saaaangat2!!!!berlari sana sini x nk dgr ckp....asyik nk pujuk2 n nego bribe itu ini buat ai letih ok....grrrrrr
*penat mekap cantik2...end up muka berubah hijau jd hulk!
Buat shopping mall jd playground, org pn berbulu je tgk...
Syukur....diizinkan Allah menghadiri birthday my colleague's doughter,Alia Sofea. After amir dan imran settle kelas art di Da Vincci Kid around 330pm, we all terus bertolak ke shah alam. Before that sempat ke KL Festival City Shopping Mall cari hadiah for birthday girl. Betul-betul x tahu nak beli apa, toys?mesti sofea da ada banyak toys, banyak sangat nnt x termain. So after masuk baby boutiques, kaison dan Anakku, then last tempat is Parkson. Akhirnya berkenan beg galas yg kecik bertemakan frozen. Oh my...banyaknya frozen kind of thing kt sini. Hopefully sofea n mommy sofea boleh utilize beg ni, bawak ke school or when outing.
Few pictures semasa majlis birthday with colleagues yang best sangat. Semuanya baik hati dan saling sayang menyayng antara 1 sama lain....syukur diberi org2 yg baik dlm hidup. Semoga ukhwah kita akan terus berkekalan.....aaaamin.....
Dah 20 hari berlalu since peristiwa itu .......
Peristiwa bersejarah, hari my 3rd boy was born....huh sungguh sadis
Alkisah, aku masih pergi bekerja macam biasa pada siangnya dan siang2 sebelumnya, mmg terasa contraction yang ringan2, tapi x la sampai tahap x leh buat kerja, its more to Braxton Hicks Contraction je. Ada juga yang menegur kenapa suami tak hantar dan ambilkan, tapi pada ai, as long as ai boleh jalan, kenapa nk menyusahkan suami kan kan...its not easy for him, kena bangun sangat awal untuk pastikan dia dapat masuk office on time lepas hantar ai, and i dont think dia sanggup berkorban tidurnya....huhuhu and me juga :p
Dijadikan cerita ai tersangatlah mengidamkan si raja buah, the durian....ohhh sangat2 nak yang tak tertahan2. Selama pregnat mmg takut nak makan durian sbb ditakut2kan oleh en suami, nnt beranak awal.....takut jugak den dapat anak pre term, so telan ayaq liur dan bau je la bila tgk org mkn durian berbiji2, tapi skarang bila dah term rasanya kalau asbab durian bb nak keluar, keluar je la,mmg dah term pun kannn. Makanya, pada hari Khamis bersamaan 5 hb September, seorg hamba Allah yg sangat baik hati telah membelikan ku durian crepe dari sebuah kiosk durian di KLCC......ada 6 keping, ai ngap 3 keping je kot, 2 bagi natasha n hubby (diorg puasa hari tu), 1 bagi fini. Selepas gembira menikmati durian crepe, siap merancang esoknya nak ke Mid Valley cari durian kat Jusco dan crepe lagi....almaklumlah, esok kan Jumaat, hari jalan2 Mid Valley gitu! Kalau org dengar betapa aku nak kan si durian ni mesti kesian, seolah2 macam x ada suami je nak melayan keinginan durian ku ini, tp mmg en suami ku x nak layan carikan durian....so ai kena la usaha sendiri...huhuhu :)
Menghampiri minggu2 terakhir pregnancy mmg la ai asik emo je, asik merajuk je dgn en hubby.....sampai naik serabut en hubby ku tgk, tp nak buat mcm mn kan. Mlam befote beranak tu pun mmg ai tido dalam keadaan merajuk dgn cik abg....nangis2 lagi sebelum tido.....sadissss. Tgh syok2 tido, tetiba terjaga, sakit perut....time tu pukul 1.30 pagi, semua tgh syok tido, ai rasa sakit perut ni macam contraction betul je, tapi relax dulu, x nak kejutkan hubby sbb ai kan tgh merajuk time tu. Then sakit lagi, mcm contraction lebih tetap, dalam every 5 minutes. Ok...ai terus menahan, tetiba rasa mcm nak membuang ayaq besar plak.....ok, rupanya sakit perut nak membuang rupanya...kata ai dlm hari. Selesai membuang cuba nak tido balik tetiba rsa macam ada air keluar....alamak, water bag pecah kah????Masuk balik dalam toilet check, rupanya ada spot fresh blood dkt seluar. Sah! mmg nak beranak ni!Tgk jam pukul 3 lebih kurang...heeee kena juga la kejutkan en hubby.....pantas en hubby bersiap, ambil itu ini utk pergi spital.....:)
Sampai hospital pukul 4 pagi, lapor diri di A&E Hospital Pusrawi, terus dibawa ke labour room. Anak2 awalnya tgh tdo hubby angkut dgn twin stroller dah bgn tp masih ngantuk, so dok diam2 je la diorg dlm stroller. Hubby nk cari bilik single so that boleh tingglkn ank2 kt bilik while dia nk temankn ai di labour room tp malangnya single room x ada, yang tinggal hanya bilik super deluxxe berharga RM500++ :-o OMG!!!disebabkan tiada pilihan, hubby ambil je bilik tu, dia tingglkn anak2 di bilik, biarkan diorg main iPad dan datang ke labour room temankan ai yang tgh sakit.
