tepat - tepat hari ini 44 hari A'imran menjd survivor di alam dunia ni, dan itu juga bermakna aku telah bebas dari membakar perut ku menggunakan batu yang panas itu, melilit perut ku bak mengikat tali kasut dan menahan diri dari menikmati vitamin, mineral dan antioksidan semulajadi dari buah - buahan dan sayur - sayuran yang berwarna warni....yang penting aku sudah boleh makan apa saja tanpa rasa bersalah!(aku dah pun mencuri makan mc chicken dan satu slice kek black forest secret recipe tapi rasa menyesal dan nak muntahkan blk jer)

dan kehidupan perlu diteruskan....berdepan karenah anak2 dan lepas ni menjlnkn tjwab sbg isteri.....bila agaknya boleh kutunaikan hajat en ahmad muzri yang sudah lama berpuasa tu?yg pastinya not now.....takut!

esok 1 ramadhan, harapnya dapat aku berpuasa esok.mudah2n juga dipermudahkan susu ku untuk permata hati sy imran faris....selamat berpuasa!

I’m having tough time skarang. A’imran dah start buat perangai, susah nak tido dengan lena. Tidur pun sekejap – sekejap je. Kemudian terkejut dan terjaga dan apa lagi lagi nangis la. Adooi…tension sbb asik nk kena pegang dan menenen, kalau setakat pujuk2 biasa mmg tak jalan. Tambah lagi dengan Amir yang tersangat extra ordinary aktifnya, melompat dan menjerit yang buatkan lagi susah A’imran nak tidur lena.

Dan aku, yang sentiasa berazam menjadi ibu yang sabar di setiap malam sebelum melelapkan mata sering tewas dalam peperangan di dalam mempertahankan kesabaranku. Marah kerana terpaksa mengadap A'imran, mengulit dan memujuknya tidur berjam - jam lamanya, sdangkan si abang terjerit2 sekuat hati tanpa sebarang sebab. Makin dilarang makin menjadi pulak dia. Larangan menjadi ibarat dorongan untuk dia menjerit lebihkuat lagi!

Umi : Amir, anak soleh kena sopan, tak boleh menjerit.
Amir : aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa (till top of his lungs)
Umi : Amir!Adik nagis nanti kalau Amir menjerit!
(nada marah yang masih tertahan - tahan)
Amir : Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
(lebih kuat dari tadi)
A'imran : Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
And there goes my effort sedari 2jam setengah yang tadi untuk menidurkan A'imran. Dan episod tidur, terkejut, terjaga dan menangis ni dah berlaku berulang - ulang entah berapa puluh kali since dari pagi tadi lagi....dan aku....uish!Terus berperang dengan kesabaran ku.....

it's 11.19pm....my baby aka hubby bertolak ke KL dalam 9.45pm tadi, agak2nya kat mana da dia skang ek, maybe kat temerloh kot. Kesian kan cayang aku tu, tgh2 mlm gini meredah kepekatan mlm balik ke KL sensorang. sebelum bertolak tadi berbunyi dentam dentum ribut menandakan bakal hujan, so cepat2 aku soh dia bertolak, takut makin lebat plk nnt. harap skang my cayang sedang menempuhi perjlnn dengan tenang dan lancar.....mudah2 an dijauhkan daripada mara bahaya dan gnguan syaitan....mudah2an...Amin....



my children dah tido semuanya, bila tgk both my boys tido rasa sedih dan pilu....especially for Amir, felt like i've been neglecting him quite a while, since da jadi abang ni la. Started from last monday A'imran mmg betul2 meragam, tak mcm sebelum2 ni, dia baik aje, tapi lately asik nangis je. kalau tak tido nangis, senyap bila tido je. jarang nak main2 dan dok diam2 bila buka mata, mesti melalak minta dipegang. Telinga pun dah makin sensitip....bunyi sikit dah terjaga pastu susah plak nak tido. tak main la tepuk2 ni, kena hulur nenen baru nak senyap. minggu lepas mmg fasa sgt2 mencabar menjaga A'imran, tapi luckily time malam memg behave, nak bgn minum susu pun mlas, kena kejut br nak bgn minum. aku pun tak leh nak wat apa, memerap dlmbilik je nak tido kan si A'imran ni. Bila si abg menjerit2 dia pun jaga, there goes my effort menidurkan A'imran. last2 abg la jd mangsa kena marah dgn umi...cian betul.



Amir plak sangat gemar menjerit skang, sekuat2 ati without any reason.mmg sgt2 mendidihkan darah ku bila dia menjerit sekuat ati suka2 ati da je, tanpa sbb smpi adik pun jg. pastu melompat sini sana, dan kalau ditegur makin dibuatnya....uish...sangat2 mencabar Amir skang ni!
walau cmnerpun Amir tetap di hati UMi walau mcm mana aktif aka n***lnya Amir, Umi tau itu semua sbb amir tengah membesar, tgh explore dunia. AMir sgt2 suka tgk CD nasyik kumpulan Aiman, bila nak soh buka diaakan ckp 'CD abang' heheheh sbb byk abg dalam tu. CD lain fav dia juga CD ABC dan BArney ABC....cepat dia mengingat lagu2 dlm tu. so far Amir dah lama tau baca ABC sampai Z (he pronoun it as zie...ala2 US gitu!), count from 1 to 10 dan satu smpia sepuluh....boleh thn jugak la bijaknya si Amir ni. kalau soh buat sesuatu selamba je dia menjawab 'kejap'.pastu kalau tak leh wat sesuatu, pandai tanya aku 'mcm mana UMi'....mmg dah pandai bercakap sgt dah dia ni....byk gak faham arahan2...

A'imran pula hr ni pegi cucuk HEp B dan timbg, beratnya dah 3.425kg dan panjang da jd 54cm. Alhamdulillah....dah makinnmembesar anak umi yg sorg lagi ni. mudah2 an semua anak2 umi akan sihat sejahtera hendaknya dn berjaya dunia n akhirat.
Azam umi untuk esok : jadi umi yg lebih sabar.........sayang you all...mmmuuuahs

masa yang terasa lambat sungguh berlalu............
already day 23rd of my confinement, so far rasa boring teramat sangat becoz tak dibenarkan bergerak aktif sedangkan banyak perkara perlu dibuat....
being bz dengan 2 heroes ni buatkan banyak juga perkara tak dapat diselesaikan on time contohnya lipat kain dan mengemas bilik.....huh bilik sangat comot
tapi aku manage to menyapu bilik petang ni, at last berjaya juga...thanks to your help, my sweet and adorable hubby!

last tuesday i went for interview at PPUM...sesungguhnya aku sangat2 mengharapkan aku berjaya dapat jawatan ni, sangat2 berharap
aku siap merayu pada interviewer as i gave my last words to them....mudah2an termakan la rayuan aku tu
aku tinggalkn amir dan aimran dan travel dlm keadaan yg masih sakit kat bawah tu...(dr suriaty commented that my wound is ok, nothing to worry), duduk dalam keta pun sengat all the way to kL and back to kuantan
mudah2an usaha ku berbaloi dan berjaya!tak sabar rasanya untuk bersama hubby ku di kl
susah senang kita kan bersama kan abang?

A'imran : skang semakin comel and chubby
berat terkini di hari ke 20 adalah 2.8kg....owh...how fast he grows!
and my breastmilk is so precious for him...i'm gonna maintain feeding him with my breastmilk selama yang boleh
Insya Allah....luv ya...my precious Amir and A'imran