Alkisah ai di labour room, dipakaikan CTG dan misi pn check jalan ku, baru 2 cm rupanya...mmgla sakit masih tak terlalu kuat, walaupn dekat2 sela masa ant satu contraction dengan contraction lain. Sambil menahan sakit dan CTG berjalan, ai asik dgr bunyi alarm yg kuat bila ada contraction, nurse dtg check sambil muka kerut2, suruh aku pusing knn la, kiri la, terlentang la utk dapatkan bacaan CTG yg memuaskan hati kot. Aku x tau apa masalahnya, rupa2nya, everytime contraction heart baby drop, itu yg alarm tu maksudkan.....risau nya....dalam kepala terbayang....C-Section, fetal distress,takutttt. Dari pukul 4 pagi menginjak pukul 7 pagi, bacaan CTG masih x cantik, lepas ke bilik air ai dapat rasakan air yang semakin banyak meleleh keeluar dari Ms V, pada masa yg sama Dr Asmah pun sampai. Dia terkejut sbb air yang keluar dr Ms V sebenarnya cecair amnion bercampur najis baby (meconium) dan servik baru terbuka 2cm, Dr Asmah ckp still x matured dan lambat lagi nak menunggu ke full opening. Cepat2 dia minta call en hubby utk sign surat kebenaran pembedahan...I'm going for an emergency C section!!!benda yang paling menakutkan, yang paling aku doa hari2 supaya tak berlaku akhirnya...nah,bakal ku hadapi juga hari ni.
Persiapan ke OT segera dilakukan, nurse pasangkan CBD (beg air kencing) fuh giler la sakit dan peritnya!Then transfer ke OT. Anaest datang dan terangkan prosedur epidural dalam keadaan kumenahan contraction yang semakin kuat....ai diminta duduk melunjur sambil peluk bantal, lepas 3 kali cucuk di bhgn epidural, terus hilang contraction, rasa lega....fuhhhh. Then ai dibaringkan dan di 'naked' kan, yg tinggal cuma kain menutupi dada dan ke atas semata2, adeh,giler malu siut.....dan lepas tu ditutup dengan lapisan2 kain meninggalkan hanya perut ku untuk dikerjakan. Dalam hati, nervousnya Allah je tau, terkumat kamitla ku membaca doa2 menenangkan hati. Dr Asmah pun memulakan proses, rasa kebas dan sakit sikit, diorg asyik tanya, sakit x, bila ai ckp sakit, anaest tambah ubat tahan sakit thru IV....Dr Asmah terus menggodek2 perut, melapah dari satu layer ke layer seterusnya hingga sampai ke uterus. Bau hangit daging bakar menyesakkan hidungku....erkkk. Then proses terakhir ditekan2 perut ku dari atas untuk tolak baby ke bawah dan tiba2 kedengaran suara baby menangis....lega ...Alhamdulillah. Lepas baby dibersihkan sikit diorg letakkan baby di dada ku dan minta baby latch on to my breast...heeee what a moment.....tgk my baby yg kutunggu selama ni, dan yang paling penting dia ok, coz bila dia nangis means dia ok la kan...heheheh
Secara rasminya, my baby boy was born on Friday, 6th September 2013 @ 8.15 am. Dengan berat 2.67 kg dan kepanjangan 52 cm, ku namakan my next son dengan nama Akmal Hafiyy Bin Ahmad Muzri, syukur Alhamdulillah, walaupun Allah tak perkenankan kesemua doa2 ku tapi sebahagiannya Allah dah perkenankan...TQ ya Allah.... :)
Welcome to our family my lil khalifah :)
Ok....last Wednesday dah buat OGTT kan
Memang mendebarkan, menunggu result keluar.....
After ambil darah post 2 hrs ingestion, balik bilik,sbelum tu sempat singgah di cafe beli nescafe, ku order kurang manis dan nasi lemak with telur mata lembu. 11am sampai bilik dan terus makan, hari ni glukometer tertinggal di rumah so tak dapat nak check brapa my blood glucose before makan ni. sambil2 tu buka lab sistem utk check samada blood result dah keluar belum, tetapi tertulis di situ 'in progress' cuma ada result full blood count yang menunjukkan aku masih anemic!aduhai....Hb ku baru 10.4, naik sket dari time aku 5 bulan, 10.1. Tak pelah....biarkan aja, aku ok je,tak de la penat yang melampau pun......yang lebih utama nak tau result OGTT ni!yang ni betul2 mendebarkan!!!
Fine....habis makan terus ke wad, kena habiskan referral sbb petang ni ada TPN Round at 2.30pm. Sampai di wad mmg la geram sgt nak check result lagi tapi tahan diri, kang kalo tinggi kang tak jd keje pulak ai karang, dok mikir pulak, so cancell...tekad nak check after siapkan patient dulu.
12.30pm : Last patient before lunch, dah buat clerking, tinggal interviewing patient dan buat assestment je, hati dah meronta2...tak tertahan lagi!mesti check sekarang!dan selepas masuk sistem lab....resultnyaaaaa.....
Fasting sugar : 4.4, 2 hours post : 7.8......termanggu seketika. Result masih sama dengan result OGTT di KK, masih borderline....
once dah 7.9, mmg dah confirm diagnosed GDM la aku, Diabetes occured in pregnancy....something which is common tapi implicationnya sangat2 menakutkan kalau x kena gaya!
Alright, whatever it is, aku redha....Allah bagi ujian, mesti ada hikmahnya. Atleast aku tau yang aku kena jaga makan, bukan belasah ikut suka hati ai je!Ada hikmah ni, mesti ni baby girl la ni, Allah bg girl dan uji kesabaran ku, iyelah, dapat sumthing yang mmg ku nak sangat2 kan, so of course there's a price i have to pay la kan kan kan *positif positif*
Maka berterusan la aku buat BSP dan food diary. So untuk pengetahuan, keperluan BSP ni adalah ambil darah semasa puasa before breakfast, 2 jam post breakfast, 2 jam post lunch dan 2 jam post dinner. Target sugar before breakfast is 3.5-5.3, post meal antara 4.0 - 6.7mmol/L. kalau nak lagi rajin boleh ambil fasting before bfast, before lunch, 2 hrs post lunch, before dinner, 2 hours post dinner dan pre bed....agak2 dalam 6 kali sehari which cost about RM10.56 ye. 1 kotak glucose strip berharga RM44 ye, bersamaan satu strip berharga RM 1.76....hurm.....so terpulang la nak buat berapa kali dalam sehari bergantung pada bajet sendiri.
So far, berdasarkan self monitoring blood glucose yang ku buat, kebanyakannya adalah normal, alhamdulillah.....cuma ada 1 reading je dalam beberapa hari monitoring ni yang sugar ku mencecah lebih 7.0 selepas 2 jam makan....the highest is 7.8, not more than that. so now mmg aku dah ubah pemakanan ku, dah x de air manis lagi dah, dan cuba memilih makanan hi fiber dan high nutritional value....yup ai yakin, inilah hikmahnya dari apa yg berlaku, supaya ai makan lebih sihat dan lebih berkhasiat.
Ok, nanti ai sambung ttg diet terkini pula ye.....nak sambung kerja dulu.... :)
Baru lepas minum 75g glucose for OGTT....test utk confirmkan samada ada gestational diabetes or not. seriously,dgn perut yg lapar sbb perlu berpuasa dan diberi minum air gula yang manis semanisnya....perut ku tgh huru hara now,tekak pun kembang..nk muntah!!!!!tapi kena tahan,sbb if muntah kena repeat balik,oh tolong,cukuplah sekali.....x ku larat nk minum lagi!
Lepas ambil air gula ni,i have to wait for 2 hours,then check blood lagi sekali. Normal level sepatutnya after 2 hours post ingestion is 7.8.....berharap sangat level my blood glucose lesser than that......bantulah aku ya Allah....
Minggu ni dah masuk minggu ke 27 of my pregnancy, heheh baru dapat mengapdet blog. seriyes, ai sangat2 la nak menulis n mengapdet my journey spjang pregnancy ni, tapi entahlah.....mainly ai rs tempat terbest utk update blog adalah di PC, not ipad apatah lagi my galaxy note. kalau update di ipad x dpt nak upload gambar, if di galaxy note plak bila upload gambar tak boleh nak edit or tukar horizontal plak....kesimpulannya mmg tak best la, guna PC je best. but if di tmpt keje, mana ada masa nak berlama2 dpn PC since my job scope adalah di wad. thats y laaaaaama sangat baru berjaya menulis....ececeh panjang bebenor explanation, mcm ada org kisah kak ooi???
Here we are.....in the heart of Bangkok....swadikhaaaaa!!
Trip kali ni sebenarnya mengikuti husband yang berurusan di Bangkok,bukan senang nak pujuk hubby utk bersetuju mmbawa kami bersama tau,pujuk n pujuk n pujuk n pujuk n pujuk akhirnya hubby ckp ok,hihihihi :-) ..... So here i am!!!
Kami dtg menaiki penerbangan air asia (apa lg yg plg murah kan?) waktu malaysia 1145 am,pjalanan mgambil ms selama 1jam 55 minit,we arrived at 1.05pm waktu Bangkok,which is 1 hour behind waktu malaysia.
Upon arrival,cari teksi n check in.we stay at pathumwan princess hotel bersebelahan shopping mall n lain2 attraction di sini,hotel bi sgt2 convenient x susah nk cr teksi n nearby to skytrain.
Lepas solat (kat hotel x ada penunjuk arah kiblat,lucky ai x lupa bwk kompas kiblat),setel keperluan anak2 kami plan nak ke Madame Tussauds,tmpat patung wax.its also nearby,just a walking distance from our hotel,berada di bangunan Siam Discovery tapi sayangnya,terlupa yg tiket that we bought online valid only for entrance before 12pm.....huhuhuhu......mcm mn bleh x perasan da mr hubby!? So end up just jln2 dkt MBK shoppoing mall n as usual beli mainan bdk2 la just utk pujuk diorg from making any fuss.For information,we bought safety harness for our kids,pakaikan pd amir so that we can control his movement,but he is extremely angry....heeee mngamuk x ingt....but we have to sbb budak ni,ya rabbi....sgt la aktif,mcm lipas kudung tau.x leh imagine if hilang....nauzubillah!
So jalan2 n cari makan as well.ada 1 muslim restaurant kat mall ni,di sinilah kami end up with our dinner.n i tell u what,tomyam dia mmg super superb,yummeh!!!imran makan dgn banyak....suka ai tgk!malamnya kami just pusing2 sket naik teksi,dr our are pathumwan,kami ke sukhumvit....melihat malam di bangkok yg i think......serabut,sesak,traffic jam n ada jualan di merata2 tmpat.heeee bangkok is not a good country la....mmg jauh bagus malaysia. Thais x pandai english tau so jgn nak mngada2 ckp english dgn grammar sempurna kat diorg,driver teksi x paham.....kena ckp sebutir sebutir......hehehehew but for me i'm ok je.siapa ckp nak maju kena pandai english???malaysia je ngada2 nak buat syllabus n exam in english,poyo betul!!!
Ok....so today,byk aktiviti menanti.....nak visit Madame Tussauds again,Siam Ocean di Siam Paragon....laSt but not least...shoppppiiiing!!!!!!
Assalamualaikum...
Bicara bermula dengan ucapan Alhamdulillah.....akhirnya ai disahkan bakal mendapat anak ke 3
senyum abi sampai ke telinga...hehehehehe
senyum umi lagilah....lebih dari telinga....tapi bila sampai ke tahap teringat2 masa pregnant yang panjang, start contraction, menge 'push' dan berpantang yang merangkumi proses bertungku, berbengkung, takleh keluar jalan2 sampai berminggu-minggu...senyum umi jadi sumbing sket....huhuhuhu
ngeeee umi oh umi.....tak senonoh betui!!!
Usia kandungan pada hari ini adalah 7 minggu, ramai kawan2 yang tanya made in mana ni?hahaha tergelak besar ai, jawapannya made in malaysia lor. Sampai hari ini, ai tak de morning sickness yang teruk2 lagi....cuma rasa sedikit loya2 especially time balik kerja dan perut yang sentiasa berangin....tapi semua simptom ni biasanya worsen hala ke petang nak balik kerja, sepanjang di tempat kerja mmg rasa sihat, bertenaga macam x ada apa2 yang berlaku. kesian kat anak2 n suami, balik rumah melepek je....nak masak pun x larat .....
Berat terkini adalah 55 kg, hui berat tu.....before pregant biasanya 53 to 54kg. Teringat zaman anak dara, berat ai 47 kg je, lepas dapat amir berat jd 52, lepas dapat A'imran jadi 54kg.....lepas dapat no 3 jadi 56kg kah????oh my weight.....
Semoga kali ni ai akan sihat2 aje, juz like before, time mengandungkan amir n imran, energetic sampai bersalin. tak de sickness, x de complication dan yang penting takutnya if dapat GDM or eclampsia....Ya Allah aku mohon lindungilah aku n baby ni. Dan harapannya agar baby ni baby girl.....heheheheh Amin....
I'm with a'imran in paeds clinic now
He's havimg watery eyes and fever since yesterday evening
I hope its not conjunctivitis....owwh...that virus attack memangla seksa....once someone in the family have it,it will definitely spread to other member of the house
I remember the same disease i had last 2 years
It began with a'imran jugalah
Spread to me n luckily,Alhamdullillah....with the help of Allah,virus tu tak infect others but me,i have to go MC 4 2 weeks....waaaa long mc betul
I remember i use melaleuca disinfectant spray n dettol antibacterial hand gel
Ai spray all over the house everyday,every place me n a'imran sit,everything that we touched n we sleep separately
2 weeks of difficulties,imagine....i cant kissed n hugged amir,a'imran n their abi....huhuhuhu.....conjunctivitis...mmglaaaaaaa
Hopefully today,that bad memories will remains as past
.....please Allah....jgnlah conjunctivitis again
This time,a'imran manifest agak mengelirukan
His eyes tak merah,just watery but now no more
Upon woke up mmg penuh tahi mata n he couldnt open his eyes, need to wipe dgn tisu basah baru la boleh buka
Obviously,nmpk macam conjunctivitis
But untill now,his eyes tak continously watery....x merah as well....thats y i hope its not conjunctivitis
Dan klinik ni mmgla....lamanya akak tunggu x sampai2 turn lagi
Ramai betul kanak2 yg sakit,batul demam n bagai....risau pulak akak dok lama2 sini
Elok sakit sket kang jadi bertmbh sakit lain pulak kang
Am still waiting for hubby juga....lapar.....
Perut da menyanyi keroncong,gas dah buat akak bloated.....owwh...cptla sayang datang n saves me!!!!
Tahukah engkau bagaimana rasanya...
Dikandung oleh seorang ibu yang membenci kandungannya ?
Apakah rasanya bernyawa di dalam rahim perempuan yang sedang berkira-kira untuk membunuh anaknya ?
Apakah rasanya terbentuk daripada dosa perzinaan yang jelik ?
Apakah rasanya menjadi bayi yang tidak diakui hak keturunannya ?
Aku telah dikeji sejak dalam kandungan.
Aku telah dihina sejak manusia mengetahui kewujudanku.
Hanya Allah Yang Maha Tahu...
Betapa takutnya aku untuk lahir ke bumi.
Akan adakah manusia yang menyayangiku ?
Akan adakah insan yang melindungiku ?
Akan adakah orang yang mengazan dan mengiqamatkan aku ?
Aku tidak bersalah.....salahkah aku untuk mendengar seruan agung daripada adzan dan iqamat ?
Aku akan tetap lahir juga...
Tapi lahirku tidak sama seperti kawan-kawanku yang lain.
Mereka disambut....sedangkan aku amat takut.
Mereka dihias pakaian baru yang comel....sedangkan aku dibungkus dengan plastik hitam.
Mereka ditunggu dengan nama yang baik-baik....sedang namaku hanyalah sumpah seranah.
Tolong....tolong....tolong....
Dimanakah pembelaku ? Dimanakah pelindungku ? Kemanakah pelarianku ?
Tolonglah manusia.....ada binatang menggigitku, ada anjing merobek kulit dan dagingku!
Aku amat sejuk ! Aku kehausan ! Aku lapar ! Aku takut !
Aku keseorangan....memang beginikah dunia ini ?
Wahai, Allah ! Ambillah aku kembali....biarkan aku pulang ke hadrat-Mu Ya- Allah....aku tak sanggup tinggal disini.
Menanggung dosa perempuan yang tidak akan sekali-kali ku panggil ibu.
Menanggung dosa lelaki yang aku haramkan lidahku memanggilnya ayah.
Aku ingin pulang ya Allah.....Kasihanilah aku....Wahai Yang Maha Mengasihani.
Kepada yang sudi mendengar,
Kutitipkan kata-kata ini...
Sebelum alam yang menyiksakan ini ku tinggalkan.
Jadikanlah diri kalian pembela dan pelindung.
Penyelamat dan rahmat kepada semua lapisan umat ini.
Jangan biarkan ramai lagi yang senasib denganku.
Ia terlalu pahit dan sukar untuk ditanggung oleh insan selemah aku.
Ia terlalu pahit dan berat untuk dipikul oleh bayi kerdil sepertiku.
Tegakkanlah amar makruf dan nahi mungkar.
Nukilan Rasa: Ustazah Norhafizah Musa.
Dipetik dari Buku Dari Lubuk Hati Ibu.
Baru smpai dr kuantan,Alhamdulillah....sempat tgk anak saudara baru sebelum btolak ke bangkok mggu dpn.
Another boy in the family,still can't memorize his name,but for sure his name is mohd iffat r*** ...hahaha that part yg x ingt....sooner or later leh ingat la tu...
Really impress with my sis's story
Sbb ai tak pnah rs sebegitu senang sakit bsalin,thats y i impress with her story
In labor pain cuma 3 jam,bb ni beratnya 3.5kg dan dilahirkn normal....phewwww
Y ye??adik2 ku smuanya bbnya besar2,patut aku jeles ke?amir beratnya 2.7kg,sakit nak mengeluarkannya more than 24 hours sedangkn imran cuma berat 2.4kg dan sakit nak keluarkn selama lebey kurg 5 jam....
I'm happy for my sister's happiness....for sure
Semoga iffat membesar jd anak yg soleh
Mewarisi nama baik keluarga....aminnnnn
Layanla gmbr2 cucu my parents......amir,imran,haziq,danish n wafiah.....sarah not in pict sbb balik ganu
testing testing blogger app
now nutrition support meeting......waiting for dr pok n dr lau n other MO
Cepat la semua...ai lapaqqqqqq!!
it's January the 3rd,2013......how time flies.....
Hi everybody....dah lebih setahun menyepi...ahaks...entah apa mimpi hari ni nak mula membuat entry....akakakaka...tak de kerja gamaknya!
jam menunjukkan 5.20 petang, masih di hospital...malas sangat rasa nak bergerak balik
bukan sebab malas nak menyambung rutin isteri dan umi, tapi memikirkan jam...aduhai letih,terbayang bayang di depan mata!
apa yang dicerita sekarang ye?hurm....anak2?
Alhamdulillah, masa yang terus berjalan ini telah menyaksikan anak-anak terus membesar, Amir sekarang 5 years old while A'imran sudah 2 years 6 months lebih kurang, dah besar kan?
memang hajat di hati berkira-kira untuk meyambung zuriat, tapi en asben cakap tunggu dulu, seriously dah berangan by march period tak datang lagi, tapi en asben ckp.....hold dulu plan tu sayang, rilex...chill,thn depan kita start tambah baby ye. Hurm.......as isteri yang taat...ai ikut je la.
Amir, so far dah makin tinggi...tapi tak sure plak,balik karang nak ukur la dia kejap...ish
A'imran pulak, seorg budak yang tak kuat makan,tak banyak makanan yang di 'allow' utk masuk ke mulut,in fact u will be surprised to know that dia tak makan sayur as well as buah!haish.....anak dietitian tu,tapi 'bagus' betul tabiat makan nya....
saya jeles tgk anak kawan2 yang tak memilih bab makan, makan buah dan segala kek, coklat yang best2 tapi tidak A'mran.....
time's up...5.30 already
guess i have to start making my move, off from here
saya balik ni dalam keadaan patient masih ada di wad utk dilihat.....tapi saya tak sanggup nak stay lama lagi, minggu ni saya rasa penat sangat....not in a good health, so my momentum mmg a bit slow
bye.....got to go!
lama betul saya biarkan blog ini begitu saja....laaaama sangat
walau hati memang teringat selalu untuk membuat entry tapi bila berhadapan laptop dan blog,tiba-tiba fikiran jadi buntu. Idea hilang begitu sahaja....end up saya meneruskan fav saya mem'browse' dan membaca blog2 yang memang saya biasa ikuti....huh...
now is month of October....bermakna telah 11 bulan saya membuat transformasi besar dalam hidup saya. Tahun lepas pada bulan yang sama, saya masih wanita kampung yang buat-buat busy dengan urusan harian saya. Bangun seawal 5 pagi untuk menjalani proses ekspresi susu badan, tung tang tung tang bertolak dari rumah jam 7.45 pagi ke tempat kerja dan punch in biasanya jam 8.05 in average. Heheh tak de disiplin punya org kan?huhuhu....then tengahari saya masih mengekspres susu badan then petang lagi sekali saya ulangi proses yang sama sebelum pulang...lebih kurang jam 4.30. Sharp at 5 saya meluru ke tempat parking yang paginya saya datang dan park ikut2 suka saya nak park mana....sebab lubang2 kosong memang banyak, just pilih nak park jauh ke dekat. Then ambil A'imran dari pengasuh, sampai rumah dalam 5.30pm. Kalau rasa nak merayap cari brg di bandar, saya akan call pengasuh memberitahu saya akan ambil A'imran lewat dan dapatlah saya shoppimg sket2 apa yang saya nak.
Tapi sekarang hidup saya totally berubah. kalau dulu buat2 busy tapi sekarang mmg saya betul2 busy!penat!itulah keluhan saya selalu...sekarag seawal 7.05 saya dah keluar dan seawal 7.35(awal ke tu?heheh awal la dari dulu kan) saya dah sampai, tapi parking lot time tu dah penuh dan saya end-up parking blok kereta org la!Dulu saya park di staff parking PPUM,seksa betul hidup saya tapi sekarang saya bertukar port ke parking student UM di kolej Perubatan, next to PPUM. Di sini tak lah sehorror parking staf but still mencabar kredibiliti saya sebagai pemandu wanita melayu kampung terakhir...huhuhu
Whatever it is,tahun 2010 hampir berakhir. Cepat sungguh, terasa bagai baru je datang ke KL dan bekerja di PPUM yang sangat2 mencabar ni....just to quote one of my Dietitian friend "PPUM ni neraka Dietitian"...huh sangat kasar ayat tu tapi kata2nya ada sedikit betulnya. Apapun, saya merasakan, PPUM memberikan saya banyak peluang. Peluang memperbaiki diri sebagai isteri,ibu dan anak serta peluang memperbaiki kerjaya yang saya rasakan agak stagnant for the past few years. Sekarang, kami semua baru sahaja mendapat rotation coverage ward baru, and my discipline next year will still be Geriatric and new one, Surgical (6U) effective this week. Wish me "All the Very Best".....

A'imran oh A'imran....
At 7 months old....still tak boleh duduk independantly , buah hati umi yg comellllll sangat....geram!























